Wednesday, June 30, 2010

Jadi buruan selepas digelar ulama muda Umno

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Baru minggu lepas, Ustaz Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27 tahun, digelar salah seorang dari 40 ulama muda yang menyertai Umno.

Kini, Mohd Hosni (gambar) adalah antara penceramah yang top di dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Hampir setiap malam beliau mendapat undangan untuk memberikan ceramah di seluruh negara.

Malam tadi beliau bersama dengan Haji Mohamad Sabu berceramah... dan malam ini beliau akan ke Klang pula. Esok dan lusa beliau akan ke Johor dan Melaka untuk memberikan ceramah.

Semuanya kerana gelaran ulama muda yang diberikan oleh Umno kepada beliau dan 39 yang lain.

"Saya sebenarnya rasa tertipu dengan apa yang berlaku....itulah yang saya terangkan di setiap kali ceramah saya," kata Mohd Hosni ketika datang berkunjung ke pejabat Harakahdaily.

Mohd Hosni bersama tiga rakannya yang belajar di Universiti Al Albyt, Jordan adalah antara mereka yang bersama dalam majlis menyerahkan borang menyertai Umno oleh 40 ulama muda kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Keempat-empat mereka diperdaya oleh ayah kepada salah seorang rakan mereka kononnya Perdana Menteri mahu berjumpa dengan bekas pelajar Jordan.

"Jadi, pada saya apa salahnya berjumpa dengan Perdana Menteri," kata Mohd Hosni yang kini menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Intergrasi dan Teknologi Selangor yang terletak di Klang.

Mereka diberitahu pertemuan akan diadakan di Hotel Legend yang terletak di seberang jalan bangunan Umno.

Namun, apabila sampai ke hotel itu, beliau dan rakan-rakan di bawa turun dengan eskalator dan seterusnya menyeberang jalan ke bangunan Umno dan di bawa masuk ke dalam satu dewan.

Di sana sudah ada ramai orang yang kelihatan macam orang PAS, orang Tabligh dan sebagainya berdasarkan pakaian mereka.

"Jadi saya senang hatilah," kata Mohd Hosni lagi. Namun tidak lama kemudian, kesemua mereka disuruh berbaris kerana PM sudah mahu sampai.

Lalu mereka berbaris menyambut ketibaan PM dengan dihujani oleh lampu flash juru gambar yang memenuhi majlis itu.

Selepas itu, Datuk Seri Shahidan menyerahkan satu sampul surat kepada PM dan memberitahu itu adalah borang-borang permohonan menyertai Umno dari 40 ulama muda yang ada dalam majlis itu.

Najib tanpa bercakap apa-apa terus meninggalkan majlis selepas itu dan Shahidanlah yang mengendalikan sidang akhbar selepas itu.

Mulai dari situ, barulah Mohd Hosni dan tiga rakannya lagi sedar bahawa mereka telah tersalah tempat dan terpedaya kerana bukanlah hajat mereka mahu menyertai Umno.

Namun, kesan dari situ, Mohd Hosni kini menjadi buruan majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat khasnya majlis ceramah PAS.
Nama beliau dan isu ulama muda menyertai Umno menjadi pelaris kepada majlis ceramah PAS kerana orang ramai ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku di majlis itu.
Bersalam dengan PM
Sementara Mohd Husni menolak beliau datang ke PWTC untuk bersalam dengan Perdana Menteri.

“Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa,” jelas Mohd Husni.

Ini susulan respons Umno menafikan empat pelajar lulusan Jordan tidak dijemput menghadiri majlis 40 ulama muda menyertai parti itu Jumaat lalu, sebaliknya hanya dijemput oleh orang kuat Umno disifatkan sebagai amat melucukan.

Beliau juga menolak dakwaan mereka beria-ia untuk hadir ke situ untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, satu malam sebelum itu, seorang orang kuat Umno telah memujuk beliau untuk menyertai Umno dan mengajak hadiri majlis tersebut dan kebetulan merupakan bapa kepada kawan rapatnya, beliau tidak dapat menolak jemputan itu.

“Logiknya bagaimana kami boleh hadir jika tidak mendapat sebarang jemputan malah cara masuk juga ditipu, dari bangunan sebelah Mall, naik escalator, turun tangga, tiba-tiba muncul di Bangunan Umno.

Beliau yang sebelum ini mendedahkan penipuan Umno ini di dalam majlis Pentas Pemuda anjuran Dewan Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini menyatakan, mereka dijemput datang ke majlis itu kerana Perdana Menteri hendak bertemu dengan lulusan Jordan.

Dalam pada itu, Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasan Madinah yang dijemput ke majlis berkenaan kerana terdapat majlis diskusi sebaliknya yang berlaku adalah penyerahan borang menyertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang ‘ori’.

Katanya, seorang di Perlis, Ustaz Abdul Wahab Abdullah berkata, beliau hadir untuk bertemu dengan perdana menteri bagi membersihkan nama kumpulan mereka yang dikaitkan dengan keganasan.

“Terbukti Umno menggunakan banyak cara untuk menarik ulama muda menyertai mereka kerana jika untuk alasan biasa pasti mereka tidak didekati, lalu mereka gunakan berbagai cara,” ujarnya.

Menjawab hasrat mereka untuk membuat laporan polis terhadap penafian beliau yang disiarkan oleh Harakahdaily, dua hari lalu, Hosni bersetuju, artikel tersebut langsung tidak menyebut nama orang berkenaan.

harakah

Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam or Cap Bewok?

Komandan Maktab Tentera Diraja(MTD) ditukarkan atas alasan mesti bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku di MTD baru-baru ini yang membabitkan kematian pelajar.Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ketika memberi arahan menyatakan Komandan itu mesti bertanggungjawab dan patut menerima hukuman.


Kenyataan Zahid adalah suatu yang biasa dikeluarkan oleh mana-mana Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia apabila berlaku peristiwa yang tidak diingini. Yang mesti bertanggungjawab adalah "ikan-ikan bilis" sahaja. Sang Jerung pasti terlepas. Segala kejahatan, kelemahan dan kesalahan adalah tanggungjawab rakyat bawahan.

Sememangnya Menteri Kabinet Malaysia jenis "kebal" dari pendakwaan. Setiap kesalahan ditudingkan kepada rakyat marhein semata.

Semuanya yang salah adalah rakyat. Yang buat jahat orang atasan tetapi yang kena golongan rakyat,golongan yang lemah dan tiada wang!

Lihat kes Altahtunya. Yang kena orang berpangkat rendah. Lihat kecurian enjin Jet. Yang jadi mangsa yang berpangkat rendah.

Selamanya para Menteri dan atasan bebas dari pendakwaan. Mengapa ? Mereka ada kuasa. Mereka ada wang. Dan mereka tiada maruah!

Jenis spesis Menteri Kabinet Malaysia jika tinggal di Jepun bakal diketawakan oleh Doremon. Mungkin juga bakal diberi pedang Samurai oleh rakyat Jepun untuk mereka pakat "pancung" kepala sendiri!

Malangnya Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam.
http://tokpepijat.blogspot.com/

Kenapa rakyat perlu turun Kempen Tak Nak Judi 3hb Julai 2010?

Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 maka rakyat perlu pergi ketahap kedua Kempen Tak Nak Judi yang akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010 pukul 2 petang di Masjid Negara.

Nama Kempen Tak Nak Judi adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG).


Dato’ Dr. Toh Kin Woon Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat cina. Sdr Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara.

Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain.

Antara kejayaan kempen pertama Gerakan Rakyat Membantah Judi(GMJ) selain daripada pemansuhan judi sukan adalah semua bangsa dalam negara ini boleh bersetuju bahawa judi adalah suatu nilai yang tidak baik dalam negara.

Dalam menuju sebuah negara yang maju, aman dan damai Malaysia perlu bebas untuk menolak nilai-nilai yang tidak baik seperti rasuah, salahgunakuasa, pembaziran, jenayah, perjudian dan lain-lain lagi.

Tahap kedua Kempen GMJ ini adalah untuk mendidik masyarakat membenci judi melalui Kempen Tak Nak Judi. Oleh kerana telah lebih 50 tahun negara ini menghalalkan judi maka pendekatan berhikmah diperlukan untuk memisahkan judi daripada kehidupan masyarakat yang tegar terhadapnya. GMJ memahami usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia perlu suatu keazaman yang tinggi daripada semua anggota masyarakat, NGOs, parti politik dan pihak kerajaan. Kita jangan pandang kebelakang lagi dalam mempastikan rakyat dan negara bebas daripada amalan berjudi.

Pemansuhan lesen judi sukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri membuktikan adanya persaingan antara kuasa rakyat untuk menghindar diri daripada judi dengan syarikat judi yang mahu mempertahankan perniagaanya.

Kedua-dua pihak mendesak kerajaan menjayakan cita-cita masing-masing. Kerajaan Barisan Nasional(BN) dilihat berpihak kepada siapa yang lebih kuat . Ini bermakna jika rakyat lemah memperjuangkan pembebasan judi dalam negara maka kesempatan ini akan diambil oleh syarikat judi untuk mengembangkan sayap perniagaanya. Inilah realiti yang harus difahami oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu rakyat Malaysia sudah tiada punya pilihan lagi kecuali bersungguh-sungguh menyelamatkan negara ini daripada aktiviti judi. Maka kehadiran rakyat Malaysia dalam Kempen Tak Nak Judi di Masjid Negara pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang adalah sangat penting bagi membuktikan keazaman kita semua.

Janganlah keazaman syarikat judi mempertahankan perniagaannya lebih kuat daripada keazaman rakyat membenci judi. Kalau kita tiada keazaman ini dikuatiri kita macam menyokong judi dalam negara.

Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Umno Putera keringkan wang Felda

Saya boleh membantu menjelaskan, sebahagian, bagaimana ceritanya rizab tunai Felda dikeringkan.

Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.

Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....

Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti Kolej Komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta).

Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya. Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun.

Kononnya pula Felda sudah memasuki alaf moden dan untuk itu, bentuk impian Felda akan datang dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan. Ia dipanggil Feldajaya.

Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan 'masa depan' di bina. Setakat ini, empat Feldajaya telah dibangunkan (Mempaga, Trolak, Serting dan Cini) dengan reka bentuk oleh firma arkitek yang sama. Setakat ini, kosnya ialah RM 152 juta.

Samada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda!

Asal dikata moden, wang habis tak mengapa. Itulah bagusnya bila ada wang melimpah.

RM setengah billion oleh firma arkitek bertuah ini.

Sebelum ini, saya telah tunjukkan, RM 800 juta pelaburan Felda di US dan Kanada. Pegawai Felda tak sampai setengah dozen yang membeku dek kedinginan di Quebec di musim sejuk, barangkali ada cerita boleh dikongsi dengan kami di Malaysia.

Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan!

Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan.....

Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit.

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kerajaan Kelantan.

Pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali perlu pengadilan

PROF. Datuk Hamdan Adnan telah membangkitkan satu tuntutan yang amat adil tentang penyembelihan beramai-ramai penduduk Batang Kali, Hulu Selangor oleh tentera British lebih 60 tahun lalu.Tindakan ganas oleh tentera British itu adalah dalam rangka membasmikan gerakan bersenjata komunis dalam tahun 1948.
Penduduk yang dibunuh itu, 24 orang kesemua – dikatakan orang awam yang tidak bersenjata. Apakah mereka terlibat atau tidak dengan komunis, mereka adalah tidak bersenjata.


Britain pun tidak bertindak  demikian kejam dalam menghadapi gejala komunis dalam negerinya. Dalam keadaan mereka tidak bersenjata dan tidak melawan apabila mereka diserbu, maka zalim bagi mana-mana pihak bertindak membunuh orang awam seperti itu.

Pembunuhan seperti itu perlu dikutuk. Kutukan itu bukan kerana tentera itu British atau ia tentera kerajaan yang berkuasa, tetapi pembunuhan sembarangan ke atas awam di mana-mana pun adalah dikutuk.

Samalah keadaannya dengan tindakan tentera Amerika dan bersekutu Nato di Iraq dan Afghanistan yang dikatakan dalam menentang keganasan Islam lalu membunuh orang awam di merata-rata tempat.

Peristiwa di Batang Kali itu tidak pernah mendapat pembelaan keadilan. Tuntutan masyarakat khususnya dari keluarga mangsa terus dibangkitkan tetapi tidak pernah dilayan dengan adil oleh kerajaan penjajah yang terus berada di Tanah Melayu hingga tahun 1957 apabila tanah jajahan itu merdeka.

Kerajaan merdeka mungkin lupa dan melupakan kecelakaan itu tetapi keluarga mangsa tidak pernah melupakannya dan mereka terus ingat dan menuntut keadilan.

Tuntutan itu bukan sekadar mahukan ganti rugi, tetapi mahukan satu pengajaran keadilan supaya kekejaman seperti itu tidak dilakukan di mana-mana dan oleh sesiapa jua. Jika keadilan itu telah diberikan dulu, maka tentulah tentera Amerika yang ke Iraq dan ke Afghanistan tidak mengulangi apa yang British buat di Batang Kali dulu.

British hingga ini telah berlepas tangan dan kedaulatan Malaysia pula tidak berbuat apa-apa bagi membela rakyatnya yang jadi mangsa kezaliman itu. Mungkin mereka komunis, tetapi mereka adalah orang awam yang tidak bersenjata ketika mereka dibunuh.

Dan jika pun mereka simpatisan komunis, maka layanannya bukan dengan membunuh mereka tanpa senjata dan tanpa diberi keadilan membela diri.

Kerajaan British mungkin tidak selesa jika ia dibangkitkan oleh kerajaan Malaysia, tetapi ia adalah tuntutan keadilan yang balasannya tidak akan luput selama ia tidak diselesaikan secara adil.

Britain mengahadapi lebih banyak tuntutan keadilan yang lebih besar dari pembunuhan 24 orang di Batang Kali itu. Maka tidak terlalu berat baginya untuk melayan tuntutan itu jika kementerian luar Malaysia membuka semula failnya.

Kerajaan baru Britian pimpinan David Camaron, seperti yang dibangkitkan oleh Prof. Datuk Hamdan, telah membuat tuntuan maaf terbuka kepada keluarga dan penduduk Ireland Utara yang dibunuh tentera British pada 30 Januari 1970.

Kerajaan baru itu tidak mahu dilihat menggelapkan segala dirasakan tidak adil dalam sejarah lalu, maka ia mengambil sikap terbuka dan tindakan sewajarnya bagi menjernihkan suasana dan yang terpenting ialah ia mahu melihat keadilan dapat dilakukan.

Tanpa mahu menyenggong British, maka kesilapan tenteranya semasa menjajah Tanah Melayu dulu, perlu disebutkan bahawa adanya tindakan kezaliman tenteranya yang terpaksa dibayar oleh kerajaan British.

Tuntutan paling adil tidaklah terus menghukum Britain tanpa adanya penyiasatan. Cadangan supaya kejadian itu disiasat adalah langkah yang terbaik. Tindakan yang  diambil nanti tidaklah dilihat sebagai langkah mahu mendera dan memalukan Britain tetapi keadilan didahulukan sebelum penalti dikenakan.

Kalau rakyat yang dibunuh  24 orang itu dinafikan keadilan sebelum dibunuh, maka tidaklah dendam yang serupa dikenakan pula kepada kerajaan British sekarang. Adakan penyiasatan bersama Malaysia dan Britain dalam penyembelihan itu.

Kemudian Britain tidak terlalu berat membayar ganti darah kepada keluarga mangsa. Tidak semestinya mereka dikenakan membayar sekian ribu paun atas setiap jiwa yang dibunuh, tetapi dengan permintaan maaf yang terbuka atas kesalahan itu serta tawaran kemudahan belajar dan biasiswa kepada anak cucu cicit mangsa mengikut peruntukan yang selayaknya.

Ia sebenarnya bukan satu denda tetapi ia dilihat satu bayaran muhibbah tentang hubungan baik antara kedua bangsa. Dan ia juga satu pengajaran kepada mana-mana tentera asing yang datang ke sebuah wilayah yang bukan sebahagian dari kedaulatannya.

Yang dibangkitkan oleh Prof. Datuk Hamdan dan rakan-rakannya adalah dalam rangka menegakkan keadilan bahawa manusia itu adalah sama baik ia dari negeri kecil yang mundur mahukan negara kaya yang maju.

subky latif

RM30,000 menanti peserta Pesta Wau Antarabangsa

KOTA BHARU, 30 Jun: Sebanyak RM30,000 bakal dimenangi oleh setiap peserta Pesta Wau Jemputan Antarabangsa 2010 yang akan bermula 15 hingga 18 Julai ini.

Setiap peserta akan membawa pulang hadiah sekitar RM350, sijil dan piala bagi johan untuk kategori wau bulan tradisi naik peringkat kebangsaan.

Manakala naib johan sebanyak RM300 juga bagi kategori yang sama, manakala tempat ketiga, keempat dan kelima hingga ke 10, masing-masing berjumlah RM200, RM70 dan RM50.
Bagaimanapun, johan bagi kategori pertandingan wau puyuh dan wau bulan cantik peringkat kebangsaan berjumlah RM600 dan naib johan RM500.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, seramai 56 orang peserta dari seluruh negara akan menyertai program itu.

Katanya, hanya peserta dari Thailand sahaja yang dijemput untuk menyertai program yang  julung kali diadakan di Pantai Irama, Bachok selain peserta dari 13 buah negeri seluruh negara.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabat Pusat Penerangan Pelancongan, (TIC), di sini hari ini.
Katanya, Pesta Wau Antarabangsa yang telah memasuki edisi ke-27 ini, adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pelayang Negeri Kelantan dan Majlis Pelayang Malaysia.

Menurutnya, pesta berkenaan akan dibahagikan kepada 21 kategori bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000 yang ditaja oleh AQ Events Sdn Bhd selaku penaja bersama.
Kategori yang akan dipertandingkan adalah kategori wau bulan tradisi, wau puyuh tradisi, wau tradisi (Kelantan), wau kucing tradisi, wau jala budi tradisi, wau daun/barat, wau bulan sobek/cantik.

Tambahnya, selain itu wau puyuh sobek/cantik, wau bulan 1 pancang, wau bulan besar, wau puyuh besar dan wau bulan kecil 2 ½ X 2 ½.

“Pertandingan turut dibuka dalam kategori peringkat Universiti Malaysia Kelantan, pertandingan menaikkan wau bulan  peringkat keluarga pengadil, wau bulan tradisi peringkat sekolah menengah, wau puyuh peringkat sekolah menengah dan wau malay kite  peringkat sekolah.

“Di samping itu juga, kategori bengkel wau tradisi (membuat) dan bengkel wau tradisi (menaik),”ujarnya lagi.

Takiyuddin seterusnya  berkata, penganjuran Pesta Wau Antarabangsa Kelantan ini bertujuan memperkenalkan cabang kesenian yang sihat kepada generasi muda di samping dapat mempertahankan warisan bangsa yang semakin terhakis oleh peredaran masa.

Katanya, pesta wau ini juga akan mengumpul peminat-peminat wau bagi mencipta rekabentuk seni budaya wau tradisi dan layang-layang moden di kalangan masyarakat Malaysia.


harakah

Tuesday, June 29, 2010

Usah dakwa ‘doktrin’ Asri pengaruhi JI, kata ulama muda Umno


Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan Dr Mohd Asri Zainul Abidin daripada label mengaitkannya dengan kumpulan JI dan fahaman wahabi.- Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 30 Jun — Kumpulan 40 ulama yang menyertai Umno Jumaat lalu terkilan kerana masih ada pihak yang cuba mendakwa pemikiran bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyumbang kepada aktiviti kumpulan pelampau atau pengganas seperti Jemaah Islamiah (JI).

Salah seorang daripada mereka, Fathul Bari Mat Jahya menegaskan, tindakan membuat tuduhan sedemikian merupakan jalan mudah untuk sesiapa sahaja mengaitkan seseorang dengan pihak atau kumpulan tertentu.

“Itu jalan mudah untuk mengaitkan manusia dengan manusia yang lain... kalau nak mengaitkan seperti itu. Contoh mudah, kita solat, JI juga solat. Adakah kita pada hari ini JI?

“Kita berusaha untuk mempertahankan Islam, JI juga berusaha untuk mempertahankan Islam. Adakah kita pada hari ini sama dengan JI?

“Jangan dengan mudah menyamakan manusia sedemikian rupa,” kata Fathul Bari kepada The Malaysian Insider dengan mempertahankan bahawa beliau dan Asri sudah lama menyentuh isu berkenaan dan menentang keganasan.

“Kita telah mengkritik pengganas. Kita telah menghentam atau membetulkan kesalahfahaman terroris seperti ini.

“Bahkan kita adakan seminar-seminar tentang terroris, kita buat di Perlis contohnya... saya sendiri menganjurkan program di Perlis,” kata beliau yang berkhidmat sebagai penasihat agama di Institut Jantung Negara.


Kerana Imam Abu Hanifah juga ahli sunah, Imam Malik juga ahli sunah.- Gambar oleh Choo Choy May
Oleh itu kata Fathul Bari, beliau pun hairan mengapa wujud “manusia seperti ini yang mengaitkan pihak tertentu dengan JI.” 

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider Khamis lalu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau tidak pernah mengaitkan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan kumpulan JI.
Sehubungan itu, Zamihan dari Institut Latihan Islam Malaysia berkata, beliau hanya menekankan bahawa pemikiran-pemikiran Asri boleh menjurus ke arah akiviti kumpulan pelampau dan keganasan jika tidak terkawal.


“Orang dalam tahanan sel (di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri) pernah memberitahu saya dia berminat sangat dengan pemikiran Dr Asri... bila dia ditangkap oleh polis, dia (suspek) ada CD, buku-buku Dr Asri, jadi barang kes.

“(Jika anda) tak percaya rujuk Bukit Aman... ada tangkapan, saya tak pasti yang mana satu, nak bukti boleh rujuk Bukit Aman.

“Jadi saya tak sentuh pun Dr Asri dengan keganasan itu, yang sentuh itu pihak keselamatan dari Bukti Aman... sebab masa ditangkap suspek JI itu, pemikiran-pemikiran Asri dalam bentuk bukunya, CDnya ada,” kata Zamihan yang kini menjadi tumpuan polemik isu fahaman wahabi dan JI.

Sambil mendakwa ia satu bentuk kaitan yang salah, Fathul Bari memberitahu, jika hendak bercakap mengenai isu buku ditulis Asri, antara nukilan beliau sebenarnya bukan dari buku tersebut sebaliknya hanya berbentuk ulasan.

“Cuma saya nak katakan perselisihan pandangan berkaitan adat, kemasyarakatan dan sebagainya, saya katakan perkara ini terbuka untuk kita bincang.

“Sekarang kalau kita katakan kita al-sunah wal jamaah, Malaysia menerima aliran al-sunah wal jamaah, maka sepatutnya terbuka kepada perbincangan.

“Kerana Imam Abu Hanifah juga ahli sunah, Imam Malik juga ahli sunah, Imam Syafie juga ahli sunah, Imam Ahmad juga ahli sunah,” katanya lagi.

Anak bekas mufti Perlis ini menambah, perbezaan pendapat juga wujud di kalangan mereka dan “mengapa mereka boleh hidup dalam keadaan harmoni?”

“Mengapa Imam Malik boleh memuji Imam Abu Hanifah, mengapa Imam Shafie boleh berguru dengan Imam Malik.

“Mengapa Imam Ahmad boleh berguru dengan Imam Shafie. Jadi kalau suasana harmoni itu dipraktikkan mereka (dulu), mengapa tidak kita pada hari ini?” soal beliau.

Beliau berpendapat keadaan akan menjadi bercelaru apabila manusia tidak menerima pandangan orang lain, sebaliknya membuat tohaman dan fitnah terhadap orang lain.

“Apabila kita kaitkan seseorang dengan keganasan, ini satu tuduhan yang amat berat.
“Bahkan ia membawa kepada menghalalkan darah seseorang. Mengapa kerana Nabi sebut dalam hadis tentang golongan seperti ini yang mengkafirkan manusia kerana dosa-dosa besar.

“Manusia buat dosa. Kita semua melakukan kesilapan dan kesalahan. Ada buat dosa besar, ada buat dosa kecil. Tetapi sebahagian manusia ekstremis. Mereka mengkafirkan manusia bila manusia melakukan dosa besar,” katanya lagi.

Apabila kita kaitkan seseorang dengan keganasan, ini satu tuduhan yang amat berat..- Gambar oleh Choo Choy May
“Contoh apabila ada manusia yang tidak solat, oh ini kafir! Bila minum arak, oh ini kafir! Ini bukan sikap ahli sunah wal jamaah,” kata beliau.

Oleh itu menurut beliau, golongan tertentu yang mengatakan bahawa kumpulan tertentu ada kaitan dengan  JI, bahkan dengan kumpulan pengganas, militan dan sebagainya, seolah-olah mereka berkata halal darah kelompok-kelompok ini.
“Kalau dalam Islam, pengganas ini halal darahnya!

“Kalau untuk kaitkan, ia tak tepat. Ini perselisihan pandangan dalam beberapa isu. Mungkin di sana mereka yang terlibat dalam terroris, ada beberapa perkara yang wujud kesamaan. Contoh dalam praktik ibadat seperti kita pada hari ini.

“Anta pun sembahyang, orang lainpun sembahyang. Mungkin bila tengok cara solat, orang di sana sama. Ini terroris,” kata beliau sambil berkata, ini adalah neraca timbang untuk menentukan orang ini pengganas ataupun tidak.

Oleh itu katanya, ia adalah satu perkara yang tidak bersesuaian dengan sikap seorang ahli ilmu.
Mengenai label wahabi kata beliau, ia juga langsung tidak tepat kerana dari beberapa sudut al-wahabiyah ini sebenarnya disandarkan kepada Muhammad Abdul Wahab.
“Ia disandarkan kepada nama bapa dia,” katanya.

“Sepatutnya dia sandarkan nama gerakan dia al-Muhiddun. Bahkan sandaran kepada bapa dia pun tidak kena.

“Kalau ikut kita katakan tatabahasa Arab, perkataan tersebut tak tepat, Abdul Wahab sepatutnya abdawi, bukan wahabi. Itu dari sudut bahasa Arab.

“Yang kedua perkataan wahabi itu tidak pernah digunakan Muhammad Abdul Wahhab,” kata beliau lagi.

Fathul Bari menambah, negara yang dituduh mengamalkan aliran wahabi ini tidak pernah menggunakan perkataan ini untuk menyatakan mereka wahabi.

“Sepatutnya kita sebagai ilmuwan, rujuklah kepada tulisan-tulisan, kitab-kitab, rujuklah kepada tulisan Muhammad Abdul Wahhab sendiri untuk kita kenal pasti cara pemikiran dia, metodologi pemikiran dia, sumber-sumber agama dia.

“Dan, tentang Muhammad Abdul Wahab ini telah lama meninggal dunia. Di Arab Saudi beliau digelar sebagai reformis. Beliau bukan terkenal dalam aliran-aliran fiqh.

“Perkataan-perkataan beliau juga kalau dalam penulisan-penulisan wahabi jarang sekali dinukilkan, oh ini pemikiran Muhammad Abdul Wahhab.

“Saya yang belajar di Universiti Islam Madinah, kita belajar perbandingan mazhab. Kita gunakan kitab Ibn Rushd, yang bermazhab Maliki,” katanya.

Tambah beliau, meninggalkan pandangan sesuatu atau seseorang tidak bermakna “kita mengkritik pandangan seseorang tersebut.”

“Sekarang ini difahami oleh Ustaz Zamihan dan rakan-rakannya, apabila kita meninggalkan pandangan seseorang, mengkritik pandangan seseorang, bererti kita telah menghina dia, menjatuhkan maruah dia.

“Ini perkataan tidak adil, dan kita pun tidak mengaku, siapa kata kita wahabi? Apa itu wahabi? Bahkan masyarakat setempat tidak kenal apa itu wahabi. Tak baca qunut wahabi.

“Perkataan-perkataan seperti ini bertujuan untuk memecahbelahkan masyarakat,” katanya lagi.
Mengenai label sunah Perlis, Fathul Bari menjelaskan, Perlis merupakan satu-satunya negeri yang meletakkan Perlembagaan Persekutuan dan berpegang dengan mazhab ahli sunah wal jamaah.

“Perlis satu-satunya negeri berbeza dengan negeri-negeri lain yang meletakkan mazhab Shafie sebagai pegangan.

“Oleh kerana dakwah ahli sunah wal jamaah ini diterima bermulanya di Perlis, dan diterima secara rasmi oleh Raja-raja di negeri Perlis sendiri, dan oleh Perlembagaan, maka orang mula berkata ini sunah Perlis.
“Kita tak nafikan ada beberapa perkara yang dipraktikkan di Perlis yang berbeza dengan negeri-negeri lain,” katanya.

Sebagai contoh kata beliau, di masjid-masjid negeri bila solat, mereka baca bismillah secara perlahan.

“Tetapi sebahagian pihak menjadikan perkara seperti ini sebagai perpecahan.
“Orang nak cuba ikut nabi, masing-masing berusaha. Mungkin dapat maklumat, mungkin tak dapat maklumat, mungkin jahil,” katanya.

Oleh itu jelas beliau, sandaran kepada sunah Perlis itu tidak tepat.
“Sunah bukan milik Perlis. Kalau ada orang Perlis yang mengatakan dia sunah Perlis, itu satu perkataan yang tidak tepat.

“Mungkin perkataan itu merujuk kepada, kami orang Perlis ini menerima ahli sunnah wal jamaah semua. Itu maksud mereka,” katanya lagi.

malaysiainsider

Tiru macam Turki


Syabas dan tahniah diucapkan kepada kerajaan Turki pimpinan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang hari ini dipetik sebagai berkata, negaranya menutup ruang angkasa kepada pesawat tertentu Israel berikutan serangan maut rejim itu terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza. Menurut agensi berita Anatolia, pemimpin itu memberitahu pemberita di Toronto bahawa Turki menguatkuasakan larangan tersebut selepas Israel menyerang sebuah daripada flotila yang mengikuti misi kemanusiaan antarabangsa pada 31 Mei lalu.


Perdana Menteri itu yang kini berada di Kanada bagi menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20), bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut. Semalam, akhbar Israel Yediot Ahronot melaporkan, Turki tidak membenarkan sebuah pesawat bersama pegawai tentera rejim itu yang menuju tapak peringatan di Auschwitz, Poland daripada melalui ruang angkasanya.

Akhbar itu menyebut, pesawat berkenaan yang membawa lebih 100 pegawai bertugas bertauliah dan tidak bertauliah, terpaksa melencongkan penerbangan mereka.Menurut akhbar itu, pihak tentera Israel tidak mengeluarkan sebarang reaksi berhubung kejadian tersebut kerana tidak mahu memburukkan lagi perselisihan yang berlaku.

Turki yang sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan Israel turut memanggil pulang dutanya di Israel selain membatalkan latihan ketenteraan dengan negara berkenaan.
Inilah tindakan yang sebenarnya. Bukan hanya sekadar mengutuk yang tidak member apa-apa kesan terhadap Israel. Itulah yang menyebabkan Israel semakin sombong dan bongkak. Tetapi jika semua Negara OIC khususnya Negara-negara Arab mengambil tindakan yang sama terhadap Israel nescaya ia cukup member kesan. Semua duta Negara-negara yang diiktiraf hendaklah dipanggil balik dan semua pakat menutup ruang udara dari diguna oleh Israel. Tetapi berapa kerat yang berani. Kebanyakannya sudah ditambat muncung masing-masing oleh Amerika dan Israel untuk menyokong apa-apa saje resolusi yang menguntungkan Israel dan membantah segala usaha yang akan menyusahkan Israel.

Yang pelik, semua Negara sempadan adalah Negara Arab tetapi merekalah juga yang berkompromi untuk memberi tekanan dan sekatan terhadap Hamas dan Gaza. Termasuk juga Mahmoud Abbas sendiri tidak bersetuju ditarik balik sekatan terhadap Gaza dengan alasan rakyat Palestine di Gaza tidak member sokongan kepada PLO tetapi menyokong Hamas. Inilah feel perangai golongan nasionalis. Merekalah menjadi musuh kepada pejuang Islam di bumi mereka sendiri.

Sama juga dengan para nasionalis di Malaysia ini. Cadangan supaya menghentikan lantikan penasihat syarikat Yahudi APCO yang membuat bayaran sebanyak 77juta dari duit pembayar cukai, tidak dipedulikan. Desakan supaya tidak membenarkan kapal-kapal yahudi berlabuh di perairan dan pelabuhan Malaysia tidak dipedulikan juga apatah lagi agar larangan terhadap semua barangan dan perdagangan dengan Yahudi diberhentikan, pun tidak diambil kisah oleh pemerintah di Malaysia.
 
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Jangan jadikan Felda senasib Sime Darby

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa segera bertindak menyelamatkan Felda supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersebut tidak terus mengalami lebih banyak kerugian sebagaimana yang dialami oleh Sime Darby sebelum ini, iaitu RM1.6 bilion.

Demikian gesaan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) ekoran melihat kemerosotan rizab Felda dari RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun lepas.

“Jangan jadikan Felda milik peneroka ini menempa kerugian yang sama, senasib dengan Sime Darby yang rugi RM1.6 bilion sebelum ini,” tegas beliau pagi tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Kemerosotan itu, jelasnya ekoran ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bangunan baru Menara Felda.

Sehubungan itu, beliau mendesak sekurang-kurangnya siasatan dalaman dibuat segera untuk menyelamatkan GLC tersebut.

Semalam, beliau mendesak Najib di Dewan Rakyat supaya segera mengadakan siasatan audit dalaman untuk mengenal pasti punca di sebalik kerugian yang dialami oleh Felda.

Beliau turut mencabar Najib supaya lebih bersikap bertanggungjawab dengan rizab amanah rakyat dengan bersedia mendedahkan laporan audit dalaman GLC tersebut di Parlimen.

“Kita minta kesediaan Najib menggunakan Dewan Rakyat yang mulia ini untuk dedah segala-galanya laporan (audit dalaman) ini supaya Felda tidak senasib dengan Sime Darby,” tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, kerugian RM1.6 bilion yang dialami oleh Sime Darby berpunca oleh kegagalan pihak berwajib mengawal lebihan kos dalam urus tadbir GLC tersebut.

Namun, Najib sebelum ini dilaporkan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab apabila pembangkang mendesak beliau memberitahu di Dewan Rakyat punca sebenar di sebalik kerugian GLC tersebut.

“Kita perlu tengok dulu apa pun kerugian. Ini kita kena kaji sebelum kita buat apa-apa tentang kebertanggungjawaban dalam soal ini,” jawab Najib sambil mengelak desakan berkali-kali Salahuddin pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 pada 20 Mei lalu.

Karikatur Yang Membuatkan Israel Melenting!




Kedutaan Israel di Kaherah Mesir menuduh sebuah surat kabar parti yang berkuasa di Mesir memuat karikatur anti-Yahudi yang mengaitkan Israel dengan kelompok Nazi.

Seorang jurucakap kedutaan mengatakan pihaknya telah menghantarkan surat protes kepada surat kabar Al-Watani Al-Youm, milik Parti Demokrat Nasional Presiden Hosni Mubarak. Ia menyebut karikatur karya seorang seniman Brazil itu sebagai “pencemaran,” karena karikatur tersebut menyamakan pemerintah Israel dengan Nazi.

Surat kabar Al-Watani Al-Youm memuat karikatur yang menunjukkan sebuah kapal bantuan yang sedang menuju Gaza, ditangkap seekor sotong kereta yang membawa bendera Israel yang bergambar swastika dan bukannya lambang bintang David.

Dibayangkan yang sotong kereta itulah melambangkan tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara dalam penghantaran misi kemanusiaan ke Gaza baru baru ini.

Sementara itu editor surat kabar Al-Watani Al-Youm, Mohamed el-Alfy, mempertahankan siaran mereka melalui sebuah tajuk editorial dengan mengatakan bahwa persoalan ini berkaita dengan urusan kebebasan bersuara.

Mesir menandatangani perjanjian perdamaian dengan Israel tahun 1979 dan pertemuan antara pejabat tinggi kedua negara boleh dilakukan, tetapi media dan masyarakat Mesir sebagian besar menentang negara Yahudi ini, terutama karena kekejamannya terhadap Palestin. - mat/voanew

Hubungan baik Malaysia Singapura: Ada yang kena pelekeh!

 Mengenai hubungan bilateral yang begitu mesra dengan Singapura baru-baru ini dan penyelesaian isu tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang sudah lama berlarutan di Singapura, Najib berkata penyelesaian tanah KTM adalah satu kejayaan besar oleh kerana ia pernah dikatakan oleh sesetengah orang sebagai "duri dalam hubungan kita, yang terbiar tanpa penyelesaian selama hampir 20 tahun". Berita penuh nya disini


Demikian lah antara isu yang diperkatakan oleh DS Najib sewaktu di temubual eksklusif dengan Channel News Asia (CNA) pada 28/06. Dari kenyataan yang dipetik, terdapat pelbagai persoalan yang berlegar dalam kepala aku.

1. Mengapa pada masa DS Najib sebagai PM, hubungan Malaysia dengan Singapura begitu mesra ?. Begitu mesra boleh ditafsirkan sebagai begitu akrab. Apa kah ini menunjukkan yang Perdana Menteri sebelum ini tidak pandai langsung untuk berkawan dengan jiran nya atau dengan kata lain, hanya pandai bergaduh dengan jiran.

2. Benar kah apa yang kita lihat yang dikatakan hubungan bilateral yang begitu mesra itu memang betul betul mesra?.... atau terpaksa nampak macam mesra sedangkan disebalik nya salah seorang mengugut (blackmail) yang seorang lagi. Kawan kah nama nya kalau ia mula mengugut kita. Tak mustahil jika salah seorang nya memang ada banyak kes dan spekulasi.

3. Beliau menyentuh pasal penyelesaian isu tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) . Kata beliau itu adalah kejayaan besar. Kejayaan besar untuk siapa sebenar nya, tidak pula disebut. Malaysia atau Singapura ?.

4. Terbiar tanpa penyelesaian selama hampir 20 tahun. Kenyataan yang seolah olah menunjukan Perdana Menteri sebelum ini tak buat kerja kerana membiarkan isu ini hampir 20 tahun. Betul ke ?. Entah entah mantan PM sebelum ini bertegas dengan Singapura dalam banyak isu termasuk isu ini dan tidak menyerah sewenang wenang nya. Maka itu sebab tak selesai selesai. Datang PM 1 Malaysia, lembik tengkok pulak dengan Singapura, senang saja lah selesai segala macam isu. Tak mustahil kan?.

Kesimpulan nya, mungkin akan jadi macam isu yang lepas lepas. Dah berpuluh tahun, baru lah generasi kemudian tahu bahawa sini tergadai, situ tergadai, sinun terlingkup dan macam macam lagi. Contoh macam isu harga air yang dijual pada Singapura dan Pulau Batu Putih yang juga terlepas pada Singapura. Itu pun masih kata pandai memerintah lagi !.

Berhentilah Bersungut, Cikgu.


"Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak rungutan daripada warga pendidik tentang bebanan tugas dan kekurangan masa untuk keluarga. Tidak kurang juga yang meminta-minta gaji dinaikkan. Profesion keguruan dilihat seperti tidak menyeronokkan serta membebankan. Mungkin disebabkan “tekanan jiwa” ada guru yang bersikap melampaui batas menghukum pelajar sehingga mencedera dan mengaibkan pelajar berkenaan.

Namun, benarkah profesion ini begitu membebankan? Sudahkah guru-guru yang merungut itu membuat banding beza dengan profesyen2 lain seperti jururawat, polis, nelayan, petani, pekerja kilang dan seumpamanya? Pernahkah tidur lena mereka diganggu dan diarahkan bertugas serta-merta? Pernahkah mereka diarahkan ke luar daerah dan meninggalkan keluarga tercinta berbulan-bulan lamanya? Pernahkah mereka merasai nyawa seperti telur di hujung tanduk ketika keluar bertugas?

Mengapa prestasi pelajar yang menjadi igauan ngeri? Pelajar seperti apakah yang ingin kita hasilkan? Yang lulus peperiksaankah atau yang seimbang rohani dan jasmaninya? Kalau kita memilih yang pertama maka jadilah kita seperti robot yang menyuap pelajar dengan sebanyak mungkin maklumat supaya mereka dapat jawab soalan. Pelajar mungkin dapat keputusan cemerlang dan berjaya ke IPT. Namun selepas itu mereka akan terima kejutan sebab tiada siapa yang mahu menyuap mereka lagi. Pelajar juga tak tahu memanfaatkan ilmu sebab bagi mereka ilmu adalah untuk lulus periksa dengan cemerlang.

Guru tidak sepatutnya berasa tertekan atau terbeban kerana peranan guru adalah pemudahcara. Justeru, guru perlu bijak melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan insan yang seimbang. Bukan semata-mata latih-tubi menjawab soalan yang sungguh membosankan bukan sahaja pelajar bahkan guru. Bersyukurlah kita ditakdirkan menjadi guru yang menikmati gaji tetap yang lumayan, pencen, kemudahan pinjaman, kerja setengah hari dan cuti yang banyak. Kalau adapun kelas tambahan cuma sekali dua dalam seminggu. Kalaupun penat lelah membuat kelas tambahan itu tidak dibayar (biasanya berbayar)anggap sahajalah sebagai sedekah amal jariah yang besar ganjarannya.

Berhentilah bersungut dan berlapang dadalah mendidik anak bangsa seperti mana yang diamalkan oleh guru-guru terdahulu yang menerima gaji jauh lebih kecil daripada yang kita nikmati sekarang ini.

Sukarelawan ke Gaza dakwa diracun arsenik


PUTRAJAYA, 29 Jun – Sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel setelah flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang 31 Mei lalu mendakwa sukarelawan misi itu diracun dengan arsenik, yang dimasukkan dalam makanan diberikan kepada mereka sepanjang penahanan itu.

Ketua Misi Lifeline for Gaza Malaysia Noorazman Mohd Samsuddin berkata dakwaan itu terbukti benar apabila tiga sukarelawan dari Indonesia disahkan mempunyai kandungan arsenik yang tinggi dalam badan, sekembalinya mereka dari misi itu.

“Baki sukarelawan yang masih belum membuat pemeriksaan kesihatan akan berbuat demikian dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perkongsian Pengalaman Bersama Sukarelawan Malaysia ke Gaza, di sini hari ini.

Arsenik adalah unsur bukan logam berwarna kelabu dan sangat beracun yang antara kegunaannya untuk menghasilkan racun perosak, ubat sapu dan peranti elektronik.
Dalam perkembangan lain, Noorazman berkata satu lagi konvoi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza akan dilaksanakan selepas Ramadan ini, dengan kira-kira 100 kapal bersedia untuk menyertainya.

Misi kali ini mungkin akan melibatkan penghantaran melalui darat, katanya. – Bernama

>>Kapal misi bantuan khas dari Turki akan diiringi oleh kapal perang mereka.

MELAYU TIDAK DAFTAR PEMILIH AKIBAT CARA UMNO BERPOLITIK


Pas berpandangan dengan laporan Berita Harian yang menyatakan bahawa nisbah 1 Melayu dan 40 orang bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, sebagai angka petunjuk kegagalan umno sebagai tonggak kepada negara pada hari ini gagal menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu.

Pas berpendapat perkara ini terjadi kerana umno bn yang berkuasa di negara ini  telah menjadikan generasi muda melayu,  hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau. Orang Melayu yang  dilanda dengan budaya ini  memang mereka ini tidak akan memperdulikan soal politik  dan apa sahaja gejala rasuah  yang berlaku dalam negara kita. Umno mengharap dengan dihadang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini. Maka Umno bn akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana rakyat melayu ini tidak memperdulikan apa yang umno hendak lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti blok M dan L yang berharga RM320 bilion kepada kerajaan Brunai. Nampaknya strategi tempang telah makan tuan, sehingga orang melayu sedikit mendaftar sebagai pengundi kerana diulit dengan program hiburan yang semakin menjadi-jadi.

Pas berpedapat bahawa akibat longgarnya pegangan agama di kalangan orang melayu terutama remaja, sehingga mereka tidak ada kesedaran politik untuk mendaftar. Sejarah membuktikan orang melayu sedar politik pada peringkat awal apabila golongan Islah yang dipimpin oleh ulamak seperti Sheikh Tahir Jalaludin dan Syed Sheik al-Hadi yang pulang daripada Timur Tengah meniupkan kesedaran agama dan politik. Akhirnya orang melayu ada kesedaran politik dan bangkit menentang penjajah. Keadaan berlaku sebaliknya apabila umno cuba merenggangkan agama dan politik, dengan membendung  fungsi masjid  sebagai pusat ilmu untuk menerangkan Islam yang syumul. Maka sekarang terimalah padahnya kerana orang Melayu sudah mati kesedaran untuk berpolitik dan tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi.

Pas melihat gagalnya orang melayu mendaftar kerana umno telah menanamkan budaya takut semasa di pusat pengajian tinggi lagi. Politik ugut dan tidak bermaruah dalam pilihanraya kampus, akhirnya mereka menjadi ulat buku yang tidak berdunia dengan masyarakat serta  tidak ada kesedaran politik. Mereka mengambil pendekatan untuk tidak mahu terlibat dalam politik kampus, sehingga setengah kampus terpaksa mewajibkan pelajar turun mengundi, kalau tidak mereka akan diambil tindakan seperti buang daripada asrama. Semua ini kesilapan umno yang mematikan tunas kesedaran politik di kalangan mahasiswa. Sedangkan mereka ini adalah generasi pelapis negara, sekarang siapa yang rugi.

Pas menyeru supaya ahli Pas yang sudah cukup umur lahir sebelum tahun 1989, diwajibkan mendaftar sebagai pengundi. Semua jentera parti mesti menjadikan agenda daftar pemilih sebagai program yang diutamakan. Semua penceramah, pengkuliah, naqib memberi penekanan dalam ceramah dan kuliah mereka supaya mandaftar sebagai pengundi. Tekankan bahawa dafar mengundi adalah wajib. Kalau kuat bertakbir tetapi tidak daftar sebagai pengundi, kuasa umno bn tidak akan jatuh di dalam PRU yang akan datang. Ini bererti negara akan menuju kepada kehancuran dan muflis.

Kempen Tak Nak Judi diteruskan


http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Vincent Tan mengamuk marahkan Pakatan Rakyat kononnya menjadi punca pihak kerajaan terpaksa menarik balik lesen judi sukan yang telah dijanjikan penganugerahannya kepada Berjaya Group .

2. Saya tidak hairan dengan amukan Vincent Tan yang menyalahkan Pakatan Rakyat kerana beliau adalah seorang yang terkenal sebagai Tauke Judi Negara . Judi adalah perniagaannya dan judi juga adalah kehidupannya.

3. Apa yang menghairankan saya ialah alasan Datuk Seri Najib dalam jawab balas media ketika ditanya kenapa beliau menarik balik lesen judi tersebut . Datuk Najib memberi beberapa alasan , antaranya ialah kerana mengambil kira faktor agama , pandangan rakyat dan kepentingan politik.

4. Secara positifnya saya bersyukur jika ia adalah alasan yang benar - benar melandasi tindakan beliau walau agak "ketinggalan keretapi" justeru agama bukanlah hari ini mengharamkan judi tetapi sejak ribuan tahun yang lalu . Sekurang - kurangnya UMNO kini mula mengambil kira soal agama setelah sekian lama agama sering dipinggiran sempadan parti UMNO , hanya diambil dan dibuang bila perlu .

5. Andai benar alasan - alasan itu mengasaskan tindakan UMNO kini , maka wajarlah UMNO dan BN merancang secara sistematik untuk menghapuskan semula segala maksiat dan mungkar yang telah didirikan sejak lebih 50 tahun mereka memerintah negara ini . Sekurang - kurangnya untuk melihat 50 tahun akan datang , negara kita menjadi negara sifar maksiat dan mungkar yang dianjur dan diluluskan oleh kerajaan .

6. Saya insaf , membasmi maksiat dan mungkar yang telah berakar umbi dalam masyarakat kita hari ini perlukan masa dan tindakan terancang serta berkesan . Persoalannya ...... apakah plan tindakan untuk Amar makruf dan An Nahyu A'nil Mungkar ini dilaksanakan dalam kerajaan UMNO dan BN ?

7. Umum melihat hari ini , maksiat dan mungkar kian bertambah dan implikasinya juga semakin parah . Peningkatan indeks jenayah , seks bebas , gejala buang bayi dan keruntuhan moral dari kalangan remaja semakin tenat . Bagaimana plan kerajaan untuk menanganinya ?

8. Lambakan filem yang tidak bermoral malah melepasi sistem tapisan filem di penyiaran negara , aktiviti hiburan melampau tanpa had dan batas , sistem pendidikan yang rapuh dan tidak melahirkan insan yang soleh serta iklim sosial yang tiada kawalan halal haram oleh pihak berkuasa terus menjadi baja yang menyuburkan pertumbuhan maksiat dan mungkar dalam negara ini .

9. Kerajaan boleh mulakan dari perkara yang telah menjadi persepakatan antara agama seperti pengharaman judi . Selain semua agama menolak judi , kesan langsung judi kepada sosial rakyat dan negara kita juga parah dan membimbangkan . Kerajaan tidak perlu teragak - agak untuk menghapuskannya sebagaimana nekadnya tindakan kerajaan membatalkan lesen judi sukan baru - baru dengan alasan mengambil kira faktor agama . Tiada beza hukum agama pada judi suka dan judi mesin slot serta judi lumba kuda dan lainnya .

10. Saya menyokong tindakan Gerakan Membantah Judi [ GMJ ] yang dianggotai oleh 60 ngo untuk meneruskan Himpunan 3 Julai 2010 biarpun kerajaan UMNO dan BN membatalkan lesen judi sukan tempohari sebagai untuk mengekalkan momentum kesedaran rakyat menolak semua jenis judi .

11. Himpunan 3 Julai ini bukan lagi demonstrasi atau perarakan menuju istana negara tetapi Himpunan Tak Nak Judi di Masjid Negara bagi mendengar ucapan ,taklimat dan penjelasan para pemimpin ngo dari GMJ termasuk pemimpin parti politik yang menolak semua jenis judi . Sebagai contoh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budayawan Bertindak, Lee Ban Chen adalah antara tokoh - tokoh yang membantah semua jenis judi dari terus diberi ruang bebas beroperasi dalam negara kita .

12. Semasa muktamar PAS ke 56 berlangsung dulu , UMNO kecoh kata PAS hanya haramkan judi sukan lalu menuduh PAS sebagai hipokrit . Hari ini kita buktikan , bahawa PAS tidak hipokrit dan bukan sebagaimana yang didakwa , sebaliknya kita mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus berjuang membasmi semua jenis judi maksiat dan mungkar . Justeru itu , sekali lagi Dewan pemuda PAS menyatakan sokongan kepada hasrat GMJ untuk meneruskan himpunan 3 Julai dengan menukar Format menjadi Himpunan Tak Nak Judi.

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sertai Umno,Dr Asri jelas kedudukan sebenar di Kota Bharu

KOTA BHARU, 29 Jun: Setelah ura-ura Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyertai Umno bersama kelompok ulama muda tidak menjadi kenyataan, bekas Mufti Perlis itu akan dibawa ke Kelantan bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Orang ramai di sini dijangka berpeluang mendengar sendiri penjelasan Dr Asri, sejauh mana dakwaan terhadapnya konon berminat menyertai Umno.

Beliau diundang pada siri wacana perdana yang akan dianjurkan kerajaan negeri pada 10 Julai ini bertempat di Balai Islam, Lundang bermula jam 9 malam.

Wacana itu bertajuk ‘Bolehkah Melayu Bersatu?’ turut mengundang dua Exco Pemuda Umno Malaysia, Ustaz Afandi Yusof dan Lokman Noor Adam. Selain itu anggota parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Manakala Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusof akan bertindak sebagai moderator.

Pengarah program berkenaan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pemilihan tajuk tersebut sesuai dengan pelbagai tafsiran dibuat berkaitan kedudukan orang Melayu di negara ini sekarang.


”Ada tafsiran yang optimis, dan ada pula yang pesismistik, namun begitu negara ini telah melalui pelbagai bentuk perubahan politik, ekonomi, dan sosial yang memberi kesan kepada masyarakat Melayu,” katanya di sini.

Wacana tersebut merupakan beberapa siri forum diadakan di Kelantan sejak 2008. Wacana itu pernah mempertemukan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Bekas pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad juga pernah diundang ke wacana berkenaan sebelum ini.

Wacana itu dianjur dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Air Kelantan Sdn. Bhd. Selain itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Kelantan TV (KTV) dan Galeri Al-Mizan.

Sebelum ini Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh mendakwa kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi akan menyertai Umno termasuk Dr Asri.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu hanya 40 sahaja sahaja ulama muda dilaporkan menyertai Umno tanpa kehadiran Asri pada majlis yang dihadiri presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Berdasar kepada jumlah itu hanya seorang sahaja iaitu Dr Fadlan Mohd Othman berkelulusan sehingga PhD. -Hrkh

PR Desak Kerajaan Jangan Bayar Pemegang Bon PKFZ Sehingga Kes Selesai


Pakatan Rakyat mendesak Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) supaya tidak membayar 723 juta ringgit kepada pemegang bon Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ini kerana syarikat milik Ahli Parlimen BN yang menjadi pemaju zon itu menggunakan bon mencecah RM4.6 bilion untuk membiayai pembinaan PKFZ, lantas PKA tidak berhutang apa-apa kepada pemegang bon.


Ahli Parlimen Tony Pua berkata kerajaan dan PKA bertanggungjawab untuk memastikan tiada lagi wang rakyat diseleweng atau dibazirkan untuk memperkayakan KDSB atau pemegang bon PKFZ.


Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Rahim Bakri di Dewan Rakyat hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan membayar RM723 juta kepada pemegang bon PKFZ.


Abdul Rahim mendakwa kerajaan perlu melangsaikan hutangnya kepada pemegang-pemegang bon berkenaan, walaupun syarikat pemaju PKFZ, Kuala Dimensi Sdn Bhd didakwa di mahkamah kerana membuat tuntutan melampaui-batas.


Lembaga Hasil Dalam Negeri juga dilaporkan menuntut Lembaga Pelabuhan Klang membayar RM328.4 juta cukai tertunggak yang dihutangi KDSB.


KDSB adalah syarikat milik Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing. Pemaju PKFZ ini dan firma perunding BTA Architect disaman RM1.64 bilion oleh PKA kerana membuat tuntutan melebihi nilai sebenar, menyebabkan PKFZ dan PKA menanggung kerugian besar.


Sekiranya PKA terpaksa membayar pemegang bon dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, maka syarikat milik kerajaan itu terpaksa mengeluarkan belanja RM1.05 bilion.


"Sekiranya ini berlaku, maka ini adalah penipuan terhebat abad ini, apabila LHDN berjaya mengutip cukai tertunggak, dan pemegang bon mendapat semula pelaburan mereka beserta faedah, manakala KDSB tidak lagi perlu membayar hutang mereka kepada LHDN walau satu sen pun," tegas Tony.


Tony Pua mengesyaki pembayaran itu akan menyelamatkan Tiong King Sing dari disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pemegang-pemegang bon PKFZ. Tony mencadangkan kerajaan menangguhkan pembayaran kepada KDSB sehingga kes PKFZ di mahkamah selesai.


"Beban berbilion ringgit ini akan dipikul oleh rakyat yang terpaksa membayar untuk kerja-kerja jahat Barisan Nasional. KDSB akan diperkaya dan pemegang saham manakala mereka yang mungkin juga bertanggungjawab untuk salahlaku pecah amanah seperti bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy bebas berkeliaran," tegas Tony.
 
-tvselangor-

KD TAR 'Jerung' Tanpa Gigi - Tian

 
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sekali lagi akan memfailkan usul mendesak Kementerian Pertahanan menjelaskan pembelian persenjataan KD Tunku Abdul Rahman yang sehingga kini belum diserahkan meskipun tempoh jaminan kapal selam sudah luput Mei lepas.

Dewan Rakyat menolak usul Tian Chua semalam, seraya menyelamatkan Kementah dari menjawab desakan Pakatan Rakyat.

Justeru, Tian mengulangi gesaan supaya pemerintah Umno-BN tidak memperjudikan keselamatan negara dengan persenjataan yang sudah lemau.

“Ada reaksi mengatakan waranti tidak ada kena mengena dengan waranti misil. Tapi saya maksudkan sub marin. Nanti kita kena pasang misil. Kita perlu menguji peralatan itu baik ke tidak.Tidak guna ada sub marin tapi tidak boleh selam. Sekarang ini kita tidak tahu kapal itu ada 'powering fire' ke tidak. Sekarang kita tak boleh uji,

Katakan bila peluru berpandu dan torpedo sampai, waranti sudah abis. Kalau betul peralatan itu betul betul rosak, kita dah habis waranti. Kita kena bayar balik untuk dapat waranti,” kata Tian Chua.

Semalam, Tian Chua meminta kerajaan menjelaskan mengapa Malaysia membeli peluru berpandu dan torpedo Black Shark pada harga 20 peratus lebih tinggi dari yang diperoleh Pakistan dan Portugal.

Kementah minggu lalu mendedahkan Malaysia membelanjakan RM6.7 bilion untuk pembelian dua kapal selam Scorpene.

“Saya mahu ulang sekali lagi kita telah dapat tahu harga perolehan peluru berpandu sub marin lebih mahal 20 peratus dari harga pasaran. Peluru berpandu dan torpedo sehingga kini belum sampai padahal waranti sudah mati pada hujung mei,” katanya.
 
-tvselangor-

Monday, June 28, 2010

Lebai Malang, UMNO Baham

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Kalau dulu dikisahkan tentang lebai malang. Di jemput di dua tempat berbeza tetapi akibat tidak tahu mana dahulu hendak dituju akhirnya ia memilih ke hulu. Ia berkayuh sedang air surut. Ia mencanggahi air menyebabkan ia lewat tiba. Apabila sampai ditempat kenduri, majlis sudah selesai dan makanan sudah habis. Ia berkayuh pula ke hilir. Air mula pasang dan ia sekali lagi berkayuh mencanggahi air pasang. Ia letih dan lewat tiba dan apabila sampai ditempat kenduri majlis juga sudah selesai dan makanan pula sudah habis. Letih dapat makanan tak merasa. Itu dinamakan lebai malang.


Hari ini ketika UMNO-BN memerintah, lagi malang lagi berpeluang. Seorang kontraktor yang mendapat projek lalu projek tersebut gagal, ia di bail-out oleh kerajaan nescaya dia mendapat keuntungan. Puak UMNO-BN mendapat projek membina sesuatu bangunan lalu runtuh, ia tidak didenda bahkan diberi projek membaik-pulih dengan dibayar lagi kali kedua. Seorang kontraktor membina projek stadium di Terengganu, stadium runtuh dia dapat lagi projek membina istana Negara. Dapat projek membina empangan Bakun, projek gagal tetapi mereka dapat pampasan bak durian runtuh. Nampak malang tetapi memperolehi peluang. Bukan lebai malang tetapi UMNO baham rakyat yang malang. Lihat dibawah ini dah berapa billion rakyat rugi angkara UMNO-BN

1.Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - RM10.4 billion.
2.Kerugian Perwaja Steel - RM10 billion.
3.Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - RM200 juta.
4.Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - RM1.7 billion.
5.Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -RM1 billion.
6.Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
7.Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - RM3.3 billion.
8.Bailout LRT PUTRA dan STAR - RM6 billion.
9.Bailout Renong/UEM - RM12 billion.
10.Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - RM950 juta.
11.Hutang tertunggak InventQjaya - RM228 juta
12.Pampasan Jambatan Bengkok - RM257 juta
13.Pampasan pembatalan Broga Incinerator - RM500 juta
14.Kerugian membeli saham Agusta - RM510 juta
15.Skandal Port Klang Free Zone - RM4.6 bilion
16.Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - RM6.75 bilion

Sekarang timbul balik isu jambatan bengkok. Pembinaan pakej jambatan bengkok dan jambatan kereta api sebanyak RM1.113 bilion. Projek diluluskan dizaman Mahathir itu untuk menggantikan tambak Johor bagi menghubungkan Singapura dengan pembinaan jambatan yang tingginya 24 meter dari paras air. Projek Gerbang Selatan Bersepadu itu mendapat tarikh milik tapak bagi kedua-dua pakej ialah pada 1 Januari 2003, tetapi atas keputusan kerajaan, kontrak bagi Jambatan Bengkok ditamatkan pada 12 April 2006. Sebuah syarikat bernama Gerbang Perdana Sdn Bhd (GPSB) telah diberikan projek tersebut. GPSB dilaporkan mengemukakan tuntutan berjumlah RM350 juta kepada JKR berikutan keputusan kerajaan untuk membatalkan projek "jambatan bengkok" itu April tahun lalu. dibayar pampasan RM257.4 juta berikutan tuntutannya terhadap pembatalan projek pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor dalam kawasan Malaysia.

Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan. Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan.

Kini timbul desakan dari Johor agar jambatan itu dibina kembali selepas daripada ketiadaan Tun Abdullah Badawi yang membatalkan projek tersebut dan PM sekarang iaitu Najib Tun Razak mula untuk mempertimbangkan semula apatah kini Dr Mahathir mula memainkan peranannya semula dalam kerajaan. Berapakah pula kos yang akan dikeluarkan semula untuk membina kembali jambatan ini jika diluluskan semula.

Inilah sikap gluk-glik pemimpin UMNO-BN. Yang malang adalah rakyat tetapi syarikat para kroni sentiasa mengaut keuntungan hasil dari kebodohan pimpinan UMNO yang membuat keputusan berdasarkan kuasa yang mereka ada. Yang rugi bukan mereka tetapi rakyat. Rakyat menjadi lebai malang tetapi UMNO-BN tetap mengomol peluang.

Diharapkan jadilah rakyat melayu dimalangkan oleh UMNO-BN. Sedarlah, janganlah Pak Lebai diperbodohkan oleh pimpinan UMNO lagi

UMNO Buat Lawak Bodoh


"Riuh rendah UMNO berkokok ke seluruh negara mengatakan 100 orang ulama akan menjadi ahli mereka. Alih-alih hanya 40 orang yang muncul bersama Najib. Rakyat ingat kesemua 40 orang itulah ulama muda yang masuk UMNO. Rupa-rupanya sebahagian besar daripada mereka bukan nak masuk UMNO tetapi terperangkap dalam majlis itu kerana kebetulannya masa itu juga mereka nak jumpa Najib untuk selesaikan hal yang bersangkutan dengan tuduhan terlibat dengan JI. Kesempatan itu digunakan oleh UMNO untuk melancarkan propaganda mereka.

Pandai sungguh UMNO buat lawak bodoh. Akhirnya orang tahu juga. UMNO tidak pernah serius dengan hal-hal keagamaan. Pasal ulama pun nak buat lawak. Entah berapa orang yang masuk kita pun tak tau. Yang masuk tu pulak bukannya hebat pun. Member satu fakulti pun tak kenal apatah lagi rakyat. Macam ini pun UMNO sanggup dan tak rasa malu nak buat.

Siang-siang lagi mereka telah diberi kata dua supaya tidak buat yang bukan-bukan. UMNO tetap akan kata politik suku, agama suku. Anak mantan mufti pun hanya kata dia nak berdakwah dari dalam UMNO, tak lebih dari itu. Maka jangan haraplah UMNO akan berubah. Dia pegawai kerajaan. Mana boleh aktif dalam politik. Jadi ahli biasa bolehlah. Ahli biasa boleh buat apa. Melukut di tepi gantang. UMNO hanya menang sorak dalam hal ini. Mereka tetap juga tolak Islam walau banyak mana pun ulama masuk ke kem mereka.

Mungkin dia kejar benda lain. Oleh sebab dia UMNO, mudahlah dapat profesor madya dan kemudian profesor bila ada title doktor nanti. Apabila ada isu berkaitan agama, wartawan utusan dan berita harian akan cari dia untuk buat komen. RTM, TV3, dan lain-lain pun akan cari dia untuk diwawancara. Itulah peluang untuk jadi popular macam artis. Jika itulah perkiraannya, pendeknya akal mereka walaupun belajar tinggi-tinggi!!! http://bilahrotan.blogspot.com

6 soalan ulama muda masuk UMNO


"ulama terperangkap masuk UMNOUlama muda masuk UMNO? Bila pula UMNO minat dengan istilah ulama muda? Yang baharu dengar program imam muda. Kalau ada istilah ulama muda atau pelapis, maka ia lahir dalam PAS kebelakangan ini. Ada beberapa persoalan di kepala saya yang perlu dijawab oleh mereka yang tahu:

1. Asalnya 100 orang, turun 40, kemudian yang hadir hanya 16 orang. Mengapa angka makin turun?

2. Benarkah mereka isi borang UMNO dengan rela hati? atau terpaksa, dipaksa, dipujuk, terpujuk?

3. Siapakah yang dikatakan ulama muda ini? ulama tersohor, mereka yang glamour dan popular, atau lepasan agama mana-mana institusi? Dari idealisme mereka samada kenal politik Islam dan jahiliah atau gerakan Islam dan menegakkan amar makruf nahi mungkar wallahua’lam.

4. Kenapa tiba-tiba mereka mengisi borang UMNO dalam keadaan isu judi sukan dan lain-lain kebusukan UMNO dibicarakan?

5. Kalau dikatakan masuk UMNO untuk tegur pemimpin UMNO, maka alasan ini sudah ketinggalan zaman. Ulama akhirat tiada tempat dalam UMNO. Perasuah, pemakan harta rakyat, peminum arak, penjudi tidak berminat dengan nasihat ulama.

6. Macamana pensyarah UKM boleh terang-terang isytihar masuk parti? Kalau macam ni benarkan semua pensyarah IPT dan penjawat awam aktif dalam parti tanpa sekatan.
Related Posts with Thumbnails