KUALA TERENGGANU - Pusat pengajian tahfiz perlu dijadikan institusi pendidikan Islam moden bagi melahirkan generasi cemerlang dalam mempelajari dan memahami isi kandungan serta menghafal ayat suci al-Quran.
Pemangku Guru Besar Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) Tahfiz Kuala Terengganu, Aswat Mohd Nor berkata, perkara itu perlu ditekankan bagi mewujudkan generasi yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri.
“Jika melihat kepada generasi kita pada hari ini, terdapat pelbagai gejala yang mempengaruhi mereka seperti gejala murtad, akhlak dan tingkah laku yang tidak seimbang serta keruntuhan moral yang membawa kepada perlakuan tidak sihat.
“Justeru, bagi membendung perkara seperti ini, sokongan daripada ibu bapa ketika anak membesar adalah amat perlu bagi menjamin tumbesaran yang sihat selain memahami dan mengamalkan ajaran agama dengan cara yang betul,” katanya ketika berucap pada Majlis Ihtifal dan Khatam al-Quran sekolah itu, di Dewan Seri Budi, semalam.
Turut hadir, Pegawai Yayasan Islam Terengganu, Ali Husin, Ahli Lembaga Pengarah SRIP, Aminudin Mat Yusof, Penaung SRIP, Nabillahiyaumi Aman Razali, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohamad Iszeham Mat Ali.
Aswat berkata, ibu bapa harus menjadikan masa depan anak lebih baik daripada apa yang dimiliki oleh mereka pada masa kini.
“Kalau kita bekerja sebagai nelayan, jangan pula anak kita menjadikan pekerjaan kita sebagai contoh kepada mereka. Mereka seharusnya menjadi yang lebih baik daripada kita.
“Kita mahu anak menjadi seorang yang dapat membanggakan kita dan cemerlang di dunia serta akhirat,” katanya.
Beliau berkata, pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan pelajar berilmu dan beriman serta berharap agar ibu bapa terus menyokong usaha murni itu.
Pada majlis berkenaan, seramai 200 murid dari usia empat hingga 12 tahun menerima anugerah pelbagai kategori antaranya Anugerah Pelajar Terbaik, Anugerah Kecemerlangan Subjek, Hadiah Perangsang dan Tokoh Pelajar.
Turut menerima anugerah cemerlang ialah lima murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
SH

No comments:
Post a Comment