Tuesday, November 30, 2010

Jeng Jeng Jeng.. Dah tak lama dah nampaknya...???

Pemilihan UMNO ditangguhkan


Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC malam tadi.


KUALA LUMPUR - Pemilihan UMNO bagi peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) yang dijadualkan pada tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, keputusan bersama itu dibuat bagi membolehkan UMNO memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan Model Politik Baru iaitu bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.

"Ini merupakan peruntukan dalam Perlembagaan parti yang bukan kali pertama tetapi beberapa kali kita gunakan supaya seluruh perhatian dan tenaga kita terarah ke arah memantapkan proses penyediaan pemantapan parti kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT di sini malam tadi.

Najib berkata, UMNO juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam UMNO walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.

"Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti," kata Presiden UMNO itu.

Ditanya sama ada penangguhan pemilihan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang, Najib, yang menang tanpa bertanding bagi tempoh pemilihan parti 2008-2011 berkata ia bukanlah sesuatu yang baru.

"Setahu saya sudah tiga empat kali kita pakai peruntukan ini dari dulu lagi, tidak ada masalah yang aneh dan luar biasa," katanya.

Kali pertama MT UMNO menunda pemilihan parti ialah pada tahun 1999, apabila perhimpunan itu ditangguh hingga Mei 2000 bagi membolehkan parti memberi tumpuan kepada pilihan raya umum 1999.

Mengenai penyusunan semula kepimpinan UMNO peringkat negeri, Najib berkata beliau akan mengumumkan perkara itu sebelum hujung tahun ini kerana memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan beberapa pemimpin tertentu di peringkat negeri.

"Saya telah maklumkan bahawa perkara ini akan dilakukan dan diumumkan sebelum akhir tahun ini dan bukan malam ini, saya perlukan sedikit masa bersama-sama Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk berjumpa dan berunding dengan beberapa pemimpin di peringkat negeri untuk lebih menentukan apakah tugasan dan jangkaan terhadap mereka," katanya.

Beliau berkata, penyusunan semula itu mungkin akan membabitkan muka baru dan juga ada pemimpin yang akan dilantik semula. - Bernama

Usul Potong Gaji Menteri Kerja Raya

Pada mulanya saya ingin menyatakan bahawa usul ini dibawa bukan atas sebab-sebab personaliti atau peribadi yang menjadi Menteri Kerja Raya. Saya memahami bahawa sebahagian besar dari masalah yang menghantui Menteri Kerja Raya hari ini adalah masalah yang diwarisinya dari semenjak sebelum beliau memegang Kementerian berkenaan. Oleh itu, personaliti yang menjawat jawatan Menteri Kerja Raya bukan isunya. Isunya adalah budaya kerja yang telah diasaskan dari dahulu lagi yang tidak kelihatan noktah padanya dan tidak nampak ianya akan dihentikan atau mampu dihentikan oleh pentadbiran sediada.

Budaya kerja seperti memberi kontrak-kontrak yang beratus juta ringgit kepada syarikat OKU (Orang Kuat UMNO) secara rundingan terus jelas dipertahankan dan diteruskan walaupun merugikan rakyat dan Negara. Kesan dari budaya ini adalah kos yang tinggi dan qualiti kerja yang rendah.

Sebagai salah satu contoh, kontrak pembinaan Istana Negara yang bernilai pada asalnya RM 650 Juta diberikan kepada syarikat Maya Maju Malaysia Sendirian Berhad yang merupakan syarikat ‘Dormant’ yang tidak berdaftar dengan CIDB dan tidak juga mempunyai Lesen PKK. Maknanya syarikat tersebut tidak berniaga, tidak bergiat sama sekali dan oleh itu tiada trak-rekod dan tiada kepakaran. Namun tetap ditawarkan kontrak tersebut dan lebih aneh lagi, tawaran diberi pada Oktober 2007 sedangkan syarikat tersebut hanya berdaftar pada Ogos 2008. Mungkin oleh kerana ianya merupakan syarikat OKU, maka nilai kontrak dinaikkan dari RM 394.8 Juta seperti cadangan asal dari syarikat tersebut sendiri, kepada RM 650 Juta selepas rundingan! Biasanya dirunding supaya harga turun tetapi di sini, ianya dirunding supaya harga naik. Tidak cukup dengan itu, nilai kontraknya terus dinaikkan.

Begitu juga dengan kontrak pembinaan Institut Kanser Negara. Ianya satu kontrak yang pada asalnya disebut bernilai RM 340 Juta pada awal 2007 tetapi pada Mac 2009 disebutkan pula bahawa nilai kontrak untuk pembinaannya telah melonjak menjadi RM 700 Juta. Seperti biasa, kontrak ditawarkan secara rundingan terus dan ianya diserahkan kepada Syarikat Kiara Teratai Sdn. Bhd. Syarikat ini mempunyai modal berbayar sebanyak RM 1 Juta dan kerugian tercatat sebanyak RM 1.5 Juta. Adakah mungkin sebuah syarikat yang telah, berdasarkan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menjadi ‘insolvent’ atau tidak berduit sedemikian rupa mampu melaksanakan kerja sebegini? Sekali lagi Syarikat yang dilantik tiada track-record dan tiada kepakaran untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan.

Berterusannya amalan kontrak rundingan terus bererti Menteri Kerja Raya telah gagal menjalankan tugasnya sebagai seorang Menteri yang bertanggung jawab untuk menentukan wang rakyat digunakan dengan cermat, mendapat nilai sebenar dan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibayar, demi kepentingan rakyat Malaysia. Ini merupakan kegagalannya yang pertama.

Kontrak rundingan terus ini juga menghasilkan kebuntuan apabila ianya tidak dilaksanakan dengan baik oleh kontraktor yang dilantik. Kontraktor dilantik atas dasar kenalan dan sokongan politik, maka apabila kontraktor berkenaan gagal, tindakan dilengah-lengahkan sehingga akhirnya projek terbengkalai dan tempoh kontrak lari jauh dari apa yang dirancangkan. Sekiranya kontrak berkenaan melibatkan perkhidmatan tertentu untuk rakyat, maka akhirnya perkhidmatan berkenaan ditangguhkan dan rakyat sekali lagi menjadi mangsa.

Kisah hospital Shah Alam merupakan satu contoh yang jelas di mana perkhidmatan kesihatan yang merupakan keperluan warga Shah Alam dinafikan buat sekian lamanya. Kalau dalam bidang perundangan disebut, “Justice delayed is justice denied”. Begitu juga dengan keperluan asasi seperti perkhidmatan kesihatan di mana ungkapan “Rawatan yang dilewatkan adalah rawatan yang dinafikan” boleh digunapakai. Projek pembinaan hospital Shah Alam jelas tergendala dan sudah 6 bulan kerja-kerja di tapak telah berhenti dan hingga ke hari ini, masih tidak jelas bila ianya akan dimulakan kembali. Dikatakan ianya akan ditender kembali, tetapi hingga hari ini, saya difahamkan, tiada dokumen tender yang telah disiapkan kerana kontrak ini merupakan kontrak “design and build” yang diserahkan tanpa adanya dokumen tender dan BQ pada asalnya.

Yang menyedihkan, persoalan perjalanan projek pembinaan hospital ini telah disebutkan berkali-kali semenjak bulan Februari tahun ini namun walaupun dengan teguran dan peringatan yang berulang, pihak Menteri tetap gagal menanganinya dengan baik demi menjamin projek tersebut disiapkan tepat pada waktunya dan mengikut nilai kontrak yang ditetapkan.

Sekiranya projek ini dipantau dengan baik, pihak Kementerian boleh menjangka apa yang bakal berlaku dan boleh bertindak untuk menyelamatkannya sebelum ianya tergendala sebegini. Wakil Jabatan Kerja Raya yang diletakkan di tapak sebagai ‘Clerk of works’ dan juga Jurutera yang ditugaskan boleh menilai pihak mana yang bekerja dan pihak mana yang hanya memakan komisyen. Mereka boleh mengenal pasti sebab-sebab kegagalan projek tersebut dan mengesyorkan tindakan yang perlu diambil untuk menyelamatkan projek berkenaan.

Dalam keadaan-keadaan sebegini, pihak Kementerian sepatutnya mengambil-alih projek berkenaan dan melaksanakannya di bawah pemantauan Jabatan Kerja Raya. Jabatan Kerja Raya sudah pasti mempunyai Jurutera-jurutera yang mahir dalam pengurusan projek dan bidang kejuruteraan. Sub-kontraktor yang ‘perform’ boleh dikekalkan dan yang tidak, digantikan. Pendekatan sebegini pasti lebih mampu menjamin pembinaan tersebut dapat diselesaikan tanpa kelewatan atau kelewatan yang minima dan perbelanjaan yang menepati nilai kontrak asal berbanding kaedah memanggil tender baru.

Ini menjadi lebih releven apabila diberitahu bahawa sub-kontrak utama bagi pembinaan Hospital Shah Alam, ia itu GM Health telah menawarkan diskaun sebanyak RM 3 Juta dan tempoh masa 18 bulan untuk menyerahkan projek berkenaan. Malangnya pihak Kementerian memutuskan untuk memanggil tender baru tanpa mengindahkan hakikat bahawa cara sebegini akan menyebabkan projek semakin tergendala dan kos semakin meningkat! Sedangkan tujuan memanggil tender terbuka adalah untuk mendapatkan kos terendah dan tempoh masa yang terpendek. Yang penting adalah matlamat di sebalik proses dan bukan proses itu semata-mata. Ketidak mampuan Menteri memahami matlamat sebenar disebalik sesuatu proses sehingga sanggup mengutamakan proses dan mengorban matlamat adalah kegagalannya yang kedua.

Berdasarkan penjelasan-penjelasan sebelum ini, masalah projek tergendala atau terbengkalai bukan satu perkara yang baru. Di Shah Alam sendiri ada satu lagi projek sakit ia itu projek pembinaan Special Materials Store bagi pihak PDRM. Ianya terbengkalai semenjak tahun 2008. Kontraktor dilantik, seterusnya ditamatkan dan hingga hari ini, tidak kedengaran apa yang ingin dilakukan dengan projek yang bernilai RM 140 Juta lebih ini. Parahnya masalah projek terbengkalai sehingga disebut bahawa kerajaan telah membentuk ‘Jawatankuasa Projek Sakit’. Ini adalah bukti betapa parah keadaannya hasil dari penganugerahan projek kepada yang tidak layak.

Sepatutnya dengan pengalaman yang sebegini banyak, kaedah menyelamat projek secara pantas dan berkesan sudah dikenal pasti. Kaedah memanggil tender terbuka sebelum tawaran dibuat boleh mengurangkan berlakunya projek yang gagal, namun kaedah menyelamat projek setelah ianya ditawarkan dan dilaksana tetapi terbengkalai perlu juga dikenal pasti oleh pihak Menteri. Dalam soal ini amat jelas bahawa Menteri telah gagal untuk mengenal pasti kaedah menyelamatkan projek secara berkesan yang akan meminimakan kelewatan dan perbelanjaan tambahan.

Dalam soal mutu kerja pula, amat jelas dengan berlakunya Stadium yang runtuh, jambatan yang runtuh dan sebagainya, ianya merupakan satu persoalan yang tidak dapat ditangani dengan baik oleh pihak Menteri. Saya percaya Ahli Dewan Rakyat tidak perlu diyakinkan akan kebenaran dakwaan ini. Kebocoran di Parlimen, setelah berbelanja berjuta-juta, adalah bukti yang tidak dapat disanggah oleh mana-mana pihak. Rendahnya kualiti dan mutu kerja merupakan kegagalan ketiga pihak Menteri Kerja Raya.

Di atas tiga kegagalan ini, saya mengusulkan supaya gaji Menteri Kerja Raya dipotong sebanyak RM 10. Dengan itu saya mohon mencadang. Sekian Terima kasih.

Berkaitan: Video Parlimen: Cut Salary of Works Minister

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Sunday, November 21, 2010

Akta siber: Kerajaan mahu rakyat buta, pekak


KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan garis panduan, definisi hasutan kepada pengguna internet sebagi satu lagi usaha untuk 'membuta dan memekakkan' rakyat.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, tindakan tersebut lebih kepada usaha menyekat maklumat sebenar sampai kepada rakyat.

"PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN.

"Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini.

"Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Katanya lagi, seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, dan hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja.

Malahan setengah tempat ujarnya, Umno terpaksa menswastakan program penerangan melalui NGO yang pro mereka agar boleh menarik orang datang.

"Jika tidak, orang tidak mahu datang jika atas lambang umno.

"Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN dalam mesyuarat majlis tertinggi.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan itu dengan asas bahawa telah banyak akta-akta yang diwujudkan untuk mengatasi masalah tersebut.

Ianya seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.

"Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju jika tindakan diambil kepada mereka yang mendedahkan maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa.

"Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewingan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," soalnya.

harakah

Friday, November 19, 2010

Ringkasan Laporan Audit Pahang

Begitu banyak kepincangan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk negeri Pahang. Dari projek perumahan rakyat yang banyak projek sakit dan lambat siap, rugi RM12 Juta. Pengurusan air rugi RM65 Juta. Royalti pasir rugi RM3.23 Juta.

Pahang, tempat Perdana Menteri, kawasan selamat UMNO lah katakan. TV1, TV3, Utusan, Berita Harian takkan berani dedah laporan Ketua Audit untuk Johor, Pahang dan Melaka.

Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRM) di Pahang banyak masalah seperti projek sakit, projek lewat disiapkan dan kelewatan mendapatkan kelulusan CFO. Kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan berjumlah RM6.20 juta dan menanggung kos membaik pulih dan penyelenggaraan berjumlah RM5.97 juta.

Pengurusan Air Tidak Berhasil NRW kurang memuaskan kerana anggaran kehilangan hasil yang tinggi iaitu sejumlah RM65.50 juta pada tahun 2008

Hilang hasil daripada royalti pasir berjumlah RM3.23 juta. Aktiviti perlombongan pasir telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya hakisan tebing sungai, pencemaran kawasan operasi, sehingga menjejaskan kehidupan penduduk setempat.

Pengurusan pengendalian kes di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pahang adalah tidak memuaskan kerana kaedah dalam enakmen belum diwartakan dan sistem pautan e-Syariah tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Pelaksanaan Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani Fasa 1 adalah tidak memuaskan kerana berlaku kesilapan reka bentuk, kualiti kerja pembinaan yang rendah dan kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi.

Tahap pengurusan program pemberimilikan tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong adalah tidak memuaskan kerana Pejabat lambat menyelesaikan fail-fail permohonan dan telah menyebabkan hasil tanah lewat dipungut.

Pengurusan premis perniagaan Majlis adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan. Antaranya ialah ketidakpatuhan dalam kerja ubahsuai rumah rehat Bentong, harga bekalan yang tidak munasabah, pemborosan dalam perbelanjaan, kajian kemungkinan tidak dijalankan, penyenggaraan premis perniagaan tidak dijalankan secara berkala dan semakan semula kadar sewa premis tidak dibuat.

BAHAGIAN I – AKTIVITI JABATAN/AGENSI

1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang - Pelaksanaan Dan Pengagihan Projek Perumahan Rakyat Dimiliki


Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRM) dilaksanakan adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri yang termampu, selesa dan selamat. Jabatan Perumahan Negara (JPN), Wilayah Timur Pahang bertanggungjawab melaksanakan projek PPRM manakala Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bertanggungjawab menguruskan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak. Pelaksanaan projek PPRM secara keseluruhannya menghadapi banyak masalah seperti projek sakit, projek lewat disiapkan dan kelewatan mendapatkan kelulusan CFO.

Masalah ini adalah disebabkan ketidakcekapan Juruperunding dan kontraktor dalam melaksana serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan projek dengan berkesan. Akibatnya pihak Kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan berjumlah RM6.20 juta yang sepatutnya boleh dielakkan.

Selain itu, proses penawaran rumah yang memakan masa lama telah mengakibatkan pemohon lewat dapat menduduki rumah. Manakala rumah yang terbiar kosong untuk tempoh yang lama mengakibatkan pihak Kerajaan terpaksa menanggung kos membaik pulih dan penyelenggaraan berjumlah RM5.97 juta.

2. Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang - Pengurusan Pinjaman Boleh Dituntut Terhadap Agensi Kerajaan Negeri Pahang


Pinjaman Boleh Dituntut adalah merupakan pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menggunakan sumber Kerajaan Negeri atau pinjaman yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan.

Pinjaman yang diberi diperoleh daripada tiga sumber iaitu Akaun Hasil Disatukan, Kumpulan Wang Pembangunan (termasuk juga pinjaman yang dibuat daripada Kerajaan Persekutuan) dan Kumpulan Wang Amanah. Had peruntukan pinjaman adalah ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sehingga akhir tahun 2009, baki Pinjaman Boleh Dituntut bagi Agensi dan PBT di Negeri Pahang telah mencatatkan kenaikan sedikit sejumlah RM1.03 juta atau 0.4% daripada RM239.57 juta pada tahun 2008 kepada RM240.60 juta. Secara keseluruhannya, pengurusan Pinjaman Boleh Dituntut adalah tidak memuaskan disebabkan bayaran balik pinjaman oleh Agensi dan PBT yang tidak mengikut syarat perjanjian. Selain itu, kekurangan penguatkuasaan terhadap Agensi dan PBT yang tidak mematuhi atau telah ingkar kepada syarat–syarat perjanjian juga menyebabkan tunggakan baki bayaran balik pinjaman boleh dituntut semakin meningkat.

Kesan daripada ini telah menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung beban hutang yang semakin meningkat kepada Kerajaan Persekutuan. Keadaan ini seterusnya menjejaskan perancangan pembangunan ekonomi Kerajaan Negeri dalam memastikan ia mencapai matlamat seperti yang telah ditetapkan di dalam Bajet Tahunan Kerajaan Negeri yang telah diluluskan.

3. Jabatan Pertanian Negeri Pahang - Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani Di Kampung Awah, Maran

Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani di Kampung Awah, Maran telah mula dirancang untuk dilaksanakan di bawah RMKe-9. Projek ini merupakan projek Jabatan Pertanian Negeri Pahang yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pahang.

Pembinaan Akademi Usahawan Tani bertujuan untuk melahirkan usahawan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta progresif bagi membawa industri pertanian lebih maju dan berdaya saing. Projek pembinaan Fasa 1 telah disiapkan pada 18 Oktober 2006 dengan kos berjumlah RM6.86 juta. Manakala, tarikh siap projek Fasa 2 mengikut kontrak adalah pada 16 April 2010 dengan kos berjumlah RM2.53 juta.

Secara keseluruhannya, tahap pelaksanaan Projek Pembinaan Akademi Usahawan Tani Fasa 1 adalah tidak memuaskan kerana berlaku kesilapan reka bentuk, kualiti kerja pembinaan yang rendah dan kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi.

Selain itu, ketiadaan perancangan awal yang teliti telah menyebabkan banyak pengubahsuaian dilakukan setelah projek siap dilaksanakan dan pihak kontraktor juga telah menggunakan Table Tender Drawing dan bukan Construction Drawing sebagai rujukan semasa menjalankan kerja pembinaan.

4. Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong - Pengurusan Pemberimilikan Tanah

Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong adalah merupakan Agensi utama yang bertanggungjawab terhadap semua aspek pentadbiran tanah dan pembangunan daerah di Pentadbiran Daerah Bentong. Tanggungjawab utama Pejabat ini adalah merancang pembangunan tanah, pemberian hak milik tanah selain menguatkuasakan undang-undang, pungutan cukai dan hasil berkaitan tanah.

Daerah Bentong telah dibahagikan kepada 3 Mukim iaitu Bentong, Sabai dan Pelangai dengan jumlah keluasan 183,112 hektar. Jumlah hak milik tanah di Daerah Bentong pada tahun 2009 adalah sebanyak 42,988.

Secara keseluruhannya, tahap pengurusan program pemberi milikan tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong adalah tidak memuaskan kerana Pejabat lambat menyelesaikan fail-fail permohonan dan telah menyebabkan hasil tanah lewat dipungut. Selain itu, prestasi Pegawai Petempatan juga kurang memuaskan kerana tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Arahan Pentadbiran Tanah Negeri.

5. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Pahang - Pengurusan Aktiviti Pengambilan Pasir Sungai Dan Kesannya Kepada Alam Sekitar



Pengusaha pasir perlu memohon dan mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan tidak memberi impak negatif terhadap alam sekitar.

Kegagalan pengusaha memohon untuk mengambil pasir di Kuala Sungai Miang telah menyebabkan Kerajaan Negeri kehilangan hasil daripada royalti berjumlah RM3.23 juta.

Selain itu, kegagalan pengusaha mematuhi syarat yang ditetapkan telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya hakisan tebing sungai, pencemaran kawasan operasi, perubahan kepada regime sungai sehingga menjejaskan kehidupan penduduk setempat.

6. Jabatan Kehakiman Syariah Pahang - Pengurusan Pengendalian Kes Di Mahkamah Syariah Negeri Pahang

Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (Jabatan) telah ditubuhkan pada 19 Januari 1995 yang sebelum itu dikenali sebagai Mahkamah Qadhi di Jabatan Agama Islam Pahang. Jabatan ini bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutuskan kes-kes di semua peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan di dalam pengurusan Kes Mal dan Kes Jenayah.

Jabatan ini mempunyai dua Mahkamah Tinggi Syariah dan 12 Mahkamah Rendah Syariah di seluruh Negeri Pahang. Berdasarkan Laporan Statistik e-Syariah pada tahun 2009, sebanyak 4,610 Kes Mal dan Jenayah telah didaftarkan dan sebanyak 2,301 (49.9%) belum selesai perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pahang.

Secara keseluruhannya, pengurusan pengendalian kes di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pahang adalah tidak memuaskan kerana kaedah dalam enakmen belum diwartakan dan sistem pautan e-Syariah tidak dilaksanakan sepenuhnya.

7. Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang - Pengurusan Air Tidak Berhasil (NRW)

Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water (NRW)) adalah jumlah kuantiti air yang disalurkan ke dalam sistem agihan tetapi tidak memberi pulangan hasil kepada agensi yang menguruskan bekalan air.

Melalui Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9), Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang (JBA Pahang) telah diberi peruntukan sejumlah RM150.34 juta untuk melaksanakan program bagi mengurangkan NRW. Sehingga akhir tahun 2009, sejumlah RM121.03 juta (80.5%) telah dibelanjakan termasuk RM6.20 juta untuk projek bukan NRW.

Secara keseluruhannya, pengurusan NRW di Negeri Pahang adalah kurang memuaskan kerana anggaran kehilangan hasil yang tinggi iaitu sejumlah RM65.50 juta pada tahun 2008, dua meter pengeluaran yang dibeli pada tahun 2003 tidak dipasang dan meter yang dipasang sukar dibaca. Selain itu, pemantauan terhadap penggunaan tanpa kebenaran tidak dijalankan menyebabkan banyak berlaku kes kecurian air.

8. Majlis Perbandaran Bentong - Pengurusan Premis Perniagaan

Pengurusan premis perniagaan adalah di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Bentong (Majlis). Sehingga akhir tahun 2009, Majlis mempunyai 1,974 pegangan premis perniagaan yang terdiri daripada rumah kedai jenis teres, bangunan kedai sesebuah dan lot perniagaan dalam kompleks perniagaan.

Secara keseluruhannya, pengurusan premis perniagaan Majlis adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan. Antaranya ialah ketidakpatuhan dalam kerja ubahsuai rumah rehat Bentong, harga bekalan yang tidak munasabah, pemborosan dalam perbelanjaan, kajian kemungkinan tidak dijalankan, penyenggaraan premis perniagaan tidak dijalankan secara berkala dan semakan semula kadar sewa premis tidak dibuat. Selain itu kaedah kutipan tunggakan sewa kurang berkesan manakala promosi kurang dijalankan.

BAHAGIAN II – PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

9. PKNP Mineral Industries Sdn. Bhd.

PKNP Mineral Industries Sdn. Bhd. (PMISB) merupakan syarikat subsidiari kepada Agensi Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dengan modal dibenarkan berjumlah RM100,000 dan modal berbayarnya setakat ini sejumlah RM2 dimiliki sepenuhnya oleh PKNP. Pada awalnya, PMISB dikenali sebagai BIM Land Sdn. Bhd. Telah ditubuhkan pada 13 Januari 1999 bagi memegang hartanah yang dimiliki oleh PKNP di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Pada 27 April 2007, nama syarikat telah ditukar kepada PMISB setelah melibatkan diri dalam industri perlombongan bijih besi bagi pihak PKNP. Aktiviti utama PMISB adalah jualan hartanah dan perlombongan bijih besi dalam bentukusaha sama bagi pihak PKNP dengan beberapa syarikat yang diberi hak untuk melombong di tanah milik PKNP.

Secara keseluruhannya, pengurusan syarikat PMISB adalah kurang memuaskan. Syarikat ini diwujudkan pada asalnya untuk menjalankan aktiviti berkaitan hartanah, namun syarikat telah mengalami kerugian daripada aktiviti ini.

Kemudian syarikat beralih pula kepada aktiviti perlombongan bijih besi secara usaha sama dengan syarikat bersekutu. Syarikat telah menerima dividen daripada pelaburannya dalam aktiviti perlombongan bijih besi ini.


Walaupun syarikat telah ditubuhkan melebihi tempoh 10 tahun, namun syarikat masih belum mempunyai struktur pengurusannya sendiri.

sumber

Thursday, November 18, 2010

PRU13 DIAMBANG PINTU....

oleh Halik Zaman


KUALA LUMPUR - UMNO/BN hari ini mengumumkan akan mengadakan satu mesyuarat untuk memperbincangkan persiapan untuk mengadakan pilihanraya yang bakal diadakan pada tahun hadapan. Menurut Setiausaha Agung UMNO, pilhanraya boleh berlaku pada bila-bila masa terdekat sama ada bulan hadapan, dua bulan atau 30 bulan. Kata Halik Zaman Ketua Cabang PKR Tenom.

Kata Halik "Melihatkan fenomena ini kita dapat merasakan bahang pilihanraya semakin dekat menemui kita. Melihatkan juga kesungguhan UMNO/BN merangka persiapan yang begitu rapi di samping cerita-cerita pojok memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat juga meyakinkan kita bahawa sesungguhnya UMNO/BN gentar untuk menghadapi tentangan Pakatan Rakyat."

"Shahrizat Jalil dengan angkuhnya menyatakan Pakatan Rakyat akan berkecai. Apakah beliau lupa bahawa beliau kalah dengan ditangan seorang srikandi PKR ? Apakah beliau tidak sedar rakyat Lembah Pantai telah menolak beliau ? Atau mungkinkah beliau tidak sedar beliau sebenarnya telah gagal dalam memimpin rakyat maka kerana itulah beliau ditolak dalam PRU 12.". Jelas Halik Zaman.

Kepada kepimpinan UMNO/BN, jangan bongkak. Kami dalam Pakatan Rakyat juga sedar berlaku juga 'pergeseran', 'peretakan', 'kemelut' dalam UMNO/BN. Cumanya media pandai "simpan rahsia", maka segala kepincanggan dalam UMNO/BN tidak dapat di kesan dan di hidu. Hanya orang-orang dalaman sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun kami di luar UMNO pun ada terhidu, cuma biarlah masa yang menentukannya.

Katalah apa sahaja keburukan Pakatan Rakyat dan PKR, tapi rakyat lebih ariff menilai. Fikirlah sendiri, 15 PRK berlangsung selepas PRU12, dari 15 kerusi berapa sahaja yang UMNO/BN dapat ? Hanya 5 kerusi ! Lebih menyedihkan, 2 buah kerusi kuat UMNO/BN jatuh ketangan Pakatan Rakyat.

Kerusi Ijok dulu pun BN menang, tapi bila tiba PRU sebenarnya, siapa dapat ? Bukankah PAKATAN RAKYAT ? Cakap banyak pun tak guna, kita sendiri lihatlah nanti di PRU13. Biarlah rakyat Malaysia menentukan secara demokrasi. Jangan pula nanti dek kerana takut kekalahan, bertan-tan zink dan papan "dihadiahkan" kepada rakyat kampung demi untuk "beli jiwa" rakyat kampung.

Jangan pula nanti kerana taksub nak beli undi rakyat Malaysia, kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan berbillion-billion ringgit untuk peruntukan "hadiah" kepada rakyat Malaysia, last-last nanti Malaysia bisa bangkrap ! Maka beringatlah..

kedahlanie

Parti ‘Pokko’ Dan ‘Perut’ tak layak perintah negara


Presiden PAS sewaktu merasmi seminar ‘PAS Sedia Ganti Umno’ pada pagi Sabtu (13 Nov 2010) memulakan dengan ayat di mana janji Allah untuk memberi kemenangan kepada umat Islam yang berjuang dan peluang memerintah, serta ciri-ciri pemerintah itu yang menunaikan solat dan mengeluarkan zakat iaitu menjaga hubungan dengan Allah dan manusia.

Tepat sekali ucaptama PAS ganti Umno dimulakan dengan ayat tersebut. Umno sebagai pemerintah memandang ringan perintah solat, terkesan kepada rakyat.

Demikian juga dengan hubungan sesama manusia. Tok Guru juga mengingatkan supaya kita mengambil semangat Aid al-Adha, antaranya pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail as.

Seterusnya diajak menoleh kepada Perjanjian Aqabah (yang disebut oleh Kaab bin Malik dalam satu riwayat hadis sebagai sangat bernilai bagi dirinya lebih dari Perang Badar walaupun Perang Badar lebih disebut-sebut oleh orang lain) kerana nilai-nilai perjuangan yang sangat tinggi di dalam butiran Perjanjian Aqabah tersebut: berjanji setia untuk mempertahankan Nabi, dan tentunya Islam dalam apa jua situasi yang mendatang-ketika rajin, malas, bersemangat atau benci. Janji setia itu dilafaz dengan penuh yakin walaupun suasana di Mekah, Yathrib dan Tanah Arab ketika itu sedang mengepung Nabi SAW.

Perjanjian Aqabah menjadi antara muqaddimah penting menyediakan tapak dan kader bagi merealisasikan tegaknya negara Islam Madinah selepas itu. Madinah bukan sahaja menjadi negara Islam, bahkan membina tamadun baharu dan mengislamkan tamadun itu sendiri di saat dunia sedang berada dalam kecamuk tamadun kebendaan Rom dan Parsi yang tidak berpaksi kepada Aqidah tauhid. Tamadun Islam inilah yang kemudiannya menyelamatkan manusia dan kemanusiaan sepanjang lebih 14 abad selepas itu.

Allah menentukan bahawa akhirnya Pemerintahan Islam jatuh di zaman Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924. Ia berbeza dengan kejatuhan pemerintahan Barat atau Timur. Khilafah Islamiyyah jatuh apabila umat Islam meninggalkan ideologi Islam dan ajarannya. Pemerintah di Barat atau Timur jatuh kerana berpegang dengan ideologi yang ternyata gagal menyelamatkan manusia.

Benarlah Saidina Umar al-Khattab yang mengingatkan bahawa kita adalah satu kaum yang dimuliakan dengan Islam. Selagi kita berpegang dengan Islam, kita akan mulia. Apabila kita tinggalkan Islam, kita menjadi hina. Umar tidak berbangga dengan kabilah Arabnya walaupun kabilah Umar barangkali jauh lebih baik dari bangsa Melayu kini.

Dalam sejarah, umat Islam mencipta pelbagai kehebatan dan kekuatan ketika memerintah. Kehebatan dan kekuatan yang tidak ada sepertinya sebelum atau selepas pemerintahan Islam. Cubalah baca kajian yang dibuat terhadap idea-idea baharu di zaman Umar al-Khattab misalnya. Benarlah Nabi SAW yang menyebut bahawa para Sahabat seperti bintang di langit. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang diikuti, akan mendapat petunjuk.

Walaupun ‘Islam Adil Untuk Semua’ tidak menjadi tema rasmi pemerintahan setiap kali khalifah-khalifah baharu naik memerintah, seperti yang berlaku dalam dunia moden sekarang termasuk Malaysia, yang bertujuan untuk membaiki imej yang rosak teruk dek kefasiqan sendiri, namun itulah yang dilaksanakan oleh pemerintah Islam mulai Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, termasuk di zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat adil itu.

Apabila khilafah Islam jatuh, umat Islam mula meninggalkan Islam, di samping masuknya ideologi-ideologi asing seperti Sekularisme, Nasionalisme dan isme-isme cabang darinya. Semangat kebangsaan menjadi asas menuntut kemerdekaan. Ia juga menjadi senjata untuk menjatuhkan khilafah Islamiyyah. Negara umat Islam merdeka tetapi dari kulit sahaja. Perjuangan menuntut kemerdekaan dan menentang penjajah di Tanah Melayu sebenarnya bermula pada 1511 iaitu semenjak datangnya penjajah.

Namun tokoh-tokoh Melayu berpegang kepada agama digelapkan dari sejarah sebagai pejuang kemerdekaan dan menjaga Islam. Umno sebenarnya yang diberikan kuasa memerintah hanyalah memenuhi agenda British sahaja. Penjajah keluar dari tanahair tetapi agenda penjajah diteruskan oleh anak didik penjajah. Mereka yang mahukan kepada Islam dan benar-benar mahu memerdekakan tanahair dengan ertikata sebenar tiada dalam Umno atau keluar Umno. Umno hanyalah kelongsong yang hilang isinya.

Sekularisme yang datang tanpa dijemput ke Tanah Melayu menjadikan parti UMNO, yang tidak berteraskan Aqidah dan ajaran Islam itu, rosak teruk hingga ke ususnya. Bukan kepada usus partinya sahaja, bahkan berjangkit dalam usus masyarakat. Lihatlah kesan dari gastritis dan ulcer itu dalam masyarakat. Walaupun Najib baharu sahaja keluar dari wad ICU selepas ulcer, tetapi ulcer dalam masyarakat hasil meninggalkan Islam dan menganut sekularisme walaupun tanpa isytihar secara formal menyebabkan struktur sosial masyarakat runtuh. Dalam bahasa mudah, akhlak sudah kembali menjadi jahiliyyah.

Sekularisme banyak melahirkan cabang-cabang berpenyakit. ‘Pokko’isme dan ‘perut’isme dalam Umno menjadikan Umno tidak layak lagi memerintah negara. ‘Pokko’ isme merujuk kepada pokko-binatang sesumpah yang bertukar warna berdasarkan warna batang pokok atau daun yang dihinggap.

Begitulah Umno. Tiada prinsip dan aqidah. Ia berubah menurut keadaan, tempat, suasana tanpa mengira prinsip. ‘Perut’isme merujuk kepada kepentingan harta, wang ringgit, habuan tanpa mengenal betul salah, berprinsip atau tidak, halal haram, rakyat punya, negara punya atau sendiri punya.

‘Pokko’ isme dan ‘perut’isme, ditambah ulser dan busuk hingga ke usus yang telah lama dibicarakan melengkapkan lagi ciri-ciri kehancuran UMNO yang tidak melayakkan ia terus memerintah dan mengaku parti menjaga kepentingan Melayu di negara Malaysia ini. Enough is enough!


**Penulis adalah Ketua Lajnah Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Terengganu.

Monday, November 15, 2010

SPRM, SC siasat Sime Darby susulan audit forensik kerugian RM2.1b

KUALA LUMPUR, 16 Nov — Pihak berkuasa sudah memulakan siasatan ke atas Sime Darby Berhad selepas menerima laporan audit forensik berhubung kerugian lebih RM2.1 bilion dalam unit pelaburan tenaga dan utiliti sementara konglomerat bermasalah ini dijadual mengadakan mesyuarat lembaga tahunan hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menerima laporan audit forensik baru-baru ini selepas Sime Darby merekodkan kerugian RM2.1 bilion, jumlah paling tinggi bagi mana-mana konglomerat di Malaysia.

“Siasatan rahsia,” kata seorang pegawai SPRM kepada The Malaysian Insider tetapi enggan memberi butiran lanjut.

Laporan audit forensik itu sepatutnya dikeluarkan September lalu, tetapi lembaga memutuskan untuk merahsiakan dulu sebelum dipanjangkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dan meneliti kemungkinan tindakan ke atas bekas pegawai-pegawai kanan syarikat itu.

Difahamkan mesyuarat lembaga hari ini akan membutirkan lebih banyak maklumat daripada laporan audit forensik itu.

Syarikat berkaitan kerajaan ini mencatatkan keuntungan bersih RM726 juta bagi 2010 walaupun dilaporkan mengalami rugi selepas cukai dan kepentingan minoriti melibatkan RM77.4 juta pada suku keempat.

Sime Darby memperolehi keuntungan bersih RM1 bilion dalam suku keempat tahun lepas dan keuntungan bersih RM2.3 bilion bagi keseluruhan tahun kewangan 2009.

Bahagian Tenaga dan Utiliti mencatatkan kerugian operasi RM1.7 bilion bagi tahun 2010 selepas menerima peruntukan tambahan RM777.3 juta bagi suku keempat.

Kali terakhir Sime Darby menyaksikan kerugian besar adalah ketika era krisis kewangan Asia 1997 apabila pasaran saham jatuh menjunam.

Ketika itu Sime Darby mencatatkan kerugian RM1.6 bilion — paras terbesar dalam sejarah perbankan di Malaysia — untuk tempoh enam bulan sehingga Disember 1997.

Pada 5 Ogos lalu, The Malaysian Insider difahamkan bahawa konglomerat itu akan mengumumkan kemungkinan kerugian mencecah angka RM2 bilion dan boleh meningkat sehingga RM2.5 bilion ekoran kelemahan pelaburan dalam sektor tenaga dan utiliti di Qatar dan juga ekoran amalan bisnes yang lemah dalam projek pembangunan empangan Bakun di Sarawak.


malaysiainsider

Kelantan tumpu program ekonomi 3 negara


KOTA BHARU, 16 Nov: Kelantan akan menumpukan program ekonomi dengan tiga buah negara dunia yang kini sedang meningkat prestasi ekonominya, iaitu China, India dan Indonesia.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata pemegang ekonomi dunia sekarang bukan Amerika atau Jepun, sebaliknya tiga buah negara terbabit.

“Kelantan akan mewujudkan hubungan dua hala antara negara-negara terbabit khususnya sempena program Ekspo Cheng Ho 2010, yang akan berlangsung bermula 21 hingga 26 November ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan kursus sukarelawan ekspo Cheng Ho siri dua yang diadakan di Perdana Resort, dekat sini, semalam.

Lebih 400 orang lagi peserta sukarelawan mengikuti kursus selama tiga hari dua malam, di mana 200 orang daripadanya sukarelawan berbangsa Cina.

Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri akan membina Cheng Ho City sebagai medan usahawan untuk para peniaga peringkat antarabangsa memasarkan produk halal mereka di situ.

Menurutnya, projek yang akan diadakan di Kampung Bukit Apam, Machang, menelan belanja jutaan ringgit di atas tanah seluas 500 ekar.

“Projek ini akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat,” ujarnya.

Terdahulu Husam melepaskan kembara motosikal yang terdiri dari 50 orang peserta Pasir Mas Superbike yang akan menjelajah Kelantan bagi mempromosikan Ekspo Cheng Ho.

harakah

Lenggong pula dilanda banjir

LENGGONG, 15 Nov: Sepuluh keluarga terpaksa dipindah apabila tujuh kampung termasuk pekan dilanda banjir membabitkan hampir 100 rumah, sebuah masjid dan lebih 20 premis kedai selepas hujan kira-kira tiga jam sejak petang semalam.

Di Mukim Temelong, Kampung Banggol Batu dan Taman Kota Tampan antara paling teruk dilanda banjir, di mana 10 daripada hampir 30 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di surau taman berkenaan selain di rumah saudara mara.

Banjir lumpur tersebut disebabkan limpahan air Sungai Nerok mulai jam 8.30 malam tadi turut melanda Masjid Kampung Banggol Batu dan tujuh premis kedai, termasuk sebuah kedai runcit, sebuah bengkel motorsikal, sebuah kedai pakaian dan sebuah kedai makan.

Khalid Yusof, 41, terpaksa menggunakan lori jiran untuk memunggah barangan di dalam kedai seperti beras, gula, dan pelbagai barangan lain selain peti ais dan lain-lain apabila air masuk ketika hujan masih turun.

Katanya, ketika air mulai naik, dia sedang berada di rumahnya sehingga jiran memberitahu kedainya dimasuki air.

"Sebaik jiran memberitahu air mulai masuk ke dalam kedai, saya bergegas ke kedai untuk menyelamatkan barang-barang di dalamnya yang lebih penting daripada keadaan di dalam rumah.

"Nasib baik dengan pertolongan jiran-jiran peti air serta barangan di dalamnya dapat diselamatkan,' katanya.

Khalid berkata, dia bernasib baik apabila air mulai surut jam 11 malam dan walaupun air naik hingga ke paras 0.4 meter di dalam kedainya dia tidak mengalami kerugian besar.

Pemilik bengkel motorsikal, Badri Othman, 40, pula berkata, dia kerugian kira-kira RM20,000 apabila sebuah mesin kompresor dan tiga buah motorsikal ditenggelami air, tidak sempat diselamatkan kerana rumahnya juga dilanda banjir.

Katanya, air naik dengan pantas, manakala dia dan keluarga terpaksa bergelut dengan banjir di rumahnya di Banggol Batu, menyebabkan bengkelnya yang terletak di Taman Kota Tampan tidak sempat diurus.

Seorang peniaga makanan, Mohd Yusri Yacob, 36, terpaksa menghentikan perniagaannya apabila air naik ketika hujan masih turun dan kemungkinan tidak dapat berniaga untuk sekurang-kurangnya dua hari.

Sementara itu, tiga sekeluarga di kampung banggol batu yang sedang menunggu rumah PPRT, bernasib baik dapat menyelamatkan barangan penting di dalam rumah sebelum berpindah ke rumah saudara di kampung sama.

Ketua keluarga, Mohd Mizi Abdul Rani, 28, berkata ketika hujan lebat sejak jam 6 petang, dia, adik, dan ibunya, bergegas memunggah barang-barang penting termasuk barangan elektrik ke tingkat atas rumah.

"Air naik separas 1.5 meter di dalam rumah dan walaupun semua barang-barang sempat diselamatkan, kami tiga beranak terpaksa berpindah bimbang kalau-kalau air naik lagi," katanya.

Mohd Mizi berkata, banjir kali ini adalah yang ketiga melanda rumah mereka pada tahun ini, di mana kali kedua selepas Aidilfitri lalu sepertimana dilaporkan akhbar ini.

Di pekan Lenggong sendiri, kira-kira 10 premis kedai termasuk sebuah kedai motorsikal dan kedai mesin Singer dilanda banjir limpahan air longkang, bagaimanapun tidak ada kerosakan harta benda berlaku.

Di Kampung Sumpitan 40 buah rumah dan dua buah kedai dilanda banjir lumpur mulai lebih dua jam mulai 11 malam akibat limpahan air Sungai Temelong, bagaimanapun tidak ada mangsa dipindahkan.

harakahdaily

Banjir bermakna RM masuk poket.

Tahukah anda saat manakah UMNO paling suka ? Mengapa?

Saat yang UMNO paling gembira dan berjoget sakan ialah dikala bencana berlaku seperti banjir, pilihanraya kecil (PRK) dan kehilangan kerajaan negeri.


Mengapa?


Jika banjir berlaku, itu bermakna "duit turun dari langit". Bayangkan UMNO Pusat datang membawa duit umpama Santa Claus memikul karung atau barangkali macam "Dajal" membawa bantuan kepada sesiapa yang memerlukan dengan syarat menyokongnya.


Ingat! Duit bantuan itu bukan 100% rakyat atau penyokong akar umbinya dapat. Semestinya golongan bawahan sekadar dapat "sisa-sisa" sahaja. Bermula pemimpin atasan dapat elaun turun padang, kemudian juak-juaknya turut menghirup dengan lahapnya "RM".


Keadaan yang sama berlaku semasa PRK. Jika kerajaan negeri UMNO tumpas seperti di Terengganu 1999 maka berpuluh-puluh projek bernilai jutaan ringgit untuk penyokongnya untuk terus bernyawa.


Terkini, anda lihat semasa banjir di Kedah. Apabila TPM Muhyiddin menyelar Kerajaan Negeri, dalam masa yang sama penyokong UMNO berjoget sakan memasukkan RM dalam poket mereka hasil bantuan Kerajaan Pusat UMNO.


Boleh anda teka jika bantuan banjir untuk rakyat dari Kerajaan Pusat UMNO sebanyak RM500 satu keluarga, berapa banyakkah RM masuk dalam poket Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan JKKKP?







Sultan Terengganu boikot Perasmian Monsoon Cup 2010?

Oleh Ustaz Saiful Bahri Justify Full

Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran yayasan itu kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud dilaporkan berkata, pada pendapat Baginda kos makan tengah hari lebih daripada RM300,000 adalah amat tinggi dan membazir

Menurut Ramli, Baginda berpendapat lebih berfaedah jika wang itu digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau membiayai lebih ramai pelajar yang kurang berkemampuan. Inilah pertama kali seorang sultan memboikot program kerajaan negeri kerana sifat mulia tuanku bagi mengelakkan pembaziran. Amalan ini amatlah terpuji dan sepatutnya diterapkan kesemua negeri termasuklah negeri patik, Terengganu Darul Iman.

UMNO Selangor mendakwa perbelanjaan sebenar Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor sekitar RM800,000 bukannya RM300,000 yang dikatakan sebelum ini. Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar berkata jumlah RM300,000 itu hanya merupakan bayaran pendahuluan yang dibuat oleh yayasan kepada syarikat yang terlibat dalam penganjuran sambutan yayasan itu yang sepatutnya diadakan pada 15 November ini. Sebaliknya, beliau mendakwa bahawa baki kos yang dianggarkan RM500,000 lagi untuk sambutan itu telah diluluskan sebagai peruntukan tambahan. Alhamdulillah kini UMNO pun tahu istilah membazir. Mereka pun boleh ambik jawatan juru-audit kerajaan negeri PR.

Pada 10 November lalu juga, Khalid juga menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan ADUN Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam penajaan majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Media melaporkan, jumlah tajaan oleh anak syarikat kerajaan negeri itu sebanyak RM520,000. Perangai penjawat awam yang lama bekerja dibawah pemerintahan UMNO-BN sekian lama terlupa bahawa mereka kini bertuankan kerajaan PR. Tabiat lama masih lagi terikut-ikut. Baguslah kalau kini mula dah berubah. Pemimpin UMNO-BN juga kini dah mula menghargai dana rakyat.



Diharapkan negeri-negeri yang masih diperintah oleh UMNO-BN juga mengamalkan budaya jimat cermat meskipun negeri kaya raya macam Terengganu ini. Berapakah agaknya kos perasmian dan penganjuran Sukan Kuda lasak di lembah Bidong tahun ini?. Kalau perasmian Karnival FEI WEC 2008 sempena pertandingan kuda lasak dua tahun lalu sahaja dikatakan bernilai RM 48 juta. Setengah orang memberitahu itu hanya kos bunga apinya sahaja. Itu bunga api termahal sempena malam perasmian sukan kuda lasak tersebut.

Bagaimana dengan sukan musim banjir tahun ini. Berapa kos perasmian dan penganjuran Monsoon Cup. Walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dan rakyat jelata tetapi dipercayai Monsoon Cup tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda rompakan duit rakyat. Didakwa Patrick Lim mendapat kira-kira RM300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup dan tempohnya tamat sehingga 2012, dikira kontrak bermula tahun 2005.

Untuk tahun 2010 ini, Piala Monsun dijadualkan berlansung pada 2-6 Disember nanti. Biasanya kalau tidak Tuanku sultan Mizan, wakil istana Terengganu akan merasmikan event itu disetiap tahun. Adakah tahun ini Sultan Terengganu mengikuti apa yang dibuat oleh Sultan Selangor dengan memboikot upacara perasmian Monsoon Cup 2010 demi mengelakkan pembaziran dan menggunakan perbelanjaan kewangan tersebut untuk biasiswa atau pinjaman pelanjaran bagi anak Terengganu atau sebagai bantuan kepada fakir miskin yang masin lagi tinggi di Terengganu?

Rakyat Terengganu pun dah muak untuk membantah. Pemimpin UMNO-BN buat pekak badak aje. Kalau Sutan sendiri ambil sikap macam Sultan Selangor kot-kot Mat Said yang amat bergantung dengan istana demi survival politik beliau akan peka. kalau tak jadikanlah undi saudara pada PRU-13 nanti untuk menaja perubahan.


...
http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Note: Kagum cara penulis mengulas isu - SP

Pengakuan kasyaf Nor Idris dianggap sesat


KOTA BHARU, 15 Nov: Pelbagai pihak menyifatkan bekas Ketua Penerangan Umno Kelantan, Ustaz Mohd Nor Idris yang mendakwa dirinya sebagai kasyaf sebagai sesat.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan kenyataan pemimpin Umno boleh diketawakan orang yang waras.

“Sahabat yang termasyhur di zaman Rasulullah saw tidak pernah mengakui diri mereka kasyaf.

"Sejarah mencatat seorang sahabat bernama Uwais Al-Qarni mempunyai kelebihan spiritual sehingga baginda menyuruh Saidina Omar meminta ulama itu berdoa.

"Tak tahulah saya kalau Ustaz Nor boleh mengaku diirinya kasyaf secara terbuka," katanya sebagai mengulas pengakuan pemimpin Umno terbabit yang disebarkan melalui facebook baru-baru ini.

Pada kenyataan melalui laman tersebut Ustaz Nor memberitahu enggan bersalam dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menganggap tangan Menteri Besar sebagai syaitan.

Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Galas baru-baru ini Ustaz Nor juga menengking keras Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika kunjungan Menteri Besar ke rumah bekas Adun Galas, Omar Mohamad di RPT Sungai Terah.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan pengakuan kasyaf Ustaz Nor yang dianggap sebagai sesat.

Beliau juga mempertikaikan tulisan Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan Ahad lalu yang mengangggap Tuan Guru Nik Abdul Aziz enggan bersalam dengan Ustaz Nor.

“Sedangkan perkara sebenar yang berlaku ketika Menteri Besar menghulur tangan untuk bersalam, Ustaz Nor enggan kerana menganggap tangan pemimpin PAS itu ada syaitan,” katanya.

Oleh itu beliau berharap pengarang akhbar terbabit lebih beretika dalam setiap tulisan dan bukannya menjadi jaguh menyebarkan fitnah.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Utusan sebagai lidah rasmi Umno sekali lagi cuba memfitnah Menteri Besar Kelantan dengan menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.

Katanya, gambaran yang diberi kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz enggan bersalam dengan Ustaz Nor jauh menyimpang jauh terhadap perkara sebenar yang berlaku.

“Mengapa pengarang terbabit cuba menyembunyikan perkara sebenar apabila seorang menteri besar dimaki hamun di hadapan orang ramai ketika berkunjung ke rumah seorang pemimpin bekas Semangat 46.

“Ramai menjadi saksi kepada sikap gelojoh dan tidak beradab yang ditunjukkan Ustaz Nor. Semua rakyat di Kelantan tahu cerita sebenar dan Utusan tidak mampu untuk menyembunyikan,” katanya.

Menurutnya Utusan perlu membetulkan dan memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan.

Kata beliau sekiranya akhbar terbabit terus berdegil tindakan selanjutnya termasuk mendapatkan keadilan di mahkamah.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, serangan Utusan sengaja dilontarkan akhbar terbabit dengan harapan dapat menjatuhkan karier politik Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Semua itu kerja sia-sia belaka, prinsip Tok Guru tidak pernah tunduk pada sebarang tekanan. Malah ini bukan satu perkara baru bagi Tok Guru. Selama 20 tahun memerintah Kelantan sudah terlalu banyak pengalaman pahit manis dilaluinya.

“Saya tidak nampak rasional atau apa untungnya di sebalik serangan itu. Bahkan, seringkali tuduhan mahupun tomahan terhadapnya akan menambah kuatkan lagi semangat Mursyidul Am,” katanya.

Beliau juga berharap Awang Selamat jangan berselindung di sebalik nama murahannya untuk melacurkan pena wartawan demi kepentingan perut semata-mata. -Hrkh

Saturday, November 13, 2010

Anggota Dewan Negeri (DUN) Kerdau Kritikal



KUANTAN : Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang sebelum ini dilaporkan kritikal selepas mengalami masalah buah pinggang dan jantung, sekali lagi dimasukkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) Temerloh kerana masalah tekanan darah tidak stabil.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengesahkan perkara itu berkata Zaharuddin dirawat di hospital itu sejak dua minggu lepas, bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan dipetik Bernama.

Beliau berkata mesyuarat Perhubungan Umno Pahang malam tadi memutuskan supaya Anggota Parlimen Kuala Krau yang juga Ketua bahagian Umno Kuala Krau,Datuk Ismail Mohamed Said mengambil alih tugas menyelaras DUN Kerdau.

"Beliau (Ismail) akan dibantu Penasihat Agama kepada Menteri Besar yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Mohamad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa IKIP, disini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai keadaan kesihatan Zaharuddin.

Zaharuddin, 63, sebelum ini pernah menerima rawatan selama lebih dua bulandi Institut Jantung Negara kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HSAH Mei lepas.

Presiden PAS : Pas sedia ambil alih tempat UMNO

Photobucket
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang memberikan ucapan merasmikan Seminar Pas sedia ganti UMNO di Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM : Apabila ramai menyedari UMNO adalah ejen kepada Britsh, lalu ramai yang keluar dari UMNO, hanya kelongsong sahaja.Demikian antara penegasan Presiden PAS. DS. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang semasa merasmikan Program Seminar PAS Sedia ganti UMNO yang diadakan di DewanBSA di sini.

Katanya lagi sejarah tidak dan yang benar tidak boleh ditutup.

Jati diri orang Melayu makin tehakis disebabkan UMNO tidak berjuang dengan semangat Islam tetapi atas smeangat Bangsa.

Presiden PAS juga menegaskan Islam tidak menghalang hubungi silaturahim walaupun dengan bukan Islam. Ini adalah hak.

Kita bersedia mengambil ahli tempat UMNO, mengambilnya untuk meruntuhkan Jahiliyah dengan kekuatan aqidah, ilmu, Organisasi dan jentera.Tegannya.

Kemenangan yang akan diberikan adalah bersyarat. Dan mesti mempunyai persedian membina dengan Ilmu dan Aqidah.

Allah jadikan perjuangan Islam bukan menang mudah dan ini adalah lumrahnya.

Para pejuang mestilah menyediakan kekuatan mengikut kemampuan masing-masing dan tidak menyembunyikan kekuatannya.

Selain itu Presiden PAS menekankan PAS mestilah mempunyai organisasi yang baik.Seperti mempunyai ahli yang ramai Cawangan dan kawasan yang kuat.

PAS tidak sama dengan UMNO dalam soal kerjasama dengan orang bukan Islam, kita melaksanakan tahaluf siyasi. Kita bergabung kerana Islam Ada feqah politik kerana feqah bukan hanya dalam sembahyang sahaja.

UMNO dia kerjasama dengan tidak ada jati diri, bukan Islam bergabung dengan kita dengan mereka menerima dasar PAS.

Kita menawarkan diri kita untuk mengambil alih kuasa. Kita sedar kita boleh menang bukan hanya dengan sokongan Ahli kita sahaja, dimana orang UMNO juga ada yang menyokong kita

Kalau UMNO menerima Islam, Kita sokong mereka, sebaliknya jika mereka menolak Islam dan muzakarahpun mereka tolak maka kita menawarkan untuk mengambil alih tempat UMNO.

IDEA AIR INI TIDAK MENYEJUKKAN BN/UMNO APA LAGI KHIR TOYO !

SHAH ALAM 12 NOV: Kerajaan Negeri Selangor harus mencari sumber air yang lebih murah dan cekap untuk mengatasi masalah bekalan air di Selangor, demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Untuk itu, projek pembersihan Sungai Klang dilihat sebagai alternatif yang lebih cekap dan murah daripada mengimport air mentah dari Pahang.

Beliau mengulas perkara ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pagi tadi bagi menjawab soalan Adun Batang Kali Mohd Isa Abu Kassim yang bimbang dengan krisis bekalan air di Selangor pada masa depan.

Berkenaan Projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), beliau berkata ia tidak akan dilaksanakan buat masa ini.

"Pelaksanaan projek itu tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Jika tiada penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor dan pembinaan loji rawatan air itu diteruskan, rakyat akan menanggung beban dari segi kos," katanya.

Abdul Khalid berkata walaupun sehingga kini iaitu 2010, masalah itu tidak berlaku di negeri ini, kerajaan negeri perlu membuat persiapan bagi menangani masalah bekalan air di Selangor pada masa depan.-TVS-

Tuesday, November 9, 2010

SPR timbang cadangan benarkan kempen pilihan raya hingga 21 hari



PUTRAJAYA, 9 Nov — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan cadangan pertubuhan bukan kerajaan ke arah sistem pilihan raya adil, Bersih 2.0 agar tempoh berkempen dilanjutkan hingga maksimum 21 hari.

Ia salah satu daripada 11 perkara dibangkitkan oleh Bersih 2.0 untuk perhatian SPR dalam memorandum dikemukakan Julai lalu dan dibincangkan kedua-dua pihak itu hari ini.

“Kami meminta maksimum 21 hari untuk berkempen, mereka (SPR) bersedia untuk melihat idea itu,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) selepas pertemuan kira-kira dua setengah jam dengan SPR di sini hari ini.

Di bawah undang-undang pilihan raya semasa tempoh berkempen minimum yang dibenarkan adalah tujuh hari dan tempoh maksimum boleh ditetapkan mengikut budibicara SPR.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dihubungi The Malaysian Insider selepas pertemuan itu memberitahu, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan itu dengan mengambil kira pandangan pihak-pihak lain.

“Kami juga ada menerima pandangan daripada pihak-pihak lain, ada pihak yang mengatakan tempoh semasa sudah cukup... memadai, 10 hari berkempen pun sudah penat, sampai tidak boleh buka mata,” katanya.

“Sekarang tempoh minimum adalah tujuh hari, tiada peruntukan tempoh maksimum, SPR boleh tentukan tempoh maksimum,” kata Abdul Aziz.

Pilihan raya umum nasional dan negeri di negara ini pernah menyaksikan tempoh berkempen antara 30 hingga 40 hari satu masa dahulu. Bagaimanapun ia kemudian dikurangkan mengikut kemajuan dan pembangunan negara khususnya sejak 1980-an.

Secara purata, tempoh berkempen pilihan raya kecil dan umum yang diperuntukkan SPR sejak pilihan raya umum 1982 adalah antara sembilan hingga 10 hari.

SPR mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 hari ini iaitu sehari sebelum pertubuhan bukan kerajaan itu dilancarkan — ketika spekulasi pilihan raya umum ke-13 semakin meningkat.

Bersih pernah mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 2007, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Perhimpunan tahunan PAS dan Parti Keadilan Rakyat pertengahan tahun ini membuat ketetapan agar gerakan Bersih dihidupkan semula bagi menjamin pilihan raya umum ke-13 yang bebas dan adil.

Bersih 2.0 akan dilancarkan di Petaling Jaya, Rabu ini serentak program melanjutkan usaha ke arah pilihan raya bersih dan adil.

Mengenai hasil perbincangan sulung dengan SPR hari ini, Ambiga berkata, pihak berpuas hati dengan hasil perbincangan.

“Ada cadangan kami diterima, ada cadangan kami tidak diterima... SPR memberikan alasan mereka,” kata beliau yang pada keseluruhannya kelihatan berpuas hati dengan pertemuan tersebut.

Kedua-dua pihak akan mengadakan pertemuan susulan dijangka Januari ini.

Abdul Aziz juga berkata beliau gembira dengan pertemuan mereka hari ini dan akan bertemu semula awal tahun depan.

“Sesetengah isu, mereka kata OK, tetapi berhubung soal dakwat kekal, ia tidak akan digunakan tetapi mereka memberitahu bahawa akan menggunakan kaedah biometrik... kita tengok nanti.

“Kami berpendapat bahawa mereka (SPR) adalah ejen peurbahan dalam mengadakan sistem pilihan raya (lebih baik).

“Kami berharap, apabila kami bertemu dalam dua bulan, apa (langkah) yang telah diambil (oleh SPR),” kata Ambiga lagi sambil menambah, “ada beberapa perkara yang boleh diselesaikan segera.”

“Mereka (Bersih 2.0) boleh cadangkan, kami dengar pandangan mereka, tetapi keputusan akhir kami putuskan,” kata Abdul Aziz lagi.

Kata Abdul Aziz, ada perkara yang boleh dilaksanakan oleh SPR dan ada yang tidak boleh dilaksanakan, antara sistem pendaftaran secara automatik dan had layak mengundi 18 tahun.

“Ini soal undang-undang, kami ikut peruntukan yang ada. Jika undang-undang dipinda, SPR sedia melaksanakan pendaftaran secara automatik, had layak pengundi 18 tahun,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Bersih 2.0 akan turun untuk mengadakan demonstrasi jalanan, Ambiga berkata, “tetapi tengok perkembangan (hasil perbincangan), kami serius, kami sangat serius untuk melihat (sistem pilihan raya yang adil dan telus).”

Pada pertemuan itu, Bersih 2.0 kata Ambiga, ada menyuarakan bahawa pihaknya tidak gembira dengan tindakan pihak berkuasa menyalurkan sumbangan dan projek, yang dilihat begitu ketara, ketika tempoh berkempen pilihan raya khususnya ketika pilihan raya kecil.

Perkara itu menjadi perhatian semasa pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi baru-baru ini.

“Kami (Bersih 2.0) memberitahu bahawa kami tidak gembira dengan tindakan kerajaan menyalurkan wang dan projek. Perkara ini begitu jelas semasa pilihan raya.

“SPR memberitahu bahawa mereka juga telah meminta parti-parti politik tidak menggunakan jentera kerajaan semasa berkempen,” katanya lagi.

Mengenai isu pendaftaran pemilih secara automatik, kata Ambiga, meskipun SPR nampaknya tidak begitu berminat, tetapi Bersih 2.0 telah meminta suruhanjaya itu agar mengkaji semula keputusan itu dan mengemukakan sebagai pembaharuan sistem pilihan raya yang komprehensif.

“Berhubung keperluan media bebas dan adil kepada semua parti, SPR memaklumkan bahawa mereka sebenarnya ada menulis dan kadangkala bertemu dengan organisasi media, meminta agar diberikan liputan media yang luas (kepada semua calon dan parti).

“Ini sesuatu yang baik, dan harus diketahui umum. Tetapi, jika begitu keadaan, kita kena mempersoalkan tindak tanduk media, yang tidak memberikan liputan media yang bebas dan adil kepada parti-parti yang bertanding,” katanya.

Antara isu utama dalam reformasi pilihan raya disertakan dalam memorandum Bersih 2.0 termasuklah:

• Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti

• Penggunaan dakwat kekal bagi menghalang pengundian berganda

• Reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem lebih fleksibel bagi semua pengundi

• Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti bertanding

• Tempoh kempen minimum 21 hari

• Amalan-amalan adil dan profesional dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian tidak adil (“malaportionment, gerrymandering”) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang

• Pendaftaran automatik untuk semua pengundi layak

• Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun

• Reformasi dalam urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan dan mengehadkan kecenderungan terhadap politik wang

• Pentadbiran tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya umum atau kecil, untuk badan perundangan di peringkat persekutuan dan negeri

• Memperjuangkan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam politik dalam dan di luar kampus.

Related Posts with Thumbnails