Tuesday, July 27, 2010

Guru Dibenar Berpolitik: Awas Perangkap Umno!

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Berita ini pastinya disambut gembira oleh ahli dan penyokong Umno-BN. Bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat kenyataan ini silap hari bulan sebagai satu perangkap kepada mereka.


Jika sebelum ini bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat segala sokongan dan aktiviti mereka dilakukan secara senyap-senyap kerana pelbagai tekanan dan ugutan yang diterima. Ancaman itu datang daripada guru besar atau pengetua yang menjadi penyokong kuat Umno atau pemimpin Umno setempat.

Bagi mereka yang dikesan terlibat dengan politik selain daripada Umno mereka berdepan risiko dikenakan pelbagai tindakan. Antaranya ditukar ke pedalaman atau tempat berjauhan dengan keluarga serta dinafikan Anugerah Cemerlang dalam perkhimatan walaupun menunjukkan prestasi dan sumbangan yang jauh lebih baik daripada penyokong dan pengampu Umno di sekolah.

Manakala ahli dan penyokong Umno selama ini secara terbuka terlibat aktif dalam politik. Pentadbir sekolah akan hanya memekakkan telinga dan memandang sebelah mata seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Mana-mana guru besar dan pentadbir yang menyokong Pakatan Rakyat juga tidak berani menegur kerana bimbang daripada pengaruh pemimpin Umno setempat.

Kenyataan KSN ini sebenarnya akan menjadikan ahli dan penyokong Umno di sekolah lebih 'besar kepala' dan bermaharajalela menyebarkan dakyah politik mereka. Bagi guru-guru kumpulan A yang pro Pakatan Rakyat yang hendak tunjuk berani pastinya akan berdepan pelbagai risiko. Bagi saya kebenaran kepada kumpulan A berpolitik sebenarnya hanya menguntungkan politik Umno semata-mata bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat langkah ini sebenarnya hanyalah satu perangkap dan jerat kepada mereka.http://angkasanuri.blogspot.com/

Tan sri hj harussani hj zakaria; kenapa dia berbeza dengan kita

Oleh Ustaz nik mohamad abduh bin nik abdul aziz
Wujudnya ulama yang menyokong kerajaan sekular yang beragama Islam bukanlah suatu yang pelik dan baru. Sejak aliran pemeritahan sekular di negara umat Islam pasca penjajahan barat ke atas negara Islam bertapak, golongan ulama penyokong inilah yang banyak membantu ke arah ketahanan dan penerusan aliran ini sehingga hari ini, walau pun wujud faktor – faktor lain yang mungkin lebih besar.


Di negara – negara Arab, kebangkitan perjuangan ke arah Islam yang syumul yang dipelopori oleh gerakan al Ikhwan al Muslimun dan jamaah – jamaah Islam yang lain banyak direncat kemajuannya oleh fatwa, hukum, pandangan dan penentangan daripada segolongan ulama yang terus menyokong pemerintahan sekular di negara mereka. 

Mereka menjadi sebab besar kekeliruan umat dan rakyat di dalam memahami perjuangan Islam, bahkan di dalam memahami agama Islam yang benar dan asli.

Sebelum rakyat tewas, ulama ini telah tewas lebih awal. Mereka gagal berperanan kerana mereka sendiri memiliki tubuh yang cacat dan terencat di sana sini. Era penjajahan yang panjang mewariskan Islam yang semakin terpinggir daripada arus depan dan atas. Pengajaran dan pendidikan Islam yang merupakan nadi kekuatan umat telah menjadi mangsa serangan musuh yang dirancang rapi untuk dirosakkan sehingga ke akar umbinya. 

Maka lahirlah di muka depan umat sebuah Islam dalam maknanya yang tidak asli, layu  dan jauh daripada pejuang dan pendukungnya yang benar. Inilah Islam yang didokong oleh ulama jenis tadi dan merekalah yang mendodoinya sehingga para pemerintah sekular muslim menjadikan mereka sebagai tongkat yang memeberi mereka kekuatan untuk terus menjadi penguasa yang batil ke atas umat Islam sehingga kini.

Mereka ini cukup untuk digolongkan dalam dua aliran;

Pertama, aliran nifaq dan penipu yang hidup untuk dunia. Inilah golongan yang menjual agama dengan kehidupan dunia. Apabila didesak dan ditanya mengapa mereka sanggup membelakangi kebenaran, mereka tidak segan untuk menjawab bahawa kami hanya mahu cari makan, kami mahu keselesaan sebagaimana orang lain, kami memilih untuk menjauhi pertembungan dan kemudharatan dan kami sudah diberi kedudukan baik untuk menyebarkan Islam (Islam yang cacat)!

Ulama al su’. Ulama jahat. Inilah nama yang dilabelkan ugama ke atas golongan ulama jenis ini yang sering diperingatkan oleh Allah dan rasulNya sallaLlahu alaihi wasallam dengan azab yan pedih daripada sisi Allah kerana menyembunyikan kebenaran dan meredhai kemungkaran di hadapan mereka.

Kedua, aliran lemah dan jahil mengenai perjuangan Islam dan dakwah. Dalam denyut dan nada yang ikhlas untuk ugama, mereka menyeru kepada Islam sedangkan mereka sebenarnya memimpin dan menunjuk kepada kesamaran dan kekeliruan. Ia bermula daripada kefahaman mereka sendiri terhadap Islam, dakwah dan perjuangan yang cetek dan lemah.

Mereka mengenali Islam dan mempelajarinya di luar lingkungan praktikal perjuangan, sedang ugama ini mestilah difahami dan dihidupkan di dalam dunianya, acuannya yang ditetapkan Allah. Acuan Allah.
Aliran kedua ini bukanlah seburuk aliran pertama yang telah rosak keikhlasan dan telah membesar kerakusan mereka terhadap habuan duniawi yang diterima. Aliran ini walau bagaimanapun adalah penyakit yang perlu dirawati dan rawatannya adalah rumit kerana ia melibatkan kumpulan pemuka ugama yang kepada merekalah tergadai kepercayaan umat dan ke atas merekalah tanggung jawab memimpin umat ini.

Sekarang saya perturunkan beberapa inti dan persoalan, yang menjadikan aliran ini terus gagal untuk bersama dalam kelompok perjuangan Islam yang syumul yang berjalan di atas sunnah al Rasul yang jelas dan terang benderang;

1) Perihal sekularisme: Aliran ini walaupun memahami bahaya sekularisme tetapi masih meladeninya dan menganggap ia bukan bahana besar umat dan boleh diubati dengan mudah melalui nasihat dan teguran terhadap pemerintah. Justeru mereka kekal mendukung pemerintah sekular dengan harapan mampu mengislamkan mereka.

Sebaliknya, aliran perjuangan Islam memutuskan bahawa sekularisme adalah punca utama kejatuhan umat Islam dan ia menjadi senjata ampuh musuh untuk menghancurkan tamadun Islam dan umatnya. Justeru gerakan Islam melihat bahawa kebangkitan Islam dan kemajuannya tidak mungkin tercapai sehinggalah faham sekularisme ini dicabut dari akar umbinya dengan menukar pemerintahan negara kepada pemerintah Islam yang tulen dan syumul.   

2)  Perihal faham kebangsaan: Aliran ini melihat semangat kebangsaan adalah tidak bertentangan dengan Islam. Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Maka kedua – duanya berkepentingan bersama. Justeru apabila pemerintah menjadikan kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, mereka mempertahankannya dan melihatnya sebagai kemenangan untuk Islam.

Sebaliknya, aliran perjuangan Islam yang syumul melihat faham nasionalisme adalah umpan penjajah yang dilepaskan ke seluruh dunia Islam untuk menjauhkan mereka daripada Islam yang bersifat sejagat dan juga untuk memecah – belahkan kesatuan umat Islam sedunia agar menjadi lumpuh dan kekal tewas selama – lamanya. Justeru memerangi fahaman ini dengan menukarkannya dengan fahaman Islam yang menyeluruh, sejagat dan sederhana di sisi perjuangan Islam adalah kewajiban yang mesti dilaksanakan. Oleh kerana pemerintahan semasa umat mendukung dan membenih fahaman ini, maka mereka wajar ditukar dengan pemerintahan Islam yang sebenar.

3) Perihal teguran dan jihad terhadap pemerintah: Aliran ini melihat pemerintahan umat Islam hari ini mestilah ditaati sebagaimana arahan Allah dan rasulNya. Sebarang perlanggaran terhadap ugama seperti kezaliman, rasuah dan sebagainya hendaklah diselesaikan melalui nasihat dan teguran yang tidak menjejaskan tiang pemerintahan. Gerakan menjatuh dan menukar pemerintahan dengan apa cara sekalipun adalah bertentangan dengan Islam dan disifatkan sebagai penderhakaan terhadap ugama.

Sebaliknya, aliran perjuangan Islam melihat bahawa pemerintahan Islam yang zalim dan keluar daripada tuntutan agama berhak dan mesti ditukar jika mereka terus dan enggan berubah. Kesalahan hanya berlaku jika usaha itu membawa kepada pertumpahan darah yang disengajakan seperti menghalakan senjata ke arah pemerintah. Islam mengharamkan pertumpahan darah sesama ummat syahadah. 
        
Dalam konteks sistem demokrasi negara, jatuh bangun pemerintahan adalah tanpa pertumpahan darah, bahkan hanya melalui undi dan suara majoriti. Justeru menukar kerajaan zalim seperti kerajaan negara Malaysia yang sekular dan penuh penjarahan terhadap hak rakyat adalah jihad yang syar’ie dan wajib.

4) Perihal dakwah dan perjuangan Islam: Aliran ini menafsirkan kalimah ‘hikmah’ dalam berdakwah dengan tafsiran yang berbeza dengan aliran perjuangan Islam. Mereka dilihat lebih memilih jalan kompromi demi menjaga hati pemerintah dan demi memperolehi tempat dan jawatan yang mengekalkan mereka dalam enjin pemerintahan. Bagi mereka, kekal dalam kerajaan dan mengelak pertembungan dengan mereka adalah hikmah besar untuk kebaikan Islam.

Ini di sisi aliran perjuangan Islam adalah tafsiran yang mencacatkan pengertian hikmah dan perlaksanaannya. Di sinilah kedua – dua aliran tersebut bertembung. 
      
5) Perihal jamaah Islam: Aliran ini melihat bahawa jamaah Islam adalah setiap umat yang menyeru kepada al makruf dan menegah kemungkaran walaupun  mereka tidak terikat dengan mana – mana kumpulan Islam yang terikat dengan peraturan dan syarat jama’ie. Justeru keperluan untuk menyokong atau mendukung jamaah – jamaah Islam adalah tidak perlu selagi mereka berkerja untuk Islam juga. Taat kepada pemerintah adalah kerana pemerintah adalah jamaah Islam juga.

Sebaliknya, aliran perjuangan Islam terlalu mementingkan kewujudan jamaah Islam yang dilengkapi peraturan, ciri, syarat dan visi perjuangan yang membawa umat Islam yang hanyut tanpa khilafah yang menaungi mereka hari ini ke arah kehidupan Islami yang tunduk dan wala’ kepada pemimpin Islam di dalam jamaah sehinggalah kelahiran khilafah yang baru. Kesempurnaan Islam adalah pada mengikat diri pada jamaah Islam yang syumul.

Inilah 5 inti dan isu terpilih yang memisahkan dan membezakan ulama aliran ini dengan aliran perjuangan Islam yang dipelopori gerakan – gerakan Islam di serata dunia. Ia bermula dan berpunca daripada kefahaman yang berbeza terhadap Islam dan tuntutannya selain perbezaan pada kedalaman dan keluasan lingkaran praktikal Islami yang dilalui oleh kedua – dua aliran tersebut.

Tan Sri Hj Harussani Hj Zakaria mewakili golongan ini. Beliau aliran kedua daripada aliran ulama yang sentiasa memberikan ketaatan dan mendukung pemerintahan sedia ada walaupun beliau tahu betapa sekularnya pemerintahan kerajaan Malaysia.

Di Mesir misalnya, anda akan sentiasa menemui ulama jenis ini dengan ilmu dan sumbangan yang tidak kecil dan tidak boleh diketepikan untuk kemajuan Islam, tetapi mereka sering menjadi penghalang kepada gerakan Islam yang syumul di dalam membina keyakinan dan kefahaman terhadap ummah ke arah kemenangan Islam yang diimpikan.

Beliau bukan aliran pertama yang jelas kerosakan dan kejahatannya. Tumpukan senjata tajam anda pada ulama UMNO yang mengangguk dan sujud pada ketua mereka di dalam UMNO walaupun sampai mengharuskan judi, rasuah dan kezaliman yang berleluasa.

Gagal membezakan di antara dua aliran inilah yang akhirnya mencetuskan kata nista, hukuman dan terjahan yang salah dan tidak boleh diterima akibatnya. Islam sentiasa diawasi oleh ilmu, disiplin, adab dan hak yang mesti dijaga dan diraikan. Jika tidak, perjuangan Islam akan sentiasa dimasuki unsur yang akan mencemari sifatnya yang qudwah dan sederhana.

Selepas anda memahami pada tahap ini, anda boleh dengan mudah untuk memahami mengapa orang yang turut menyumbang kepada kemajuan Islam di Malaysia seperti Tan Sri Hj Harussani Hj Zakaria dan seumpamanya sering berbeza dengan aliran perjuangan Islam dalam beberapa isu pokok seperti;

1- Pendiriannya untuk menyokong rampasan kuasa di Perak.

2- Sikapnya untuk melihat perpaduan Melayu tanpa syarat di antara PAS dan UMNO.

3- Ketegasannya dalam beberapa isu yang menyentuh pemerintah dan kekendurannya di dalam beberapa isu yang lain.

4- Kejelasannya di dalam menganggap kesultanan mesti ditaati kerana peranannya sebagai ulul amri minkum.

5- Sikapnya yang lebih meraikan kerajaan pusat walaupun melihat kebaikan pemerintahan Islam di Kelantan dan negeri – negeri Pakatan Rakyat.

6- Ketakutannya terhadap terhapusnya Islam dengan terhapusnya ketuanan Melayu ( Melayu adalah UMNO dan UMNO adalah Melayu. PAS? )

Teruskanlah dengan isu – isu lain yang akan sentiasa lahir. Anda akan melihat perbezaan pendapat yang mengelirukan umat Islam melalui pandangan ulama seperti beliau yang akan menyanggah pandangan perjuangan Islam.

Sudah pasti, kefahaman Islam yang jelas daripada tafsiran dan pengajaran ulama Islam yang muktabar yang menyeru kepada Islam yang syumul akan menolak pandangan aliran kedua ulama kerajaan di atas yang berpunca daripada kecetekan memahami Islam dan tuntutan semasanya.

Tan Sri Hj Harussani mestilah diingatkan dengan kesilapannya, memasuki ruang yang bukan dalam bidang dan kepakarannya yang telah menjebakkan beliau ke dalam kancah pertentangan yang merosakkan reputasinya sebagai ulama yang pernah cemerlang dan dihormati kerana ketegasannya dalam isu – isu tertentu walaupun tidak disenangi pemerintah.

Beliau harus malu untuk memikul tanggung jawab yang telah mengelirukan umat Islam yang di luar kemampuannya, selain mengheret perdebatan sesama ulama dan umat Islam yang tidak perlu ke arah pembinaan sebuah negara yang lebih baik.

PAS ada hak yang jelas dalam politik Islam. Ia lahir sejak sebelum merdeka dalam dunia politik tanah air. Berikan laluan untuk PAS mendapat sokongan umat tanpa menambahkan kekeliruan yang menguntungkan musuh perjuangan. Inilah bahasa saya untuk Tan Sri. WaLlahu a’lam.

Hamil: Di mana kejujuran pemimpin, ulama kerajaan

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Isu pelajar mengandung, pengguguran dan pembuangan bayi telah meresahkan keharmonian masyarakat dan menunjukkan musnahnya institusi kekeluargaan negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

Justeru itu, katanya PAS menggesa masyarakat agar mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah amar maaruf dan nahi mungkar dengan sebaiknya dan menggesa rakyat, khususnya  umat Islam menunaikan amanah dengan memilih kerajaan yang jujur dalam menegakkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.

“Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini,” ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mempersoalkan di mana kejujuran mereka yang memimpin negara dan ulama dalam kerajaan yang mengabaikan keperluan menyelesaikan masalah secara Islam.

Abu Bakar menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mahu menubuhkan sekolah untuk pelajar hamil.

“Kenyataan ini menunjukkan betapa sangat seriusnya isu pelajar perempuan mengandung disebabkan perzinaan dan pengguguran bayi berlaku secara berleluasa di negara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menambah, jarang berlaku pertembungan kenyataan di antara menteri atau timbalan di peringkat pusat dengan menteri besar atau ketua menteri.

“Tetapi dalam kes ini, Ketua Menteri Melaka bertegas untuk menubuhkan sekolah khas walaupun disanggah oleh Timbalan Menteri Pelajaran,” katanya.

Menurutnya lagi, adalah amat malang bagi umat Islam apabila berhadapan dengan isu pembuangan bayi dan mengandung kerana perzinaan tidak ditangani sewajarnya berdasarkan sebab-sebab asal berlakunya masalah ini; seperti pergaulan bebas, hiburan liar dan wujudnya pusat-pusat maksiat di segenap pelusuk negara.

Beliau menambah, alangkah baiknya jika langkah-langkah pencegahan dilakukan di samping langkah pemulihan dilakukan.

Gantung tak bertali permit SK dan Roket:Bukti kerajaan UMNO-BN tak selamat

1. Tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan permit Suara Keadilan dan Roket dapat difahami sebagai kebimbangan kritikal UMNO-BN menghadapi kebangkitan rakyat yang kian tegar mempersoalkan dasar-dasar kerajaan muktahir ini.

2. Jika UMNO-BN dalam keadaan kuat, stabil dan selamat, maka sudah tentu penahanan, penafian hak dan penggantungan permit dua lidah rasmi Keadilan dan DAP itu tidak dilakukan, sebaliknya ia akan diberi seperti biasa.


3. Ini kerana, tindakan tidak popular itu hanya memburukkan imej UMNO-BN yang menguasai kerajaan dan sekaligus mengesahkan sikap tidak demokratik mereka terhadap kebebasan bersuara dan bermaklumat di negara ini.

4. Mengapa UMNO-BN sanggup merosakkan imejnya, mencalar kepercayaan rakyat jika tidak kerana mereka benar-benar dalam keadaan terdesak untuk mempertahan kuasa yang kian tergugat akibat lambakan maklumat berani, telus dan bersifat reformasi.

5. KAMI yakin, kekangan terhadap media cetak sejak muktahir ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN sebagai langkah mengurangkan fakta tepat kepada rakyat, khususnya yang berkaitan isu-isu politik yang boleh menikam dan menghakis pengaruh UMNO-BN.

6. Sebagai persediaan nekad menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, dan mempertahankan kuasa yang sedia ada, demi untuk merampas kembali Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, maka sudah tentulah kerajaan UMNO-BN terpaksa bertindak 'membunuh' suara rakyat melalui dua lidah rasmi ini, kerana ia menjadi perhatian rakyat.

7. Mustahil jika Suara Keadilan dan Roket tidak berbisa, permitnya ditahan. Ini tidak bermakna kelulusan permit lidah rasmi PAS, Harakah menjadi petunjuk keadilan dan sikap profesional KDN. Sebaliknya amaran keras, larangan dijual di premis awam serta arahan dibesarkan perkataan "Hanya Untuk Ahli Sahaja" pada maskhead akhbar itu jelas kekangan melampau yang tidak wajar wujud dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

8. KAMI terus mendesak agar KDN menghormati hak kebebasan bersuara, sistem demokrasi berparlimen dan menghormati kebijakan bermaklumat dengan mengembalikan semula kedua-dua permit Suara Keadilan dan Roket kepada parti-parti berkenaan, sebagai lidah rasmi dan menarik semula amaran keras yang tidak munasabah yang dikenakan ke atas Harakah.

9. Sebagai lidah rasmi parti, dan bukannya akhbar komersial adalah amat tidak wajar sama sekali KDN menafikan hak-hak warga negara ini dalam menegaskan suara mereka. Tindakan tidak memberikan permit bermakna kerajaan 'menggam' mulut rakyat, memaku minda dan mengganyang rakyat dengan dipaksa menerima maklumat sebelah pihak.

10. Berbanding penguasaan UMNO-BN terhadap media tradisi seperti RTM, TV3, NTV7, NTV9, Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, News Strais Times, beberapa akhbar berbahasa Cina dan India; kekangan KDN terhadap Suara Keadilan, Roket dan Harakah boleh digambarkan sebagai tindakan tegar dari emosi takut, bimbang dan risau kerajaan UMNO-BN hilangnya segenggam kuasa yang membuktikan kekayaan kepada pemimpin dan kroni, yang memayahkan rakyat dan yang memayungi kezaliman.

*Kenyataan oleh Tarmizi Mohd Jam selaku Setiausaha Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).

FDI merudum angkara pentadbiran anak beranak

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Penjelasan Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group), Datuk Seri Nazir Tun Razak mengenai merudum pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini
mengingatkan rakyat kepada pentadbiran nepotisme, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Kenyataan jurucakap baru kabinet (Datuk Seri) Najib, iaitu adiknya sendiri, mengingatkan rakyat Malaysia kepada budaya pentadbiran nepotisme yang dipelopori di zaman Tun Dr Mahathir atau pentadbiran 'anak beranak' yang dipraktikkan oleh Tun Abdullah (Ahmad Badawi).

"Mungkinkah Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ini wajar dipanggil 'pentadbiran adik beradik' pula?" katanya.

Kenyataan dari jurucakap baru kabinet Najib itu juga, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, menunjukkan bahawa anggota-anggota kabinet serta Najib sendiri telah bankrap atau muflis idea bagaimana hendak menjanakan ekonomi Malaysia.

"Mereka adalah ibarat burung unta yang menyembunyikan kepala masing-masing dalam tanah. Tunggu masa sahaja sebelum mereka ditendang keluar oleh rakyat," katanya.

Menurutnya, memandangkan tidak ada komen atau apa-apa kenyataan langsung daripada anggota-anggota kabinet Najib atau beliau sendiri berkenaan kejatuhan pelaburan langsung asing sehingga 81 peratus itu, sekurang-kurangnya kenyataan Nazir itu menunjukkan, maka kerajaan Najib mengakui benarnya kejatuhan itu.

"Jelaslah ia ia bukan rekaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau sebab-sebab yang tidak munasabah lain yang diberi," katanya.

Mahfuz bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Nazir kerana perlantikannya sebagai jurucakap kerajaan abangnya.

Wednesday, July 21, 2010

Aslim Taslam : Terima Islam Kamu Selamat

1. Nabi saw ketika dihantar atau diutus oleh Allah swt berdepan dengan masyarakat Jahiliyyah kuno yang keras menentang Islam . Malah ummat manusia dalam keadaan berpecah antara satu sama lain . Mereka bertelagah dan bersengketa malah berbunuh - bunuhan antara satu sama lain . Dunia waktu itu porak peranda .

2. Nabi saw menghantar surat kepada semua pemuka - pemuka kaum dan pihak berkuasa negara supaya menerima Islam untuk menyelamatkan mereka dan generasi yang akan datang . Ummat manusia disatukan dengan Islam . Aslim Taslam : Kamu terima Islam kamu selamat .

3. Saya lihat hari ini , negara kita juga terjebak dalam kancah Jahiliyyah , cuma ia moden berbanding dulu . Maksiat bertambah , mungkar bertambah , rasuah berleluasa . Semuanya gara - gara pemerintahan negara kita yang diterajui oleh UMNO dan BN tidak memerintah dan mentadbir berdasarkan Islam .

4. Tanpa Islam negara kita jadi begini . Sosialnya parah dan politiknya kejam . Ekonomi menindas dan tentunya rakyat marhain menjadi mangsa . Terbaru ialah kenaikan harga barang yang dilunakkan dengan Penyelarasan semula subsidi kononnya .

5. Ringkasnya , dunia hari ini khasnya negara kita juga perlukan surat atau risalah Rasulullah saw ini iaitu Aslim Taslam . Ianya sesuai dihantar sewaktu UMNO dan BN ghairah mengajak PAS bersatu . Saya kata : Pelan Damai untuk ummat ini ialah Islam atau dalam erti kata lain ialah Aslim Taslam . Kamu Terima Islam Kamu Selamat . Pastinya ia merupakan seruan kepada semua bukan terhenti antara PAS dan UMNO tetapi kepada seluruh rakyat dalam negara ini dan juga semua parti dan NGO .

Dengan itu , saya berlepas diri ini dengan apa jua percubaan siapa jua untuk memesongkan dan menyalah tafsirkan maksud saya dalam Pelan Damai yang saya cadangkan kepada seluruh ummat Manusia dalam negara ini . Pelan saya mudah : Aslim Taslam : Islamlah nescaya kamu selamat . selebihnya : No Islam No Talk .
 
Ustaz Nasrudin Hassan 
Ketua Pemuda PAS Pusat

Isu Pasir - Siapa Pencuri Sebenarnya

Kepada lahanat yang tak habis-habis nak hentak Tan Sri Khalid berkenaan isu pasir Selangor, sila tengok gambarajah di bawah puas-puas ;




Tiada apa yang saya harapkan dari anda-anda yang memandang rendah keupayaan Kerajaan Negeri Selangor di bawah bimbingan Pakatan Rakyat, selain dari membuka hati dan minda untuk bersama-sama mengorak perubahan !

Bayangkan jika kerajaan pusat tidak lagi mengalami ketirisan terancang... pasti rakyat tidak lagi meratap subsidi yang sebenarnya milik sendiri.

Tuesday, July 13, 2010

Pengerusi SPR: ‘Paling cepat pun pilihan raya ke-13 tahun 2012’

PUTRAJAYA, 13 Julai — Meskipun wujud pelbagai spekulasi Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 tergempar tahun depan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan mustahil desas-desus itu bakal menjadi kenyataan dalam tempoh 12 bulan mendatang.

Ramai membuat spekulasi ekoran tahap populariti Najib dikatakan sudah mencecah paras 70 peratus dan berdasarkan beberapa perkembangan sosiopolitik semasa termasuk ucapan serta pelancaran polisi-polisi baru.

Sehubungan itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjangkakan, paling cepat pun Najib selaku Perdana Menteri hanya akan membubarkan Parlimen pada 2012 jika tidak mahu menggunakan sepenuhnya mandat semasa yang hanya akan berakhir Mei 2013.

“Lama lagi, saya rasakan 2013... apa mahu cepat-cepat, penatlah,” kata beliau dengan ketawa besar dalam pertemuan eksklusif dengan The Malaysian Insider di sini.

“Jauh, jauh,” kata Abdul Aziz yang bagi beliau pilihan raya umum ke-13 merupakan yang pertama selepas mengambil alih jawatan itu tahun lepas.

“Tak ada, saya tidak melihat,” kata beliau sambil ketawa besar apabila diajukan soalan sama ada pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan bila-bila masa dari sekarang ataupun awal tahun depan.

Abdul Aziz meletakkan tiga pertimbangan mengapa Najib tidak mungkin memanggil pilihan raya dalam waktu terdekat ini.

“Satu kerana tempoh lima tahun mandat masih jauh, kedua Datuk Seri Najib baru sahaja jadi perdana menteri, dan ketiganya polisi-polisi beliau baru sahaja dilancarkan... macam-macam polisi beliau,” kata Abdul Aziz.

Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Dua perdana menteri sebelum memanggil pilihan raya umum pertama mereka dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Selaku Pengerusi SPR sejak Januari 2009, beliau telah terlibat dalam pengendalian 10 pilihan raya kecil setakat ini.

“... ikut kita punya tempoh (mandat semasa) sampai tahun 2013. Tetapi kalau anda tanya saya, paling cepat pun tahun 2012, jika anda tanya sayalah... kalau saya perdana menteri,” kata bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri ini.

Berdasarkan pengalaman sebagai bekas kakitangan awam hampir tiga dekad, Abdul Aziz yang ditanya bila agaknya kemungkinan Parlimen akan dibubarkan memberitahu: “Mengapa mahu terlalu awal? Mengapa hendak tergopoh-gopoh?”

Mengikut undang-undang negara perdana menteri boleh mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. Ia dilihat sebagai ‘hak eksklusif’ seorang perdana menteri.
Abdul Aziz juga berkata, kenyaatan-kenyataan pemimpin kanan Umno-BN sejak dua minggu lalu yang meminta ahli-ahli parti bersedia sebenarnya hanya bertujuan memberi amaran agar pengikut dan penyokong mereka tidak selesa dengan kedudukan semasa.
Pemimpin Pakatan Rakyat juga telah meminta ahli-ahli agar bersiap sedia.

“Melainkan tujuannya mendesak ahli-ahli parti sedar, bekerja keras, jalankan program-program parti, bersatu, ikut ketua, kita ada orang dan kumpulan yang perlu kita kena hadapi.
“Yang itu bagi saya ingatan yang baik, kalau tidak anda rasa selesa, makan cukup, rumah ada, isteri ada, anak ada... (ada perasaan) mengapa mahu risau,” katanya.

“Tetapi, saya bukan perdana menteri, Datuk Seri Najib perdana menteri...,” kata beliau sambil menambah, Najib selaku Pengerusi BN sudah pasti mahu melihat aspek keperluan bersiap sedia di kalangan mereka wujud sepanjang masa.

“Beliau mesti melihat soal itu, itu pandangan saya. Beliau mesti melihat pada persiapan parti, parti bersatu padu atau tidak, parti kukuh atau tidak... kemudian kesemua parti komponen (BN), mesti bergerak, Datuk Seri Najib gembira dengan prestasi mereka, berpuas hati atau tidak... itu di peringkat parti.

“Kemudian kena tengok dari segi rakyat... sambutan rakyat, kemudian kerajaan pula dari segi pelaksaanan dasar-dasar kerjaan,” kata beliau yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor.

Oleh itu jelas Abdul Aziz, pilihan raya umum tidak mungkin diadakan dalam waktu terdekat kerana pentadbiran Najib “baru hendak masuk gear kedua.”

“Kalau tanya saya baru masuk gear kedua. Beliau baru sahaja jadi perdana menteri, sudah berapa lama? Boleh anda bayangkan?

“Baru sahaja, saya lagi lama menjadi pengerusi (SPR)... (beliau) baru satu tahun tiga bulan, sudah mahu buat pilihan raya ke? Hai, tak tahulah saya.

“... maknanya biar kita (SPR) laksanakan dengan betul-betul (persediaan) terlebih dulu, itu pandangan saya, di mana kita (SPR) sudah pun melakukan (bersiap sedia), kemudian (aspek) ekonomi dunia, ekonomi negara, keadaan rakyat, banyak faktor, musim dan sebagainya yang akan diambil kira (oleh perdana menteri sebelum Parlimen dibubarkan),” kata Abdul Aziz.

Ditanya apakah perkembangan semasa boleh dianggap sebagai satu bayangan atau petanda ke arah pilihan raya umum tergempar, Abdul Aziz dengan penuh keyakinan berkata: “Ini (mandat) sampai Mei 2013. Nak buat tahun depan? Hey...”

“Ini pandangan saya, kalau saya perdana menteri saya tidak akan melakukan, saya rasa tidak,” hujah beliau.

Mengenai kenyataan pemimpin-pemimpin Umno ketika merasmikan persidangan perwakilan baru-baru ini, Abdul Aziz berkata, beliau tidak melihat ia sebagai faktor asas ke arah pilihan raya umum tergempar.

“Itu tujuannya supaya kita sentiasa bersiap sedia, bermakna selalu bersedia. Apabila bersedia... untuk melawan musuh, kita mesti sentiasa bersatu, sentiasa melaksanakan program, mesti ada program, mesti ada polisi, mesti ada agenda,” katanya.

Abdul Aziz menolak andaian bahawa jangkaan peribadi beliau itu juga berdasarkan kemungkinan SPR masih belum bersedia ke arah pilihan raya umum ke-13.

“Kami bersedia sepanjang masa,” kata beliau menjawab, jika pun perdana menteri memanggil pilihan raya umum pada tahun depan.

“Tapi mustahil, mustahil jika anda tanya. Jika anda tanya saya. Kalau saya perdana menteri lah, tapi yang tahu tarikh adalah perdana menteri,” katanya.
Justeru tegas Abdul Aziz, tidak mungkin Najib akan memanggil pilihan raya umum awal depan memandangkan dasar-dasarnya yang masih baru.

“Tak ada, tak ada, tak ada, tak ada,” tekan beliau dengan penuh yakin.

“Ini baru berputik. Kalau kamu tanya saya... ini baru gear satu dan baru nak masuk gear dua, ia (gear) sampai lima... mengapa hendak tergopoh-gopoh?” kata beliau sambil menyifatkan momentum kepimpinan Najib baru sahaja mula ‘panas’.

Sambil menggunakan analogi lagu, Abdul Aziz berkata: “Ini serupa lagu, yang baru hendak popular. Bila lagu baru dekat-dekat hendak popular, jangan potong. Biarlah orang dengar dulu, sampai semua orang boleh nyanyi.”

“... (sekarang) ini baru bulan Julai 2010, dan ada lagi Julai 2011, Julai 2012, berapa tahun lagi? Anda boleh melakukan banyak benda, buat apa nak buat cepat-cepat,” kata Abdul Aziz dengan menjustifikasikan alasan beliau sambil bergurau, “yang tahu semua ini ialah Datuk Seri Najib.”
“Ini saya punya pandangan (sahaja), saya menyelami hati beliau. Kalau saya perdana menteri, saya tidak akan berbuat demikian,” ujar beliau.

MI

Makan Ubi Kayu dan Tanam Ubi Gadung


http://buletinonline.net/images/stories/berita28/ubikayuubigadung.gifKUALA TERENGGANU – Orang- orang Umno dan Barisan Nasional (BN) sering memburuk-burukkan musuhnya, terutama pesaing rapatnya dari PAS, dengan pelbagai fitnah dan tohmahan.

Antara yang kerap diucapkan oleh orang-orang Umno ketika berkempen adalah, sekiranya PAS memerintah, rakyat akan makan ubi kayu, sebagaimana zaman penjajahan Jepun.

Namun, menurut Ketua Pemuda PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah, tidak perlu tunggu sehingga PAS berkuasa, rakyat negeri Terengganu akan makan ‘ubi gadung’

”Dia (Umno) kata kalau PAS memerintah, (rakyat) makan ubi kayu semula, (tidak perlu) makan ubi kayu, (sebab) Ahmad Said (Menteri Besar) memerintah pun nak buat (tanam) ubi gadung,”katanya sambil mengkritik rancangan pembangunan Menteri Besar Terengganu yang menjadikan penanaman ubi gadung sebagai satu projek di Kijal.

Ustaz Mohd Nor, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Bukit Payung berkata demikian ketika menyampaikan ucapan, selaku tuan rumah mengalu-alukan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang mendakan lawatan ke negeri Terengganu baru-baru ini.

Menurutnya, banyak projek-projek Menteri Besar Terengganu, bukan sahaja dikritik oleh PAS sebagai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), malah oleh ADUN Umno sendiri.

ADUN Umno turut menyatakan terdapat unsur-unsur penyelewengan dan pembaziran serta tidak mengruntungkan rakyat, dalam projek-projek yang dilaksanakan MB Terengganu.

Yang Berhormat Alias Abdullah, (ADUN) Alor Limbat, pernah membawa ke dalam Sidang DUN, sebotol kecil air zam-zam dan dua plastik (gajut) kecil buah kurma sebagai satu sampel, wujudnya penyelewengan dalam program pembahagian kurma dan air zam-zam pada bulan Ramadhan yang lalu.

"YB Alias Abdullah, ADUN Umno sendiri berkata adalah tidak munasabah, sebotol kecil air zam-zam, dicampur dua plastik kecil kurma, setiap plastik ada enam biji kurma, berharga RM45,"kata Ustaz Mohd Nor

MB Terengganu Dato' Ahmad Said juga sering memberikan jawapan yang tidak realistik, bersifar peribadi yang tidak mewakili kepentingan seluruh rakyat.

Apabila diajukan pertanyaan kata Ustaz Mohd Nor, mengapakan perlu projek penanaman ubi gadung dibuat, MB berkata, beliau teringat zaman ibu bapanya dulu, yang susah dan terpaksa makan ubi gadung.

Berkaitan program pemberian air zam-zam yang menelan belanja besar kewangan negeri, Ahmad berkata ada rakyat yang menangis mendapat pemberian kurma dan air zam-zam ter beebut, kerana tidak pernah makan buah kurma dan minum air zam-zam!

 buletin online

Monday, July 12, 2010

Satukan Umno Dulu, Sebelum Ajak Pas



Parti Islam Semalaysia Pas terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam agenda perjuangan politiknya di Malaysia. Penegasan ini telah dikukuhkan lagi untuk kali terakhir di Reatreat Pimpinan Tertinggi  Pas di Port Dickson pada 9-11/Julai 2010. Pas merasa selesa untuk melaksanakan agenda perjuangannya bersama dengan Pakatan Rakyat di negara ini, dan sudah terbukti di Selangor dan Pulau Pinang walaupun bukan Pas yang mengetuai kedua-dua negeri tersebut.   Program menyemarakkan kefahaman Islam lebih rancak di bawah pemerintahan PR walaupun baru berusia tidak sampai 3 tahun. Pencapaian ini boleh dilihat di masjid-masjid  dan surau yang diimarahkan berbanding 51 tahun di bawah umno  memerintah, ini adalah fakta yang boleh diukur dengan mata kasar.

Pas menasihat mereka yang cuba untuk berusaha untuk menyatukan Pas dengan umno, tolong satukan sesama umno dulu sebelum menyatukan orang lain.Parti umno yang berada di dalam keadaan yang bercelaru dan perpecahan sesama sendiri, kerana  berebut “kek projek “ yang semakin kecil. Umno sekarang berada di akhir  hayat, kerana sudah kehilangan identitit dan krisis nilai di kalangan ahlinya. Perjuangan yang hanya berteraskan kepada  benda,  bukan ideologi. Mereka yang memimpin umno semuanya kerana perjuangan perut  bukan menegakkan idealisma perjuangan seperti mereka yang terdahulu. Masuk umno kerana projek dan “mengali babakan” khazanah negara sehingga perjuangan bangsa tergadai. Sekarang apabila banyak projek sudah tidak ada khususnya  di Selangor yang dianggap lubuk emas, maka pemimpin umno cuba bercakap soal perjuangan bangsa dan perpaduan melayu untuk menarik kembali sokongan rakyat di negara ini, dan cuba menjadi umpan perpaduan untuk menimbulkan keraguan di kalangan  Pakatan Rakyat. 

Pas hendak menasihatkan   Tan Sri Harussani Zakaria dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya,  kononnya mendakwa sebagai tenaga pemikir, sebenarnya penyokong umno tegar, yang mempunyai kepentingan dunia yang tidak berkesudahan. Mereka  hanya berani bercakap kepada perkara yang menguntungkan politik umno, tetapi membisu ketika kemungkaran dan pengkhianatan umno kepada agama dan bangsa. Kita tidak dengar suara mereka mengkritik dengan lantang ketika khazanah negara habis disapu  dan digadai. Membisu ketika kes PulauBatu Putih, telaga minyak yang bernilai RM320 bilion terlepas kepada Brunai, 217 hektar  tanah KTM di faraid dengan Singapura, tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah selepas merdeka seluas 3 juta hektar  yang hanya separuh sahaja lagi yang berstatus rezab Melayu dan banyak lagi isu yang mengguris perasaan orang Melayu Islam di negara ini. Apakah semua ini angkara Pakatan Rakyat?

Pas menasihat mereka ini,  hentikanlah  menjadi ayam sabung umno, untuk bersama sama dengan Pas dan serulah rakyat untuk bersama dengan Pas bukannya ajak Pas bersatu dengan parti yang sudah hendak karam. Habiskanlah sisa umur yang semakin senja untuk berbakti kepada perjuangan Islam yang dipimpin oleh Pas, ketika  gerakan massa dari kalangan muda mudi  yang tidak bertudung dan bersubang sebelah bersama Pas  untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan yang rakus.

Ustaz Idris Ahmad

Saturday, July 10, 2010

HARTA `ISMET ULAM RAJA' DI LUAR NEGARA ? WOW !! Lagi Harta Milik Taib Mahmud di Luar Negara

Oleh : PAS Miri

Pendedahan demi pendedahan . Dalam keadaan rakyat Sarawak khasnya kaum Bumiputera hidup dibelengu kenaikan harga barang;kekurangan bekalan asas seperti gula,rakyat dikejutkan dengan laporan eksklusif harta dan pejabat Taib dan keluara di US dan Kanada.


Terbaru lapor sarawakreport.org dan malaysiakini kalau di Kanada wujudnya sebuah syarikat bernama Sakto tetapi di US,sebuah syarikat diberi nama Sakti bertindak sebagai pengurus hartanah bagi kekayaan milik Taib. Malah lebih mengejutkan sebuah pejabat adalah diduduki oleh FBI US;agen keselamatan negara Uncle Sam yang diketahui umum sebagai sekutu rapat ISRAEL.Adakah ini juga mengiyakan hubungan rapat Taib dengan APCO dan YAHUDI,sebagaimana rapatnya APCO,UMNO dan BN.Nantikan pendedahan

selanjutnya...Pendedahan Harta Taib dan kroni:PBB Serang Blog Rakyat




Dek kerana bimbang laporan pendedahan eksklusif harta berbillion Taib Mahmud dan kroni dalam pelbagai lama blog kini;PBB dan kejaan BN semakin kepanasan.Terbaru beberapa skuad pengintip blog diwujudkan bagi memantau laporan ini dari terus sampai kepada rakyat. Ketua Penerangan PBB Aziz Adenan mengakui satu usaha sedang dilakukan PBB/BN untuk memantau laporan ini.

Adakah dengan ini bloggers akan berhenti melaporkan maklumat tepat untuk rakyat. Jawapannya sudah pasti TIDAK.Para bloggers akan terus membongkarkan rahsia demi rahsia untuk tatapan umum. Gendang sudah dipalu...Lawan tetap lawan!

Sumber: http://pas-miri.blogspot.com/2010/07/pendedahan-harta-taib-dan-kronipbb.html

Friday, July 9, 2010

Menggigit, tergigit dan digigit.....kekoh

 
Pada minggu ini semasa di Parlimen terdapat seorang Ahli Parlimen ‘bebas’ menimbulkan isu yang kononnya YB Batu, pakar strategi PKR, telah menggigit seorang anggota Polis. Ditertawakan Saudara Tian Chua sambil memperlekehkan ‘strategi’ sebegini dan mempersenda ‘kepakaran’ beliau sebagai seorang ahli strategi. Hakikatnya kenyataan samada Saudara Tian Chua benar-benar telah menggigit anggota polis tersebut atau tidak masih lagi dipertikaikan. Tian Chua menafikannya dan telahpun membuat tindakan undang-undang untuk menolak keputusan mahkamah tersebut.

Sebaliknya tindakan Ahli Parlimen tersebut yang jelas 'menggigit' tangan seorang yang pernah membantunya, jelas terdedah untuk semua melihat. Begitulah apabila seseorang merupakan ahli politik murahan yang sanggup dirinya diperalatkan demi keuntungan duniawi. Tindakan khianat terhadap orang yang pernah membantunya adalah jauh lebih hina berbanding isu yang ditertawakan oleh dirinya yang sendiri pun tidak tahu hujung pangkal. Namun apa yang lebih menyedihkan ialah beliau tidak menyedarinya dan tidak juga menyedari bahawa yang turut gelak ketika itu ialah kerana menggelakkannya dan BUKAN gelak bersamanya. Jarang sekali seorang badut menyedari betapa kelakar dirinya dipersepsi orang lain. Tetapi ini bukan sebarang badut.

Orang yang pernah membantunya termasuklah DSAI, orang yang turut menjadi sasarannya pada ketika itu. Tian Chua hanyalah sekadar sasaran rambang, dikenakan tempias kata-kata sinis seorang pengkhianat. Semua tahu bahawa DSAI adalah sasaran sebenarnya. Ketua pembohong, kononnya. Mengajarnya berbohong, putarnya lagi. Sedangkan ini sesuatu yang agak mustahil kerana dirinya ialah seorang pakar dan tidak memerlukan sebarang tunjuk ajar dalam bidang itu. Menurut kata Al-Marhum Ustadz Fadhil, “kalau dia beritahu saya 10 perkara, 12 perkara saya tak percaya!”

Maka di saat itulah bermulanya bantuan DSAI terhadap dirinya. Setelah ditolak untuk menjadi calon PAS pada 2004, maka terhegeh-hegehlah bertemu DSAI. Dia merupakan seorang ahli PAS pada ketika itu, tetapi terus teringin menjadi calon walaupun ditolak oleh PAS. Mungkin di atas dasar kasihan dan mungkin juga terdesak, maka DSAI menerimanya sebagai seorang calon PKR. Beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat dan seperti ramai pada 2004, telah turut terkandas.

Mulai saat itu, menyedari tiada masa depan untuk dirinya di dalam PAS, oleh kerana pimpinan PAS sudah mengenali sifat putar alam dan putar belitnya, maka diteruskan mengatur langkah untuk menjadi ahli PKR. Dan sepertimana yang disebut oleh SU Agung PAS baru-baru ini, apabila menjadi ahli PKR (atau mana-mana parti lain), dengan sendirinya keahliannya bersama PAS gugur. Tidak perlu ada surat menyurat dalam soal ini. Tiada siapa yang ingin membuang masa dan membazir kertas serta dakwat untuknya.

Manakan mungkin seorang peguam tidak memahami perkara yang semudah itu, tetapi sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, beliau ini bukan sebarang peguam.

Dari sudut ini pun boleh dinilai komitmen dan prinsip perjuangannya. Berpindah parti, dari parti Islam ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS. Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihat kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, ke mana sahaja perginya, akan ditumpang populariti DSAI. “Saya peguam DSAI, saya peguam DSAI”, serunya berulang kali. Setahu saya, dirinya itu tidak pernah berperanan di mahkamah, berucap di hadapan hakim untuk membela DSAI, tetapi hanya menumpang popularitinya untuk hidup. Ini bolehlah diibaratkan sepertimana seekor parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu. Itulah yang sebenarnya! Dan sebagai parasit, menggigit kembali yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa.

Sekarang ini pula terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafinya. Bertambah kronik kesnya ini. Bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak! Kononnya banyak programnya bersama PAS. Bak kata pepatah, “Once a liar, always a liar”. Sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya. Kalau dalam konteks perubatan dinamakan ‘clinical case’.

Maka dalam persoalan ini, ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. PAS tidak mahukannya. PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah). UMNO pula tidak teringin untuk menerimanya. Oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan kemana dirinya bersama dengan empat lagi yang sekapal dengannya membawa diri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Mengapa Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia?


Pertandingan Piala Dunia Bolasepak 2010 di Afrika Selatan sudah hampir ke penghujungnya. Sudah hampir sebulan peminat bolasepak di Malaysia bersorak menyaksikan pertarungan antara negara-negara selain daripada negara tanahair mereka sendiri. Dalam keghairahan bersorak pasti ramai yang tertanya, ‘Bilalah agaknya pasukan kebangsaan Malaysia akan beraksi di pusingan akhir Piala Dunia?’

Melihat pada prestasi pasukan kebangsaan sepanjang beberapa tahun yang lalu, agak mustahil Malaysia dapat beraksi di pentas Piala Dunia. Senarai ranking mutakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) meletakkan Malaysia di tangga 146, setaraf dengan ‘gergasi’ bolasepak yang lain seperti Turkmenistan, Burundi dan Madagascar.

Walhal, kurang 30 tahun yang lalu pasukan bolasepak kebangsaan duduk setaraf dengan Jepun dan Korea Selatan yang sudah berturut kali layak ke pusingan akhir Piala Dunia. Saya sempat menyaksikan pertarungan antara Malaysia dan Jepun sebanyak dua kali di Stadium Merdeka pada tahun 1980-an. Pertamanya di peringkat separuh akhir Pestabola Merdeka 1986: Malaysia menang 2-1 dalam masa tambahan. Perlawanan kedua ialah di pusingan kelayakan Piala Asia 1988: Malaysia tewas 0-1.

Sekarang, sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Jepun ataupun tewas tipis di tangan mereka, pasti dianggap kejayaan yang sangat besar. Walaupun tewas 0-1 pada tahun 1988, hakikatnya Malaysia pada perlawanan tersebut menguasai pasukan Jepun sepanjang tempoh perlawanan. Kekalahan tipis ketika itu dianggap cukup mendukacitakan.

Kemerosotan pasukan bolasepak kebangsaan boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Yang pasti, kemerosotan ini banyak mencerminkan beberapa perkara ‘pelik’ yang berlaku di dalam negara.

Pertama, jika dilihat pada barisan pemain kebangsaan sekarang, sudah tidak ada lagi pemain berbangsa Cina yang menyarung jersi kebangsaan. Malah, hanya S. Kunalan, pemain dari Negeri Sembilan yang merupakan pemain bukan Melayu tunggal yang sering turun dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan.

Sudah pasti kemerosotan prestasi pasukan bolasepak kebangsaan bukan kerana tiadanya pemain berbangsa Cina. Cuma, apa yang berlaku ialah menularnya polarasi kaum dalam arena sukan negara.

Bolasepak kini boleh dianggap sukan untuk kaum Melayu sahaja, manakala kaum Cina lebih tertumpu pada acara sukan lain seperti bola keranjang dan bola tampar . Dalam bersukan pun sudah kurang integrasi antara kaum! Bukankah ini sesuatu yang amat menyedihkan?

Saya percaya kepelbagaian kaum dalam sebuah pasukan bolasepak ada manfaatnya. Lihat saja pada pasukan Jerman dalam kejohanan Piala Dunia kali ini. Dalam kesebelasan utama pasukannya yang membenam England dan Argentina, ada permain yang berbangsa Turki, ada yang berasal dari Ghana dan Tunisia, dan di bangku simpanan ada pemain-pemain yang berasal dari Sepanyol dan Brazil.

Pemain-pemain ini membawa pembaharuan dalam corak permainan pasukan Jerman. Jika sebelum ini mereka dianggap hanya bergantung kepada disiplin dan organisasi permainan yang tinggi, pasukan Jerman kali ini dilihat mempamerkan aksi menyerang yang baik dan kreatif.

Jangan dipolitikkan sukan

Pasukan kebangsaan Malaysia dahulunya punya kelebihan ini.

Pemain-pemain Melayu dan India lebih exspresif mempamerkan skil permainan manakala pemain-pemain berbangsa Cina dan Sikh punya daya tumpuan dan disiplin yang tinggi. Maka, tidak hairan jika dilihat pada senarai pemain kebangsaan pada tahun 1970-an dan awal 1980-an, tembok pertahanan negara dibarisi pemain-pemain seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Lee Kin Hong dan Serbegeth Singh; dan tonggak serangan digalas pemain seperti Mokhtar Dahari, Shukor Salleh, Hassan Sani dan Zainal Abidin Hassan.

Budaya yang berbeza membawa gaya permainan yang berbeza, dan ini membawa manfaat bila diadun dengan sempurna.

Seperkara lagi yang menyedihkan dalam bolasepak negara ialah penglibatan ahli-ahli politik. Memang benar, daripada sudut kewangan penglibatan ahli-ahli politik itu membawa manfaat. Mereka mampu menarik dana yang diperlukan untuk mengurus persatuan bolasepak tempatan. Selain daripada itu, penglibatan mereka sebenarnya tidak perlu.

Saya tidak faham misalnya mengapa jawatan presiden persatuan-persatuan bolasepak negeri sering dipegang menteri-menteri besar. Tidak cukupkah kerja di pejabat menteri besar sehingga perlu mencari kerja tambahan mengurus persatuan bolasepak? Mengapa tidak dibiarkan sahaja pentadbir profesional mentadbir dan membuat keputusan?

Saya percaya ramai menganggap penglibatan ahli-ahli politik ini tidak lebih daripada usaha mencari publisiti murahan.

Kita tidak mahu ahli-ahli politik masuk campur kerana tidak mahu ‘penyakit politik’ meresap dalam bolasepak. ‘Penyakit’ yang paling ketara ialah kurangnya fokus pada rancangan jangka panjang. Banyak dana dan tenaga lebih tertumpu pada kejayaan serta merta. Siapa di kalangan ahli-ahli politik yang mahu membuang masa merancang pelan jangka panjang seperti ‘Malaysia ke Piala Dunia 2018’? Tahun 2018 itu sangat jauh dan jangka hayat politik mereka mungkin tamat sebelum itu.

Sekiranya perancangan rapi dibuat, saya percaya pasukan bolasepak kebangsaan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Saiz dan tubuh pemain yang kecil tidak lagi boleh dijadikan alasan. Pemain-pemain Jepun dan Korea Selatan sudah membuktikan ia bukanlah penghalang untuk mengecap kejayaan. Kejayaan pasukan kebangsaan merangkul pingat emas Sukan SEA tahun lalu perlu dijadikan asas kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Bersorak untuk pasukan Brazil, Sepanyol dan Argentina dalam pertandingan Piala Dunia banyak membawa kepuasan. Namun, bagi setiap peminat bolasepak di tanahair, tidak ada yang lebih memuaskan dan membanggakan daripada bersorak untuk pasukan Malaysia dan mendengar lagu Negaraku berkumandang di stadium. Bilalah agaknya impian ini boleh menjadi kenyataan?

Rakan Sebenar Zionis ialah Umno! : Mahfuz

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar sikap Barisan Nasional (BN) yang melemparkan tuduhan ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi, sebaliknya rakan Zionis sebenarnya ialah Umno dan BN yang dilangsungkan atas nama kerajaan Malaysia.

Jelasnya, BN dalam keadaan terdesak apabila mengeluarkan tanggapan sedemikian kerana berhadapan dengan serangan daripada Pakatan Rakyat bermula Mac lalu sedangkan BN sendiri yang melantik syarikat Yahudi, APCO Worlwide untuk manasihati kerajaan.

"Mereka sendiri yang berjumpa dengan Yahudi dan meminta nasihat Yahudi. Ia berbeza dengan pembangkang jika berjumpa dengan Yahudi, kita memberi kata tujuk kepada Yahudi. Ini menampakkan ketegasan kita kepada Yahudi.

"BN apabila berjumpa dengan Zionis menyatakan 'tolong nasihatkan kami' dan bersedia membayar kepada syarikat Zionis ini untuk merangka dan merangcang bagaimana untuk mengekalkan kuasa mereka," katanya sewaktu dihubungi. Jelasnya, apabila kerajaan menjalin hubungan perdagangan secara sulit seperti yang diakui Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Kong Cho Ha apabila timbul isu kapal Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang.

"Ini membuktikan keputusan kabinet sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kerajaan membenarkan hubungan perdagangan secara sulit dengan Israel. Pada April dan Mei tahun ini Malaysia telah menghantar bahan kimia dan minyak sawit ke Israel. Ini membuktikan betapa 'akrab dan kasih sayangnya kerajaan Malaysia dengan Israel," katanya. Akhbar Washington Post bertarikh 28 Jun memetik Anwar sebagai berkata beliau 'kesal' dengan penggunaan perkataan pencerobohan Yahudi, dan beliau akan lebih 'berhati-hati' pada masa akan datang.

Artikel itu juga menyatakan Anwar memberitahu rakannya di Amerika Syarikat beliau menyesal menggunakan istilah zeperti 'pencerobohan Zionis'. Kenyataan daripada akhbar tersebut turut dijadikan propaganda murahan beberapa pemimpin Umno untuk menjatuhkan Anwar.

Thursday, July 8, 2010

Undi pos: Pemuda PAS sambut syor baru SPR, tapi sangsi BN terima


KUALA LUMPUR, 8 Julai – Dewan Pemuda PAS menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat perubahan besar terhadap undi pos dengan menggantikan sistem lama kepada sistem pengundian awal menjelang Julai 2011, tetapi sangsi Barisan Nasional (BN) akan bersetuju dengan cadangan tersebut.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, cadangan SPR untuk membuat perubahan itu pasti sukar untuk dilaksanakan kerana perlu mendapatkan persetujuan Kabinet pusat, pimpinan BN yang meletakkan harapan total terhadap undi pos selama ini.

Dalam kebanyakan kes hampir keseluruhan undi pos akan memihak kepada BN kecuali dalam beberapa kes seperti ketika pilihan raya kecil Telok Kemang pada 2001.

“Cadangan itu bagus tetapi adakah Kabinet akan setuju kerana selama ini undi pos adalah deposit tetap kepada undi BN?

“Ini kerana ruang manipulasi terlalu besar dalam sistem undi pos, jadi saya tidak fikir BN dengan mudah bersetuju dengan cadangan tersebut,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan menerusi blog http://kentong-suhaizan.blogspot.com.

Beliau berkata beberapa cadangan SPR sebelum ini untuk memastikan ketelusan pilihan raya tidak berjaya apabila ada pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan cadangan tersebut.
“Sebagai contoh sebelum ini SPR telah mengeluarkan peraturan tidak membenarkan parti bertanding membuat pondok panas di sekitar tempat mengundi, parti pembangkang mematuhi peraturan itu tetapi ejen BN pula adalah sebaliknya.

“Begitu juga ketika pilihan raya 2008 di mana SPR telah membelanjakan banyak wang untuk membeli dakwat hitam bagi menanda jari untuk pengesahan pengund, namun apabila ada pihak berkepentingan tidak bersetuju akhirnya SPR terpaksa akur dan membatalkan penggunaan dakwat hitam.

“Dalam pilihan raya 2008 pula SPR juga menetapkan setiap calon yang bertanding perlu mendapat pengesahan pesuruhjaya sumpah terlebih dahulu sebelum penamaan calon tetapi ramai calon Umno-BN tidak sempat untuk membuat pengesahan pesuruhjaya sumpah tersebut, lantas peraturan ini dibatalkan pada saat akhir.

“Jadi saya yakin cadangan SPR itu akan menerima nasib yang sama,” katanya.

Bagaimanapun Suhaizan berkata sistem pengundian awal ini sebenarnya masih tidak menyelesaikan sepenuhnya masalah ketidaktelusan dalam undi pos.

“Ini kerana ruang-ruang ketidakadilan dan manipulasi masih terdapat dalam beberapa perkara. Antaranya, kita melihat bagaimana hanya pihak kerajaan BN sahaja dibenarkan masuk ke kem untuk berkempen.

“Selain itu, sistem pengundian awal ini akan menyebabkan semua anggota tentera, polis dan SPR berkumpul di satu tempat untuk mengundi. Jadi bagaimana SPR mahu mengarahkan pihak tentera untuk tidak membuat sebarang aktiviti di luar kem pada masa mereka mengundi?

“Justeru saya minta SPR ukur kail (joran) sendiri. Jika kail panjang sejengkal bagaimana SPR mahu menduga laut yang dalam?” katanya.

Sebelum ini Dewan Pemuda PAS mengesyorkan gerakan Himpunan Bersih II bagi mendesak pilihan raya yang adil dan bersih diadakan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Cadangan ini dikemukakan ketika banyak pihak mula bercakap mengenai kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat.

Ada yang meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung antara tiga hingga 12 bulan ini.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bahawa pilihan raya umum ke-13 akan mengejutkan semua pihak seolah-olah sebagai isyarat bahawa ia akan diadakan lebih awal daripada yang sepatutnya.

“Justeru memandangkan pilihan raya negara terlalu terdedah kepada manipulasi, Jawatankuasa Bersih perlu berbuat sesuatu dengan mengadakan Himpunan Bersih II dan ia akan diadakan pada hari Sabtu terdekat selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen,” kata Suhaizan.
Perhimpunan Bersih kali pertama telah digerakkan di ibu negara pada 10 Nov 2007 untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan Bersih yang turut disertai pelbagai parti pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk menuntut pilihan raya yang adil.

Awal bulan lalu, Dewan Pemuda PAS membahaskan usul agar diadakan Himpunan Bersih II bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Perkara ini juga menjadi perhatian dalam Kongres Nasional Keenam PKR kira-kira dua minggu sebelum itu.

Dalam ucapan dasar pada kongres itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Pakatan Rakyat agar sekali lagi mengadakan Himpunan Bersih II untuk menjamin perjalanan pilihan raya yang adil.

malaysiainsider

Ahmad penakut pahit

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan 'enggan' berdebat dengan Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman meskipun jemputan itu telah diserahkan sendiri oleh Mazlan kepada beliau ketika sidang media bersama di Parlimen hari ini.

Sebaliknya ketika bertemu pada jam 11.00 pagi di Lobi Parlimen hari ini Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula menyerahkan surat jemputan dialog kepada Mazlan, walaupun pada awalnya pertemuan hari ini berkisarkan jemputan debat oleh Pengerusi Anak itu.

Mengeluas keenganan Ahmad berdebat, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menegaskan Ketua Penerangan Umno itu sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat.

Beliau menjelaskan, pemilihan debat dicadangkan ekoran beberapa siri dialog sebelum ini dilihat gagal menyelesaikan isu peneroka dan tidak mendatangkan hasil yang positif.

"Saya bukan nak cari publisiti kerana memilih debat, tetapi saya mahu rakyat sendiri tahu apa isu sebenar yang membabitkan Felda, isu penyelewengan, isu mengapa susutnya rizab tunai Felda, dan banyak lagi yang saya akan dedahkan.

"Saya mahu rakyat menjadi hakim. Kita mahu rakyat nilai mana yang betul mana yang salah. Dia (Ahmad Maslan) tak mahu debat tetapi memilih dialog. Ini tak selesaikan masalah, malah dialog ini dibuat biasanya tertutup, kemudian apa yang akan digambarkan dalam media akhirnya hanya suara sebelah pihak.

"Jalan terbaik adalah debat, dibuat secara langsung melalui stesen televisyen samada kerajaan mahupun swasta, kemudian khalayak Felda sebagai tetamu.Nak buat dimana sahaja saya tak kisah asalkan rakyat dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata Mazlan ketika ditemui selepas sidang media.

Sementara itu Mazlan juga yakin 'ada benda yang disembunyikan' yang menyebabkan Ahmad Maslan 'enggan' berdebat secara terbuka, sebaliknya hanya mahu berdialog.

"Kalau dia tak takut, marilah berdebat, kenapa tak mahu debat?" katanya lagi.

Mazlan sebelum ini banyak mendedahkan isu membabitkan pentadbiran dan pengurusan Felda.

Beliau yang juga generasi kedua Felda memiliki pengalaman berhubung isu-isu Felda dan bersedia mendedahkan banyak lagi isu membabitkan agensi itu dalam masa terdekat.

harakah

Wednesday, July 7, 2010

Najib mahu rakyat buta maklumat sebelum PRU 13


KUALA LUMPUR, 7 Julai: PAS melihat Perdana Menteri selaku Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mempergunakan sepenuhnya kuasa dalam kerajaan untuk menyekat media-media Pakatan seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris ahmad berkata, media rasmi komponen Pakatan merupakan sumber maklumat alternatif rakyat khususnya bagi para ahli dan penyokong untuk mengetahui segala kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan serta kelemahan pentadbiran BN.

Baginya, isu Suara Keadilan menyiarkan berita bertajuk "Felda Bankrap" dimanipulasikan sepenuhnya bagi membuka ruang membunuh media berkenaan.

Para peneroka pula, ujarnya diseru berdemo dan menteri BN dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan seluas-luasnya ruang untuk rakyat menunjukkan kemarahan kepada Suara Keadilan.

Tidak cukup dengan itu, katanya lagi KDN berusaha untuk mengharamkan media berkenaan, akhbar Harakah pun kena juga manakala Roket sentiasa diperhatikan.

Sehubungan itu, tegasnya PAS menuntut supaya pihak KDN perlu meletakkan garis panduan yang jelas antara berita yang menjejaskan ketenteraman parti dengan ketenteraman negara kerana dua perkara itu berbeza. 

“Sebagai sebuah negara demokrasi sudah tentu ada pembangkang dan kerajaan. Kedua-dua pihak ini perlu diberi peluang untuk memastikan mereka diterima oleh rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, pihak Najib dan KDN jangan buat pekak terhadap berita-berita yang disiarkan oleh media pro BN sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

Ini, katanya dapat dilihat bagaimana laporan yang tidak betul dengan menyebut kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan pembangkang.

“Apakah ini cara pemberitaan yang betul? Jangan kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak.

“Semua ini ada kaitan dengan persiapan BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13),” ujarnya.

Namun, ujarnya lagi apa jua tekanan yang cuba diberikan oleh BN, jentera penerangan Pakatan Rakyat perlu memperluaskan medium penyebaran maklumat kepada rakyat.

Katanya, setiap ahli dan penyokong juga diminta untuk terus membantu memberikan kefahaman kepada rakyat.

“Organisasi media Pakatan tidak akan goyah dengan sebarang ugutan dan ancaman, malah BN akan terus dihantui oleh dosa-dosa mereka yang didedahkan oleh Pakatan. PAS yakin, rakyat akan merubah kerajaan pada PRU 13,” ujarnya.

harakah

Elaun speaker Parlimen, Dewan Negara naik

Kerajaan telah meluluskan kenaikan bayaran elaun untuk speaker Dewan Rakyat dan yang dipertua Dewan Negara serta timbalan mereka.

Kenaikan tersebut - selepas 29 tahun - berkuatkuasa mulai 1 Mei tahun ini.

Ia termasuk elaun keraian speaker Dewan Rakyat dan yang dipertua Dewan Negara - yang dinaikkan dari RM7,000 kepada RM9,860.

Mereka juga akan menerima RM10,000 ketika pelantikan dan RM10,000 apabila bersara.

Timbalan speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga menikmati kenaikan elaun tetapi tidak setinggi itu.

Elaun lain bagi speaker dua dewan berkenaan ialah:

* Kenaikan RM1,000 bagi elaun bulanan perumahan - dari RM3,000 untuk RM4,000.

* Elaun tahunan selenggaraan rumah sebanyak RM10,000.

* Pinjaman perumahan dinaikkan dari RM480,000 kepada RM720,000.

* Bayaran RM5,000 untuk pindah rumah.

* Kenaikan bayaran elaun orang gaji dari RM2,000 kepada RM2,500.

* Kenaikan dari RM2,000 kepada RM3,000 untuk membeli telefon bimbit serta aksesorisnya bagi setiap tiga tahun
* Kadar maksimum yang boleh dituntut bagi bayaran telefon rasmi dinaikkan dua kali ganda - dari RM500 kepada RM1,000

* Elaun 'baju sejuk' dinaikkan tiga kali ganda - dari RM2,000 kepada RM6,000

* Kadara bayaran bagi pakaian upacara rasmi dinaikkan dari RM1, 000 kepada RM1,500 bagi setiap tiga tahun.

* Kos penginapan harian dinaikan dari RM600 kepada RM2,000 untuk cuti tahunan di luar negeri

'MP juga perlu tambahan'

Sementara itu, ahli parlimen DAP Rasah Anthony Loke memberitahu media bahawa ahli parlimen juga perlukan wang tambahan untuk beroperasi secara lebih efisien.

"Kami tidak dapat banyak. Elaun kita pergi kepada kakitangan kami, pengangkutan dan banyak perkara lagi.

"Kami tidak kisah kalau kami tidak mendapat kenaikan elaun kami. Tetapi ia benar-benar akan membantu jika kita boleh mendapatkan elaun yang sistematik, seperti menyediakan pejabat dengan kakitangannya dan sekurang-kurangnya seorang penyelidik sepenuh masa. Ini untuk meningkatkan kerja kami sebagai ahli parlimen," katanya.

Berita asal
http://www.malaysiakini.com/news/136659
Related Posts with Thumbnails