Saturday, May 29, 2010

RM13Juta untuk Elizabeth meninggalkan PKR.


Lebih dari 5000 orang hadir gambar ehsan Buletin Online


Disini Elizabeth mendedahkan bahawa beliau pernah ditawarkan
RM13Juta untuk keluar dari PKR, Ucapan Elizabeth Wong boleh
diikuti di SINI

Besut : Exco Selangor merangkap Adun Bukit Lanjan,Elizabeth Wong mendakwa beliau pernah ditawarkan RM 13 Juta jika bersetuju melompat parti dan berjaya memujuk Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa keluar bersamanya.Beliau berkata demikian di hadapan 5 000 hadirin dalam satu ceramah di Besut.

Menurutnya tawaran itu hadir sehari selepas gambar beliau dalam keadaan mengaibkan tersebar menerusi internet.Seseorang telah berjumpa dengan beliau dan memberi satu kad berserta dengan nombor telefon untuk beliau hubungi jika bersetuju dengan tawaran tersebut,tambahnya lagi.

Namun beliau tetap komited dengan perjuangan Pakatan Rakyat dan lebih rela meletak jawatan sebagai Exco serta Adun Bukit Lanjan dari mengkhianati amanah rakyat.

Turut menyampaikan ceramah dalam majlis yang diadakan di Belakang Masjid Bandar Jerteh itu ialah Tim YDP Kawasan Besut Hj Hasan Salleh dan Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman.

Tim.YDP Kawasan Hj Hasan Salleh Sedang menyampaikan ucapan.
Ucapan beliau boleh di ikuti DISINI.

Selain Ellie(2 dari kiri) dan Tim. YDP Kawasan Besut Hj Hassan Salleh
(kanan sekali) turut serta Pengerusi PKR Pahang
Datuk Fauzi Abd Rahman(3 dari kanan)

Sebahagian yang hadir


Sumber : Pemuda Besut

Kerajaan dapat untung, Rakyat dapat kelentung !


15 Jamadil Akhir 1431H.
Oleh Annuar Kamaruddin

Setiap kali berlaku peristiwa serah harta dan hak negara kepada negara luar, maka Setiausaha Akhbar PM pun dikerahkan untuk jelaskan kewajaran dan mengapa sangat perlu nak buat begitu. Jawapan dan alasan paling atas adalah Kerajaan untung! Kerajaan dapat untung! Wah seronoknya rakyat! Kerajaan untung. Bila sebut untung dah tentu dapat duit. Bukan sekupang. Bukan seringgit. Berbilion-bilion ringgit agaknya. Tapi ke mana perginya duit untung tu.

Masa sekolah rendah dulu, adalah saya merasa bantuan makanan tambahan. Seminggu sekali kami dapat biskut patsegi tawar dengan air susu. Lepas tu tak ada dah. Masa naik form six merasa pula biasiswa pra U. Masuk U pulak dapat biasiswa tapi kerajaan tanggung sikit je, kontrak kena sepuluh tahun. Tapi tak apelah ayah pun tadak duit.

Lepas tu dengar budak-budak sekolah dapat Susu Kotak. Dapat susu free lah. Dapat RMT. Walaupun daging seketul sebesar cucuk sate je, tapi adalah jugak. Yuran sekolah pun empat ringgit setengah je setahun.

Itu dulu. Hari ni dah tak adedah yang free-free. Kerajaan kata rakyat mesti dididik bersedia untuk membayar untuk perkhidmatan yang disediakan. Terbaru ni nak tarik semua subsidi. Kerajaan dah tak larat nak tanggung rakyat. Kalau terus bagi bantuan dan subsidi, kerajaan akan bengkerap, katanya.

Eh! Macamana pulak ni. Kelmarin kita dengar kerajaan untung sebab bagi lombong minyak kat Brunei . Dapat kontrak dan untung untuk selama empat puluh tahun. Maknanya sampai tahun 2040. Tapi menteri di JPM pulak kata Negara akan bengkerap tahun 2019 kalau terus tolong rakyat.

Matematik apanama pulak ni. Dapat untung. Tapi akan bengkerap. Lepas tu dengar lagi. Tanah KTMB bagi kat Singapore takpa. Kita dapat untung. Wah untung lagi. Tapi ke mana untung tu.

Masa nak bawa gas keluar dari perairan Kelantan, sebab tak mau orang Kelantan dapat untung, kerajaan bawa masuk lalu ikut Thailand . Kat orang Kampong Chanae di Siam tu Petronas sanggup pulak taja dan bagi biasiswa, dari tadika hingga ke universiti, seluruh orang kampong tu, sebab paip gas tu lalu bawah kampong Chanae. Kat orang kampong sendiri bye-bye lah jawapnya.

Saya memang tak rasa pelek dengan fe’el kerajaan BN ni sebab perangai dia memang macam tu. Apa yang kerajaan buat semua bagus, semua untung. Tapi rakyat dapat apa?

Kita nak dengar juga PM cakap begini. “Oleh sebab kerajaan dapat untung hasil penyerahan blok minyak dan tanah kepada jiran kita, kerajaan akan membagi-bagikan untung ini kepada semua rakyat apabila untung tersebut kita dapat.”

Tapi mungkinkah dia akan cakap begitu. Entah. Yang pasti, kerajaan dapat untung, rakyat dapat kelentung.

Chegubard cabar Shamsul Iskandar ?


Ada kemungkinan Shamsul akan dicabar untuk jawatan ketua pemuda PKR di hujung tahun ini.

KOTA BARU, 30 Mei — Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan mencabar Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi jawatan ketua pemuda parti itu hujung tahun ini.
“Bagi saya kalau cabang merasakan saya mampu untuk melakukan tugas itu dengan baik, saya akan timbangkan... itu terpulang kepada akar umbi,” kata beliau Badrul yang lebih mesra dikenali sebagai “Chegubard” hari ini.

Difahamkan ada pihak yang mahu beliau bertanding jawatan Naib Presiden PKR.
Menjawab kemungkinan itu, Badrul, 33, berkata, “kalau ada peluang untuk memenangi jawatan naib presiden, mengapa tidak melihat kemungkinan itu.”

Pun begitu Badrul menjelaskan, oleh kerana pemilihan masih jauh lagi, beliau belum memikirkan perkara tersebut.

Pada pilihan raya umum lalu Badrul bertanding di kerusi Parlimen Rembau.

Ketika ditanya sama ada beliau didesak mencabar Shamsul Iskandar kerana tidak berpuas hati dengan prestasi kepimpinannya, Badrul yang juga anggota Majlis pimpinan Pusat (MPP) menjelaskan:
“Ini bukan soal gembira atau tidak gembira dengan prestasi beliau (Shamsul)... beliau telah memberikan yang terbaik untuk membina parti.”

Shamsul Iskandar dipilih sebagai Ketua AMK pada 2007 selepas ia kosong ekoran keputusan Mohamad Ezam Mohd Noor meninggalkan PKR.
Ketika itu Shamsul Iskandar merupakan Naib Ketua AMK.

Badrul juga menolak tanggapan bahawa beliau akan bergerak ke kedudukan lebih rendah jika bertanding jawatan Ketua AMK.

http://i147.photobucket.com/albums/r299/malaysianunplug/cikgubad.jpg
Chegu Bard


Kata Badrul, beliau sentiasa mengambil pendirian untuk memberi sumbangan membina parti dengan berada di apa jua kedudukan dengan mengambil kira kehendak ahli.

“Saya berada di MPP, saya boleh melakukan tanggungjawab (membina) parti... saya memikirkan kedudukan yang terbaik untuk memberi yang terbaik (membina parti) untuk parti,” katanya lagi.

“Di mana cabang minta saya berada, saya akan berada di sana,” kata beliau lagi apabila diulang tanya mengenai kemungkinan jawatan yang bakal ditandingi kali ini.

PKR akan mengadakan pemilihan akhir tahun ini di bawah sistem pemilihan baru ekoran pindaan perlembagaan parti pertengahan tahun lalu.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan perlembagaan parti secara “hitam putih” minggu lalu.

Di bawah pindahan perlembagaan, setiap ahli mempunyai hak untuk memilih pemimpin pusat.
Kini PKR mempunyai kira-kira 500,000 ahli dengan 206 bahagian di seluruh negara.- malaysiainsider

Harussani Zakaria Penasihat – Warga Brunei Rugi RM211 Juta

Harussani Zakaria
Harussani Zakaria
4,763 minta bantuan dapatkan semula pelaburan dalam firma Malaysia

Seramai 4,763 rakyat Brunei yang melabur dalam sebuah syarikat yang didaftarkan di negara ini memohon bantuan kerajaan Malaysia membantu mereka mendapatkan semula wang pelaburan yang didakwa berjumlah B$91.5 juta (RM211.549 juta).

Sembilan wakil pelabur itu yang berada di negara ini sejak Ahad lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mendakwa mereka melabur menerusi sebuah entiti, iaitu Kelab Taqwa Malaysia (KTM) yang dimiliki Syarikat Kumpulan Dina yang mempunyai cawangan di Brunei dan Sarawak.

Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan 'Diri Islam, Negara Aman', menyebabkan mereka yakin melabur.

“Wakil syarikat itu mendakwa melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai penasihat syariah sejak Mac 2008 untuk meyakinkan pelabur,” katanya ketika datang ke Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, sebelum membuat pembayaran kepada KTM, mereka berurusan dengan sebuah lagi syarikat dikendalikan pengurusan sama, Pan Phoenix Dina Sdn Bhd (PPD) di Brunei, tetapi ditutup tidak lama selepas itu kerana dikatakan terbabit menerima deposit tanpa lesen perbankan sah.

Seorang pesara lelaki yang turut melabur berkata, pembayaran keuntungan berjalan lancar sejak 2007 sehingga syarikat itu ditutup pada 16 Mac tahun lalu.

Beliau berkata, selepas ditutup, seorang daripada pengasas syarikat warga Malaysia membuat perjanjian untuk membayar semula modal secara berperingkat pada September tahun lalu dan awal tahun ini, namun ia tidak dilaksanakan dan mereka menghilangkan diri tanpa dapat dihubungi.
“Selain menggunakan wang persaraan, saya resah kerana selalu menerima panggilan rakan dan saudara mara bertanyakan mengenai wang pelaburan mereka yang masih tidak dikembalikan syarikat berkenaan,” katanya.

Seorang wanita yang melabur B$165,000 (RM381,482) mendakwa, mereka sudah berjumpa wakil Bank Negara Malaysia (BNM) dan dimaklumkan antara RM20 hingga RM30 juta wang milik KTM dibekukan kerana kesalahan menerima deposit tanpa lesen sah.

“Meskipun dimaklumkan pelabur bakal menerima semula wang selepas kes diputuskan oleh mahkamah, ia akan memakan masa dan selepas pelbagai ikhtiar, kami berharap pemimpin di Malaysia dapat membantu kami.

“Bukan semua rakyat Brunei yang melabur dalam syarikat itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan tinggi. Selain menggunakan wang persaraan, ada yang membuat pinjaman kerana menyangkakan memperoleh pulangan lumayan,” katanya.

Harussani ketika dihubungi berkata, beliau tidak lagi berhubungan dengan mana-mana wakil syarikat itu selepas dimaklumkan ia ditutup dan tiada pelabur yang datang atau menghubunginya.

Sementara itu, berdasarkan salinan maklumat daripada pelabur syarikat itu, KTM dan PPD yang mengeluarkan produk cucian jenama Dina, mempunyai beberapa pejabat, antaranya di Shah Alam, Pengkalan Chepa, Kelantan dan Sarawak.

Antara skim pelaburan yang ditawarkan syarikat itu adalah Al Iwa 2 dengan pelaburan serendah B$500 (RM1156) membabitkan kontrak dua tahun dengan keuntungan dijanjikan 24 peratus sebulan. Pelaburan tertinggi yang ditawarkan ialah Al Ghani dengan permulaan serendah B$200,000 (RM462,403) dengan kontrak setahun dan keuntungan 30 peratus sebulan.

April tahun lalu, Pengarah Pan Phoenix Dina Sdn Bhd, M Bakri Kamaruddin dan Zainal Md Yusof dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM33 juta yang boleh menyebabkan mereka dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. - BH

Wednesday, May 26, 2010

Judi bola: PR Pahang minta kerajaan negeri bantah

KUANTAN, 27 Mei: Pakatan Rakyat Pahang hari ini mendesak kerajaan negeri  menyatakan sikap membantah kelulusan lesen judi sukan  sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam  dan menggugat keharmonian hidup rakyat keseluruhan di negeri dan di negara ini.

Memorandum empat muka surat telah diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili Pakatan Rakyat negeri kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Shamsuddin Nawawi di Wisma Negeri, di sini pagi ini.

Turut menyaksikan ialah Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Onn, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Ramponusamy, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Suhaimi Md Saat dan Setiausaha Penerangan PAS negeri, Hashim Abdullah.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob difahamkan tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
 “Hujah yang diberikan oleh kerajaan BN dalam meluluskan lesen judi sukan ini dengan menggunakan kegagalan menghalang  kegiatan sindiket judi  sukan tanpa lesen, lalu dijadikan sebab untuk ‘dihalalkan’ dan dilesenkan adalah cara berfikir dan hujah paling bahaya dan  mengaibkan intelek rakyat  yang berpelajaran.

“Kita nak ingatkan kerajaan perlu bertanggungjawab memelihara akhlak rakyat daripada dirosakkan oleh kegiatan judi yang dilesenkan sendiri oleh kerajaan.  Oleh yang demikian, kami daripada Pakatan Rakyat Pahang memohon kerjasama Menteri Besar menyatakan pendirian tegas membantah sebarang bentuk pemberian lesen judi dan mendesak supaya ia ditarik balik,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau dalam memorandum itu juga mahukan kerajaan Pahang menggunakan kuasa yang ada menggesa para ulama dan tokoh agama mendidik rakyat agar membenci judi  bagi membina masyarakat yang bermoral.

>>harakahdaily

Doakan kejayaan konvoi kemanusiaan antarabangsa Gaza

KUALA LUMPUR, 27 Mei: “Sama-sama kita doakan kejayaan konvoi ini membantu saudara-saudara kita di Palestin.”
Demikian antara catatan di laman web Lifeline4Gaza semalam mengenai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.

“Insya Allah kami tetap bertekad untuk memastikan barangan ini sampai ke Gaza, walaupun Israel tetap bertegas untuk menghalang. Apakah kami yang membawa bekalan pensil dan pemainan kanak-kanak ini layak digelar pengganas? Ataukah mereka yang menghalang bantuan ini sebenarnya pengganas dan lanun?

“Justeru, sama-sama kita doakan kejayaan konvoi ini membantu saudara-saudara kita di Palestin.”
Lifeline4Gaza melaporkan, dua buah kapal kargo Turki yang menyertai sembilan buah kapal konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza akan membawa antara lain, kelengkapan hospital, ubat-ubatan, peralatan sekolah dan juga bahan-bahan binaan.

Laman web melaporkan media-media di Israel terus membuat pelbagai tuduhan bagi menggagalkan misi konvoi ini.

Namun senarai rasmi barangan yang telah dikeluarkan oleh penganjur utama konvoi petang Selasa, 25 Mei, iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) jelas menunjukkan bahawa kapal-kapal yang menyertai konvoi ini sebenarnya akan membawa keperluan-keperluan asas dan mendesak bagi membantu rakyat Gaza yang saban hari berhadapan dengan maut akibat kekejaman berterusan Zionis Israel.

Keadaan kemanusiaan di Gaza adalah sangat menyedihkan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel sejak lebih lima tahun lalu. Kehidupan di Gaza menjadi semakin mengerikan akibat serangan Operation Cast Lead Israel, di mana hampir semua prasarana dan keperluan asas dimusnahkan. Mereka yang tercedera atau sakit secara umumnya hanya mampu menunggu saat kematian kerana tidak ada kemudahan rawatan dan dihalang daripada mendapat rawatan di pusat-pusat rawatan di luar Gaza.

Di samping sekatan terhadap pergerakan rakyat Gaza ke luar daerah, sebarang bantuan daripada negara luar juga dihalang. Justeru, rakyat Gaza terus cekal dan bersabar hidup di bawah runtuhan-runtuhan tanpa sebarang perhatian daripada dunia luar mahupun negara jiran. Konvoi bantuan kemanusiaan ini diharapkan akan dapat membina semula kehidupan di Gaza.

Ketika menyampaikan taklimat kepada media-media antarabangsa yang akan turut menyertai konvoi tersebut di Stadium Kepez Arena, Antalya, pegawai kanan IHH, Nalan Dal bersama ketua bagi kelengkapan teknikal media IHH, Umit Sonmiz telah menyenaraikan barangan yang akan dibawa oleh kedua-dua buah kapal tersebut, yang masing-masing diberi nama Kapal “Defne Y” dan Kapal “Gaza”.

Kapal “Gaza” akan membawa 2,104 tan simen, 600 tan besi binaan dan 50 tan jubin seramik. Manakala Kapal “Defne Y” akan membawa lebih banyak muatan. Antaranya, kapal ini akan membawa 150 tan besi untuk binaan rakit dan kemudahan dermaga, rumah-rumah mudah-bina (precast homes), 18 penjana kuasa elektrik berkuasa lebih 35KW dan 80 penjana kuasa elektrik di bawah 5KW. Turut disenaraikan adalah kelengkapan untuk taman permainan kanak-kanak seperti gelungsur dan jongkang-jongkit.

Dalam kategori peralatan hospital dan ubat-ubatan, turut disenaraikan alat seperti Ultrasound dan X-ray, katil pesakit, kerusi roda, dan kemudahan rawatan pergigian. Pelbagai jenis ubat-ubatan turut disenaraikan.

Kelengkapan sekolah seperti pensil, pemadam, plastisin, buku tulis juga akan dibawa, di samping keperluan pakaian seperti tuala dan kasut dan juga peralatan memasak dan beberapa jenis makanan.

>>harakahdaily

Mahathir nasihati Samy: Cukuplah, jangan kekal lama

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi nasihat mesra kepada Datuk Seri S. Samy Vellu yang berhadapan dengan tekanan selepas memecat empat pemimpin dalam dua minggu — wajar melepaskan jawatan sebagai Presiden MIC.
“Saya tidak mewakili Umno. Tetapi saya sudah lama memberitahu bahawa seorang itu tidak harus kekal terlalu lama.
“Itu sebabnya saya meletakkan jawatan,” kata Dr Mahathir yang berhenti daripada menjadi perdana menteri pada 2003 selepas 22 tahun menerajui kerajaan Barisan Nasional.
“Beliau telah berkhidmat lebih lama daripada saya dan beliau telah cipta rekod. Saya merasakan dengan rekod itu, beliau harus berpuas hati,” kata bekas presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional.
Samy Vellu telah berkhidmat dalam Kabinet diketuai tiga perdana menteri sebelum dan selepas era Dr Mahathir.
Samy Vellu kini berhadapan dengan kempen Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang akan dilancarkan oleh kumpulan pemimpin yang beliau pecat baru-baru ini.

Ini kali pertama beliau, yang tewas dalam pilihan raya umum 2008, berhadapan dengan tekanan sedemikian.

Walaupun Samy Vellu awal minggu lalu mengumumkan pelan peralihan pucuk kepimpinan, berkuat kuasa suku ketiga 2011, tetapi pengumuman itu mendapat tentangan atas alasan beliau sentiasa mengubah tarikh yang diumumkannya.

Antaranya, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan mendesak Samy Vellu berundur dengan segera ataupun selewat-lewarnya 31 Disember ini.

Atas alasan Mugilan memperlekehkan kepimpinannya, Samy Vellu menggunakan kuasa presidennya untuk memecat beliau serta-merta.

Semalam, Samy Vellu berkata timbalannya Datuk G. Palanivel akan menggantikan beliau apabila berundur “sebelum atau pada” September tahun depan.

Naib Presiden MIC Datuk Dr S. Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia akan dinamakan sebagai timbalan presiden parti yang baru, manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M. Saravanan sebagai naib presiden parti.

Beliau berkata Palanivel yang baru dilantik sebagai senator baru-baru ini mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden sehinggalah pemilihan presiden pada Mac 2012.

Menjawab soalan Umno menggunakabn pendekatan “pembunuhan politik” terhadap Samy Vellu, yang dilontarkan oleh anaknya Vell Paari, Dr. Mahathir berkata, mereka yang berbuat demikian harus menyediakan bukti.

“Dia perlu menyediakan bukti yang boleh meyakinkan bahawa Umno terlibat,” kata beliau.

Malah tuduhan itu juga diulangi oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan yang turut meminta MIC mengkaji semula kedudukannya dalam BN.

Samy Vellu mengambil alih jawatan presiden MIC daripada Tan Sri V. Manickavasagam 31 tahun yang lalu.

Selain memecat Mugilan, Samy Vellu memecat Ketua Bahagian MIC Petaling Jaya Selatan V. Subramaniam atau dikenali sebagai Bharat Maniam, dan dua anggota Jawatankuasa Kerja Pusat K. P. Samy dan G. Kumar Aamaan.

>>malaysiainsider

Umno perosak demokrasi


Tidak dinafikan, Malaysia adalah salah sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi dengan memisahkan tiga elemen penting dalam perundangan iaitu eksekutif, legislatif dan judiciari.

Gabungan ketiga-tiga elemen ini diperlengkapkan dengan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan, sebagai mengimbangi kuasa eksekutif.

Dengan penyusunan sistem perundangan sedemikian rupa, Malaysia seolah-olahnya menjadi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulen.

Dalam sistem perundangan Malaysia, diwujudkan pilihan raya untuk memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil parti-parti politik yang bertanding untuk membentuk sesebuah kerajaan.

Kerajaan-kerajaan yang dipilih sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri, berperanan sebagai eksekutif. Kuasa eksekutif diimbangi dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong atau Raja, kuasa legistalif (Parlimen atau Dun) dan kuasa pengawal undang-undang (judiciari).

Secara teorinya, jika diteliti dari sudut sistem, Malaysia sudah mempunyai sistem perundangan yang lengkap dan berimbang.

Namun dari sudut praktikalnya, wujud banyak kesangsian. Kuasa politik yang dinikmati Umno-Barisan Nasional sejak sebelum merdeka, tidak memungkinkan sistem demokrasi di negara berjalan dengan lancar.

Kesangsian terhadap ketelusan sistem perundangan negara, semakin ketara selepas Pakatan Rakyat berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan memenangi lima buah negeri iaitu di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Umno yang menjadi peneraju utama BN seperti 'orang kehilangan akal' apabila kuasa mereka di Kerajaan Persekutuan dan kuasa mereka di Negeri terlucut.

Umno-BN tidak boleh duduk diam. Mereka tidak boleh menerima kekalahan dan mereka tidak percaya mereka boleh dikalahkan.

Maka akibat daripada ketamakan kuasa dan kegelojohan pemimpinnya. Umno-BN berusaha menggugat dan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Umno-BN menggunakan taktik yang amat kotor dan jijik. Mereka memerangkap wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lalai dan berkepentingan.

Mereka menaburkan wang jutaan ringgit untuk membeli wakil rakyat. Mereka menggunakan kuasa media, kuasa polis untuk menyekat demokrasi, berpakat dengan hakim untuk membuat keputusan yang memihak dan memanipulasi golongan istana.

Hasil pencabulan demokrasi yang menjijikkan, BN berjaya merampas Perak. Hasil ketamakan pemimpin mereka, kini mereka cuba untuk merampas Kedah pula.

Mereka cuba untuk menggugat Selangor dan Pulau Pinang, tetapi gagal kerana Pakatan Rakyat mempunyai cukup kerusi dengan wakil-wakil rakyat yang sangat setia dan komited.

Jika Umno-BN 'anak jantan' yang menghormati demokrasi, mereka sepatutnya menunggu Pilihan Raya Umum ke-13 untuk cuba mendapatkan mandat semula rakyat.

Malangnya, Umno-BN tidak berani berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam kancah pilihan raya secara demokratik. Mereka ibarat 'pondan siam' yang hanya berani 'berkokok' dalam media massa yang mereka kuasai.

Mereka mahu berkuasa semula dengan memasuki 'pintu belakang', mereka tidak mempedulikan kesahihan dari sudut perundangan atau agama.

Mereka tidak sedar mereka sebenarnya sudah mencetuskan kemarahan dan kebencian rakyat.

Malah sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan Umno-BN untuk merampas kuasa secara haram akan menerima balasan daripada rakyat.

Hanya kuasa rakyat sahaja yang mampu menyelamatkan negara. Selamatkan Malaysia!

>>Mohd Rashidi Hassan

Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini

Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.

Harg
a petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi.

Cadangan itu dibuat pada pembentangan awam dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Mengikut cadangan yang dikemukakan kepada lembaga penasihat itu, harga petrol akan dinaikkan tahun ini dan diikuti dengan dua lagi kenaikkan pada kadar 20 sen setiap liter setiap kenaikkan pada 2011 dan dua lagi kenaikan, juga pada kadar 20 sen bagi setiap kenaikkan pada 2012.

Pada
sepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak akan bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 dijangka berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter.

Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan.

Ramalan itu adalah berdasarkan harga minyak mentah pada harga $73.06 bagi setiap tong pada 2011 dan $79.41-$94.52 bagi 2013-2015.
Cadangan pengurangan subsidi

Kerajaan akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh PEMANDU, sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi.

Bagaiamanapun tiada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan membuat keputusan dalam jangka terdekat ini.

Pengurangan dan pemotongan subsidi itu membabitkan 12 perkara:

Petrol

Har
ga petrol prices dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Harga petrol pada
2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Tol

Perbincangan semula dengan lebihraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.

Cadangan semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.

Gas
Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga.

Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.

>>malaysiakini

Umno Terengganu akui tiada kubu kuat BN di seluruh negara

PARA pemimpin Barisan Nasional (BN) Terengganu ternyata amat tidak selesa dengan hasrat PAS menawan semula negeri itu. Meski pun menganggap sasaran PAS mengulangi sejarah kemenangan 1999 seumpama omong kosong atau hanya mimpi, kegusaran sebenar yang bersarang di hati mereka akhirnya terserlah juga.


Awal bulan ini PAS Terengganu menyuarakan optimismenya merampas semula negeri itu. Antara sifir politik dikemukakan ialah kemungkinan menawan sembilan kerusi lagi yang kini dimenangi BN dengan majoriti kecil. Dicampur dengan lapan kerusi yang sudah dimenangai PAS kini, ia menjadi 17 kerusi dan membolehkan kerajaan majoriti mudah dibentuk di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) berjumlah 32 kerusi itu.
Optimisme PAS itu bagaimana pun dipandang rendah oleh para pemimpin BN negeri. Kenyataan beberapa pemimpin parti itu jelas cuba memperlekehkan keupayaan dan kemampuan PAS Terengganu merealisasikan hasrat tersebut. Malangnya, dalam usaha memperkecilkan kekuatan parti lawan, BN terlupa bahawa hujah dan sandaran yang mereka kemukakan boleh pula dijadikan bahan mempertikaikan kemenangan dan kekuatan BN sendiri.

Di antara hujah yang mendapat perhatian media ialah apa yang diutarakan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Salleh. Sebuah tabloid harian edisi Terengganu pada Rabu (17 Februari) memetik kenyataannya yang yakin bahawa PAS sebenarnya tidak ada kubu kuat di negeri itu.

Menurutnya, istilah kubu kuat hanya boleh diberikan sekiranya PAS sentiasa konsisten memenangi sesuatu kerusi dengan majoriti besar tanpa berlaku pengurangan. Namun katanya, berdasarkan beberapa pilihan raya umum sebelum ini, keadaan itu tidak berlaku. Sebaliknya, kawasan yang sering dimenangi PAS juga menunjukkan kemerosotan majoriti undi PAS agak ketara. Bekas calon BN yang kalah dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu itu memetik Dun Wakaf Mempelam sebagai contoh.

“Pada (pilihan raya umum) 1999 di Wakaf Mempelam kita (BN) kalah dengan majoriti lebih 5,000 undi, tetapi lima tahun kemudian (2004), kita hanya kalah dengan lebih 1,000 majoriti undi. Maknanya kalau benar ia (Wakaf Mempelam) kubu kuat PAS, majoriti undi tidak akan bergerak. Ia tetap berada dalam jumlah 5,000 sama ada berlaku tsunami, ribut, taufan, panas atau hujan, tetapi fakta menunjukkan ada pengurangan,” katanya.

Itulah yang penulis maksudkan tadi bahawa dalam usaha menenangkan kegusaran hati mereka atas optimisme PAS, para pemimpin BN mungkin terlupa hujah mereka gunakan itu sebenarnya mendedahkan parti itu sendiri kepada pertikaian serupa. Maksudnya, dengan hujah kemerosotan majoriti undi itu, PAS juga boleh mendakwa sebaliknya. Bahawa BN Terengganu juga tidak boleh menganggap mana-mana kerusi dimilikinya kini adalah kubu kuatnya. Analisa terperinci terhadap keputusan pilihan raya 2008 di setiap kerusi Dun mahu pun Parlimen menunjukkan sebahagian besar mereka menyaksikan kemerosotan ketara majoriti diraih BN berbanding 2004.

Jika logik hujah Wan Farid tadi digunapakai, maka ia sebenarnya memberikan hujah tambahan buat PAS Terengganu semakin optimistik dengan hasratnya menawan semula negeri itu. Ia umpama mengakui bahawa tidak ada kerusi yang selamat buat BN di negeri itu. Bahkan congakan kekuatan politik itu bukan terbatas setakat Terengganu sahaja. Berdasarkan logik hujah bekas timbalan menteri itu juga, tidak salah bagi pembangkang mendakwa ia ada kekuatan dalam politik negara ini. Bukankah jumlah kerusi dimenangi BN merosot teruk dalam pilihan raya lalu?

BN juga tidak boleh mendakwa kemenangannya untuk terus memerintah Malaysia dan beberapa negeri sebagai bukti BN masih ada kubu kuat di negara ini. Bukankah undi dan kerusi dimenangi BN merosot di hampir kesemua negeri? Jangan dikata di negeri-negeri yang diketahui sebagai kubu kuat pembangkang, Johor yang diakui sebagai “negeri paling kuat Umno dalam dunia” itu pun turut dilanda fenomena serupa. Daripada kemenangan mutlak 26 kerusi Parlimen pada 2004, BN tewas di satu kerusi pada 2008.

Di peringkat Dun pula, BN menawan 55 daripada 56 kerusi pada 2004. Tahun lalu, jumlah kerusi terlepas ke tangan pembangkang meningkat kepada enam. Penelitian terhadap keputusan pilihan raya negeri itu secara terperinci turut mendapati fakta lebih menarik. Daripada 50 kerusi dimenangi BN di Johor, hanya dua kerusi menyaksikan penambahan majoriti, iaitu di Rengit dan Sedili. Itu pun di bawah 700 undi sahaja.

Ada pun baki 48 Dun lagi menyaksikan kemerosotan ketara majoriti kemenangan BN. Bahkan, di tiga Dun, iaitu Stulang, Nusa Jaya dan Penggaram, majoriti BN merosot lebih 10,000 undi berbanding 2004. Ertinya kekuatan BN sudah merosot dan jika diikutkan logik hujah Wan Farid tadi, maka BN tidak lagi boleh mendakwa Johor adalah kubu kuatnya.

Paling menarik ialah kemerosotan undi dan majoriti kemenangan diperolehi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri. Dalam pilihan raya lalu beliau hilang lebih 2,000 undi dan majoriti kemenangannya merosot hampir 6,000 undi berbanding 2004. Apakah pemimpin BN bersetuju dengan hujah Wan Farid lalu menerima hakikat kemenangan para pemimpin utamanya di serata negara juga tidak menjadikan kerusi mereka miliki kini kubu kuat BN? - 
 
>>detikdaily

Mengapa Melayu ditipu Melayu?



www.nasharrawy.blogspot.com     

Memang Melayu ditipu Melayu kerna Melayu tanpa Islam. Hanya Islam ( yang Mukmin ) sahaja yang tiada bisa ditipu oleh sesiapa pun, insya-Allah. Kalau tertipu pun, hanya sekali sahaja, tiada bisa dua, tiga kali pilihan raya. Justeru itu, hadis Rasulullah menyatakan: “ Sesungguhnya orang mukmin tiada selayaknya dipatuk ular dua kali dalam satu lubang “ ( oleh ularnya yang sama ).

Contohnya, ular yang sama pernah patuk PAS dan tendang PAS keluar daripada BN kerna takabur dan sombong terasa sudah cukup kuat. Inilah watak tipikal Umno yang sebenarnya! Yang jelas menolak Sistem Islam yang lebih baik daripada demokrasi ciptaan manusia seperti ; majoriti menghalalkan yang haram seperti perlesenan judi dan arak oleh kerajaan Pusat ( UBN).

Pernahkah PERKASA yang menjadi PEKASAM Umno menentang kerajaan pusat! dan yang terkini lesen judi bola piala dunia , dan liga bolasepak, Itali, Sepanyol, England dan German.Justeru kerna taukeh judi penyumbang terbesar Umno dalam pilihanraya. Inilah Umno tiada agama dan mana Menteri agama Umno kerna Umno bawa akidah yang sesat lagi menyesatkan!! Ummah!

Najib yang merasmikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ke 51 di Putrajaya pada 25.5.10 mahu supaya sijil Halal diseragamkan; bagi mengelak kekeliruan umat Islam . Mana isu lesen judi bola piala dunia? Ternyata Melayu (Umno) tipu agama, tipu tuhan, tipu nabi dan tipu Qur’an !!!! bahaya ajaran sesat Umno ini kerna Melayu(Umno) ternyata menolak Sistem Islam dan hipokrat!!! Menipu!!

Melayu ditipu Melayu oleh Umno. Melalui DEB yang mengkayakan segelintir orang kaya Melayu ; disalahgunakan sehingga peruntukan PPRT untuk orang Melayu miskin pun disapu habis oleh menteri Melayu Umno yang menelan dan menipu orang Melayu; kerna orang Melayu dalam Umno menjadi Melayu tiada mahu menjadi Islam ( Mukmin) seperti masksud hadis di atas.

Segelintir kroni melayu elit umnoputra bertambah kaya yang kenyang membuncitkan perut sendiri berselindung dan bersandiwara di atas nama Bumputra dan DEP dan MEB kerna acuan yang sama . Begitu jugalah Cina tipu Cina ( MCA) dan India tipu India ( MIC ) yang menipu kaum masing-masing dan bermain dengan sentimen perkauman untuk meraih undi dalam pilihanraya semata-mata . UBN melahirkan kroni elit suku-sakat seperti Anaconda Krishnan , Mukriz dan Vincent Tan yang diperkayakan lagi dengan lesen judi bola.(MEB jelmaan DEB) yang berterusan dalam sistem sekuler acuan UBN yang menolak sistem Islam. SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR )

Bukti yang mutaakir, Melayu tipu Melayu adalah lesapnya RM52 BILLION saham bumiputra oleh Umno parti penipu” Melayu yang tak jadi Islam” . Melayu tipu kerajaan apabila kaki judi Rosmahnajib memperjudikan wang negara dalam Forex sebanyak RM32 Billion lesap seperti yang didedahkan KULI namum broker kenyang sapu keliling.

Melayu menggadaikan kedaulatan dan maruah bangsa dan Negara apabila dua telaga minyak di serahkan kepada Brunei ; Melayu Brunei tipu Melayu Umno dan bersandiwara bersama kerna kroni masing-masing mengusahasama syarikat gali minyak tersebut . Ternyata Umno pengkhianat dan petualang bangsa ,agama dan Negara ! demi kroni dan kerakusan qorun dan fir’aun ; Melayu tipu Melayu dan jual wilayah negara tanpa kelulusan parlimen dan Yang DiPertuan Agung; diluluskan antara pengkhianat negara dalam kabinet pengkhianat semata-mata . Ternyata Umno derhaka ke pada Raja dan Negara .

Tidak cukup dengan itu sudahlah wilayah Negara yakni. Wilayah tanah jajahan dan kedaulatan Al Sultan Johor ;yakni Pulau Temasik ( Singapura) diserahkan Umno kepada Singapura oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara :Umno Si Petualang; kerna Pulau Singapura sebenarnya milik Malaysia apabila Malaysia merdeka kerna semua perjanjian dengan bekas penjajah British semuanya terbatal dengan sendirinya dan Malaysia kembali berdaulat ke atas setiap wilayahnya. Ini termasuk Pulau Pinang milik Al Sultan Kedah kesan daripada kemerdekaan daripada kolonial Inggeris itu tadi seperti kata almarhum mantan Presiden PAS, Dr. Burhanuddin El- Helmy. Terbukti Melayu Brunei dan Cina Singapura tipu Melayu dalam Umno ; kerna pemimpin kroni kaya raya dengan projek mega mereka. Rakyat marhein hidup terdesak, terhimpit di tipu dek Melayu Umno.

Yang paling mutaakhir, wilayah yang paling bersejarah di Woodlands, Keranji, Bukit Merah dan Tanjong Pagar( milik KTMB ) tiada bisa dipagari lagi kerna Umno( Najib); sekali lagi melakukan pengkhianatan menggadaikan wilayah tersebut kepada Singapura demi kepentingan kroni negara masing-masing untuk kepentingan usahasama syarikat Malaysia-Singapura usahasama perjudian seperti di Marina Bay .

Ternyata Melayu( Umno) jual negeri untuk kepentingan kroni dan hilang dan terhapuslah satu lagi wilayah negara kepada Singapura kerna bukan milik negara lagi tetapi milik syarikat kroni sepertimana dua telaga minyak yang tergadai kepada Brunei. Malaysia kehilangan kedaulatan dan maruah setelah pulau Si Putih lebuh kepada Singapura . Dan sekarang, dua telaga minyak dan tanah KTMB.

Inilah petualangan yang di lakukan Umno , dahulu , sekarang dan akan datang . Melayu( Umno) bukan sahaja tipu Melayu akan tetapi Melayu( Umno ) tipu satu Malaysia pada keseluruhannya ; termasuk Cina, India, Iban, Kadazan , Melanau yang merupakan rakyat Malaysia yang berhak ke atas negara ; kecuali warga sibu! Syabas!Permulaan perubahan Sarawak dan Sabah barganding bahu dengan PAKATAN semenjung bermula dari sini menuju ke Putrajaya ; kerna Umno sebu di sibu dan gabra; ditolak rakyat!

Namun PAS , parti yang tidak bernaunsakan kaumiyyah samasekali ; sudah membuktikan keterbukaan sistem Islamnya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS( DHPP) membuktikan ‘Islamik System For All “ dan ‘Justice For All” bersama DAP dan Keadilan yang menentang perkauman dan kezaliman dalam apa bentuk sekalipun.

Justeru itu, demi menyelamatkan agama , bangsa dan negara daripada terus ditipu Melayu( Umno) dan UBN sokonglah PAS/PAKATAN daripada membiarkan negara terus diperintah oleh parti pemerintah yang “ MELAYU TIPU MELAYU” assobiyyah dan perkauman, autokrasi, rasuah , kroni dan kezaliman ; kerna ini adalah virus yang bisa merosakkan agama , bangsa dan negara dan tersangatlah merbahaya untuk generasi yang akan datang . “ For the sake of the future : SAVE ONE MALAYSIA THROUGH PAKATAN ! “ GOD IS THE GREATEST ! “

BARANG PANAS!!!: SURE UP PUNYE....


Padan muke korang....kerajaan BN APCO akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh PEMANDU, sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi... (mangkuk punye PEMANDU)....
Bagaiamanapun tiada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan membuat keputusan dalam jangka terdekat ini.
Pengurangan dan pemotongan subsidi itu membabitkan 12 perkara:

Petrol

Harga petrol prices dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.
Harga petrol pada
2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Tol

Perbincangan semula dengan lebihraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.
Cadangan semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.

Gas

Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga.

Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.


Najib ulangi serah maruah kepada Singapura


KUALA LUMPUR, 26 Mei: Tindakan menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura tidak memeranjatkan kerana pulau Singapura sendiri pun telah diberikan begitu sahaja oleh pemimpin Umno sebelum ini kepada Lee Kuan Yew.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan penyerahan stesen KTMB Tanjung Pagar itu sebagai ulangan penyerahan Singapura pada 9 Ogos 1965.

"Pada 6 Februari 1819, Sultan Hussein dan Temenggong Abdul Rahman menyerahkan Singapura untuk dijadikan tanah jajahan British melalui perjanjian dengan Stamford Raffles.

"Pada 9 Ogos 1965 pula, Perdana Menteri dan Presiden Umno waktu itu menyerah kalah kepada tipu muslihat politik Kuan Yew lalu menyerahkan Singapura begitu sahaja kepada pemimpin Singapura.
"Dan, Isnin lalu, pada 24 Mei 2010, Perdana Menteri dan Presiden Umno hari ini, (Datuk Seri) Najib melengkapkan penyerahan itu sambil mempersalahkan Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) yang ditandatangani pada 1990 sebagai alasan untuk melengkapkan penyerahan maruah kepada Singapura itu," katanya.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mendakwa, perjanjian antara Najib dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong itu adalah jauh lebih baik berbanding pengunduran operasi KTMB secara berperingkat mengikut POA.

Mahfuz mempersoalkan, mengapa pengikut-pengikut Najib termasuk Abdul Ghani kelihatan mempersalah dan menggunakan alasan POA untuk mewajarkan perjanjian Isnin lalu.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, POA yang digariskan Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan ketika itu, sebenarnya tidak mendapat persetujuan kabinet.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu sependapat dengan pandangan pelbagai pihak supaya Najib membentangkan laporan khas mengenai perkara itu dalam sesi Parlimen akan datang.

Beliau kecewa dengan sikap Najib yang bertindak sama seperti Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menyerahkan wilayah Malaysia di Blok L dan M kepada Singapura.

"Najib sama seperti Abdullah, berlagak pandai tetapi hakikatnya tidak tahu menggunakan kuasa yang ada pada seorang Perdana Menteri untuk mempertahankan maruah dan nama baik negara," kata Mahfuz.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku hari ini sama seperti apa yang berlaku pada tahun 1965 lalu apabila pemimpin Umno dengan mudah menyerahkan Singapura akibat kehilangan akal untuk menghadapi sepak terajang Kuan Yew untuk mengukuh dan memperluaskan kuasanya.
"Hari ini pun, kerana hendak berlagak lebih pandai dari pemimpin sebelum ini yang menangguhkan perlaksanaan POA itu, Najib mengulangi perbuatan menyerahkan maruah negara kepada Singapura," katanya.

>>harakahdaily

Tubuh suruhanjaya siasat 'pengkhianatan'

Satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat beberapa tindak-tanduk kerajaan yang didakwa sebagai pengkhianatan kepada negara.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pengkhianatan kerajaan itu termasuk soal pemberian lesen judi bola sepak dan penjualan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura.

Khalid juga mahu supaya siasatan ke atas penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei.

"Kena tengok siapa yang terlibat, apa hujah dan alasan mereka, kenapa mereka setuju dengan keputusan tersebut.

"Sedangkan mereka tahu (keputusan) ini akan merugikan negara. Mereka perlu didakwa (atas tuduhan) mengkhianati negara," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau memberi alasan, banyak kesangsian boleh dilihat dalam ketiga-tiga kes tersebut.

"Kita khuatir ada (urusan) bawah meja, ada (rundingan) sebalik tirai yang sebabkan ianya dipersetujui.

"(Kelihatan) seolah-olah ada kepentingan untuk pembuat keputusan itu sendiri.

"Kita perlu siasatan bebas dijalankan, mungkin ke peringkat suruhanjaya diraja," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan itu dibuat oleh kerajaan atas nasihat daripada firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan, Apco.

"Adakah ini yang mampu dilakukan hasil daripada nasihat Apco?" soalnya.
Tiada perbincangan
Khalid juga berkata tidak ada satu pun keputusan itu yang dibincangkan oleh kerajaan bersama dengan ahli parlimen.

Menyentuh soal penjualan tanah KTMB pula, beliau berkata tidak ada apa-apa penerangan diberikan oleh kerajaan sebelum urusniaga itu dipersetujui kedua-dua pihak.

"A
khirnya ia sudah dipersetujui, sedangkan ia bukan harta kerajaan secara mutlak, ia merupakan harta rakyat dan negara.

"Bagaimana mereka boleh serahkan begitu mudah tanpa melibatkan satu perbincangan lebih menyeluruh berhubung apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka ingin capai.

"Walapun kita faham bahawa Khazanah (Nasional Bhd) diberi saham sebanyak 60 peratus, dan Temasek (Holdings) hanya 40 peratus dalam soal pembangunan tanah itu, akhirnya, manfaat lebih besar akan diperolehi oleh pihak Temasek (dan Singapura).

Jelasnya lagi, Singapura mendapat lebih keuntungan daripada urusniaga tersebut, berbanding Malaysia.

"Hakikat bahawa kita diberikan tanah ganti, sebahagian daripada tanah ganti itu adalah kawasan perjudian Singapura.

"Mungkin ini menunjukkan Malaysia ini dan kerajaan Umno dan BN begitu komited untuk penbangunan budaya judi," katanya lagi.

>>malaysiakini

Judi bola: Politik dan ekonomi



26 MEI — Saya penagih poker. Kebanyakkan orang menganggap ini bermaksud saya suka judi, dan mereka tidak 100 per cent salah.

Sebenarnya, di kalangan pemain poker sendiri ada spektrum yang merangkumi pemain yang bersifat amat konservatif (“nits”) dan yang bermain secara lebih mengambil risiko (“loose/aggressive”). Saya biasanya dikira konservatif.

Saya tidak berminat mana-mana lain permainan yang melibatkan perjudian — terutamanya di kasino.

Pertamanya, saya tidak suka bergantung kepada nasib. Dalam poker, walaupun unsur nasib memang ada, menang kalah serta jumlah yang terlibat boleh dikawal sedikit dengan kemahiran dan disiplin.
Satu lagi sebab saya mengelak dari kasino, mainan nombor dan sebagainya diungkap baik dalam pepatah Inggeris “The house always wins.”

Maksudnya, permainan di kasino, judi nombor, dan sebagainya telah distrukturkan supaya badan yang mengawal permainan itu selalu untung dan tidak mungkin rugi sama sekali. Walaupun kadang kala (sebenarnya cukup jarang sekali) kita boleh menang, dalam jangka masa panjang, syarikat judi itu selalu menang.

Dilihat dari sudut lain, maksudnya orang yang judi selalu kalah.
Itulah sebabnya konglomerat judi di merata dunia selalu mengaut keuntungan yang luar biasa, dan nilai sahamnya tinggi sekali.

Saya tidak berapa layak untuk menilai soal judi bola di Malaysia dari segi moral, tetapi saya rasa berbaloi juga kita mendekati soalan ini dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat.
Seorang rakan di universiti jurusan ekonomi dulu menulis tesisnya berasaskan dua soalan mudah: a) Patutkah sebuah kerajaan menganjurkan loteri? b) Pada keseluruhannya adakah loteri ini menguntungkan atau merugikan rakyat?

Soalan berkenaan penganjuran loteri secara langsung oleh kerajaan berpaksikan beberapa aspek. Keuntungan dari loteri ini boleh diandaikan sebagai sesuatu cukai (walaupun suatu cukai yang biasanya hanya dibayar oleh golongan miskin dan serdahana). Hasil cukai tersebut secara teorinya boleh digunakaan balik untuk manfaat masyarakat am.

Walaubagaimanapun, jika loteri atau mana-mana mainan judi yang lain dianjurkan oleh pihak swasta, manfaat ini amat dikurangkan kerana kebanyakan dari hasil untung disalurkan ke konglomerat (dalam kes kita: Berjaya, saudara Tan Sri Vincent Tan, dan pihak-pihak politik yang disokongnya) dan bukannya balik kepada rakyat (kecuali cukai kerajaan yang kecil — halalnya cukai ini mungkin boleh dipertikaikan).

Mainan judi sebegini jelas pada keseluruhannya merugikan rakyat. Jumlah duit yang dimenang melalui judi bola oleh golongan menang, contohnya, sudah tentu cukup kurang dari jumlah yang hilang oleh golongan kalah. Kesimpulannya, rakyat secara keseluruhannya lebih miskin selepas Piala Dunia dari sebelumnya.

Kita juga harus tanya: Siapakah yang biasanya berjudi sebegini? Dalam isu judi bola, dan lebih lagi untuk mainan nombor, kebanyakkan pemain terdiri daripada rakyat yang berkedudukan ekonomi rendah ke serdahana.

Ini bermaksud perluasan aktiviti judi yang menarik rakyat dengan janji-janji untung mudah dan besar sebenarnya memiskinkan lagi rakyat yang sudah cukup dibebankan dengan masalah ekonomi.

Ada yang berhujah bahawa pemberian lesen judi bola adalah berpatutan kerana sah atau tidak, kegiatan ini tetap berlaku — lebih baik ia diregulasasikan, dipantau, dan sebahagian keuntungannya dialirkan kepada kerajaan.

Ramai pula berbalas bahawa jika pendekatan ini logik, maka ia harus diperluaskan untuk merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pelacuran, pinjaman wang melalui Ah Long dan sebagainya.
Saya ingin bertambah bahawa lesen judi bola juga akan memperbanyakkan nombor orang yang akan berjudi. Mereka yang dulunya takut untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tak sah dari segi undang-undang akan kini menampil untuk mengambil kesempatan peluang baru ini.
Memang sukar untuk kita percaya penganugerahan lesen judi bola tanpa apa-apa tender kepada Vincent Tan dan Berjaya tiada kaitan langsung dengan hubungan dekat Tan dengan pihak-pihak berkuasa.

Nama Tan kerap muncul dalam perbincangan melibatkan wakil-wakil rakyat yang telah melompat parti dalam setahun dua ini, dan kita terpaksa tanya dari mana datangnya dana untuk semua “hadiah-hadiah pilihanraya” di Hulu Selangor, Sibu dan seterusnya. Ramai juga mengaitkan lesen judi ini dengan “tabung dana” untuk pilihanraya umum ke-13 yang dirasai kian mendekati.

Usaha-usaha menggunakan cara haram untuk mengaut keuntungan yang meningkatkan beban ekonomi rakyat demi menyokong aktiviti-aktiviti yang lebih haram lagi haruslah dipantau dengan dekat oleh rakyat, dan jika didapati memang benar, dibantah sekeras-kerasnya.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Tuesday, May 25, 2010

Pemuda PAS edar risalah di premis judi seluruh negara

Mulai esok, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menempatkan anggotanya di depan premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah membantah judi bola kepada para pengunjungnya.

Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, mereka akan ditugaskan mengedar risalah itu sehinggalah lesen judi bola dibatalkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, anggota DPPP akan melakukan tugas itu secara bergilir-gilir mengikut sifnya.

Pemuda PAS juga, katanya, menjemput semua insan yang prihatin yang anti-judi, termasuk bukan Islam, untuk membantu mengedarkan risalah tersebut.
Katanya, ini kerana judi diharamkan oleh semua agama.
Menurutnya lagi, risalah tersebut akan diedarkan sepanjang waktu operasi premis terbabit, serta bergantung kepada kemampuan sif petugas.
Pemberian lesen judi bola sepak baru-baru ini mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam.

Nasruddin sebelum ini telah mengarahkan dewan Pemuda PAS negeri mengadakan demontrasi membantah pemberian lesen judi itu.

Jumaat lalu, demontasi membantah lesen judi itu diadakan serentak oleh lima negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Manakala Jumaat ini, demonstrasi bantahan yang sama akan diadakan di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor. 

>>malaysiakini

Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan  tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.
Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.

Semalam Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Melalui perjanjian itu, Malaysia menyerahkan tanah KTMB itu kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.

Padahal, sejak sekian lama Malaysia berpendirian, tanah itu adalah milik penuh KTMB kerana ia telah dimiliki syarikat itu sejak Singapura berada dalam Malaysia lagi.

Kedua-dua negara, katanya, bersetuju untuk menubuhkan M-S Pte. Ltd. bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di sini.

Najib berkata, Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak Singapura melalui Temasek Holdings Ltd.

Tanah yang dikatakan bernilai itu adalah di Marina Bay iaitu kawasan yang terletaknya Marina Bay Sands Casino Resort.

"Marina Bay Sands dijangka akan menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia," tulis Tom Jones, Staff Editor, CasinoGamblingWeb.com dalam tulisannya 25 April baru-baru ini.
Sementara itu, PAS menyelar tindakan perdana menteri itu yang seolah oleh tidak pernah belajar dari beberapa kesilapan kerajaan berhubung isu penyerahan kawasan dan kedaulatan negara kepada negara luar.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS tetap berpendirian bahawa kesemua tanah KTMB itu adalah hak mutlak Malaysia, dan Singapura tiada hak ke atasnya.

"Kita mempertahan Tanjung Pagar itu dari sudut sejarahnya, faktanya adalah sebahagian hak Malaysia dan tidak boleh dibahagi-bahagi," katanya.

Najib katanya perlu lebih telus dan terbuka menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan di sebalik pemberian 40 peratus kepada Singapura itu.

Ini kerana, rakyat katanya tidak mahu kedaulatan negara terus digadai kepada negara luar seperti apa yang berlaku terhadap dua blok minyak, L dan M yang diserah kepada kerajaan Brunei sehingga merugikan negara.

Malaysia juga jelasnya, telah kecundang dalam menuntut hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands.

"Kita tidak tahu apa yang Najib deal dengan perdana menteri Singapura dan rakyat tidak mendapat penjelasan lanjut, sepatutnya ia diperhalusi.

"Ini bukan soal hak tanah, tapi soal kedaulatan dan maruah negara," katanya lagi.

Katanya lagi, Najib sewajarnya ingat sejarah Umno melepaskan Singapura yang dahulunya sebahagian dari Malaysia di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri ekoran kegagalan menangani krisis dalaman dengan Lee Kwan Yew.

>>harakahdaily

Muhyiddin: Tuduhan anak Samy terhadap Umno biadap


















MUAR, 25 Mei — Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh S.Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

“Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap,” katanya ketika ditanya mengenai tuduhan yang dibuat oleh Vell Paari terhadap Umno. Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC.

Muhyiddin (gambar), yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan guru-guru daerah Muar dan Ledang di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.
Dalam komen kepada The Malaysian Insider hari ini, Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh sambil menafikan ia menaja dan menyokong Gerakan Anti Samy Vellu mengingatkan MIC tidak sama sekali menyeret parti itu ke dalam kancah krisis kepimpinan yang dilalui sekarang.
“Jangan seret Umno dalam krisis MIC,” kata Rauf.

Rauf menegaskan, Umno tidak pernah terlibat dalam memihak mana-mana ahli atau pemimpin untuk mengeruhkan keadaan dengan menyatakan sokongan agar melakukan perkara menentang kepimpinan komponen BN.

Mengulas lanjut Muhyiddin juga meminta Samy Vellu supaya menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.

“Samy Vellu boleh nasihatkan anaknya,” kata Timbalan Perdana Menteri dipetik Bernama.
Kata Muhyiddin, Vell Paari merupakan seseorang yang mempunyai kepentingan  dalam kemelut dalaman MIC kerana beliau merupakan anak kepada parti itu.

Apa pun, kata Muhyiddin, beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah pun mengeluarkan kenyataan yang mahu melihat kemelut dalaman MIC itu diselesaikan dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, katanya, sebarang penyelesaian terhadap permasalahan yang berlaku dalam parti itu mestilah berdasarkan kepada dasar keadilan dan ketelusan.

“Sebagai pemimpin dalam mana-mana parti komponen BN, tidak kira mana parti sekalipun, sebarang permasalahan dalam parti mestilah diselesaikan secara adil dan saksama,” katanya.
Muhyiddin berkata sebarang usaha untuk menyelesaikan permasalahan dalam parti mestilah mengikut perlembagaan dan prosedur parti.

Samy Vellu telah memecat empat orang pemimpin dalam tempoh dua minggu ini termasuk dua anggota CWC semalam menggunakan kuasa sebagai presiden parti.

“Sebagaimana yang dilakukan oleh kita di dalam Umno, jika kita terpaksa bertindak memecat seseorang daripada parti, ia mestilah berdasarkan prosedur dan peraturan yang sedia ada dalam parti,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata setiap parti komponen BN perlu menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan segera supaya kedudukan BN yang semakin kukuh kini di bawah pentadbiran Najib dapat diteruskan.

>>malaysia insider

Inspektor Polis Ditahan Kerana Disyaki Terima Rasuah RM6,000


KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Seorang inspektor polis, yang bertugas sebagai Pegawai Pendakwa di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima rasuah sebanyak RM6,000 daripada seorang awam, semalam.

Pegawai berusia 31 tahun itu ditahan pada pukul 5.35 petang di perkarangan mahkamah kerana disyaki menerima wang rasuah itu bagi menyelesaikan satu kes dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1965.

Menurut kenyataan SPRM hari Selasa, pegawai itu, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, dibebaskan dengan jaminan SPRM dengan seorang penjamin pagi tadi.

SPRM berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi sekiranya disabitkan dengan kesalahan tersebut.

-- BERNAMA

Monday, May 24, 2010

Ayat Power Tok Guru Nik Aziz



Kalau macam tu tak salahlah perbuatan mencuri, merompak, menyamun kalau diberi lesen atas alasan bagi mengelakkan daripada berlakunya mencuri, merompak, menyamun secara haram.“Maknanya mengikut teori ini, sikit lagi perbuatan curi, merompak, menyamun pun tidak haram asalkan ada lesen.Dalam ajaran Islam judi, arak, tikam nombor Allah kata najis, tidak ada sebab yang boleh menghalalkan perbuatan itu di sisi hukum agama Islam sama ada dengan cara berlesen atau sebagainya - TGNA

Di sebalik tindakan Pemuda PAS mengadakan protes di seluruh negara hari ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta umat Islam mengadakan sembahyang hajat memohon supaya langkah kerajaan mahu mengeluarkan lesen pertaruhan sempena Piala Dunia tidak menjadi kenyataan.

Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS menyelar anggota Kabinet Umno yang meluluskan lesen judi dengan berkata “orang macam ini sama ada kita pakat sembahyang hajat minta Tuhan buka pintu hati atau minta mati… mati diri atau mati karier politik.”

Menteri Besar Kelantan ini berkata demikian dalam kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini hari ini — beberapa jam sebelum Dewan Pemuda PAS menganjurkan demonstrasi membantah langkah kerajaan itu.

Nik Aziz berkata, jika kerajaan menghalalkan amalan pertaruhan dengan memberi lesen tidak salah sekiranya pihak berkuasa memberikan lesen untuk perbuatan-perbuatan jenayah yang lain.

“Kalau macam tu tak salahlah perbuatan mencuri, merompak, menyamun kalau diberi lesen atas alasan bagi mengelakkan daripada berlakunya mencuri, merompak, menyamun secara haram.“Maknanya mengikut teori ini, sikit lagi perbuatan curi, merompak, menyamun pun tidak haram asalkan ada lesen,” kata beliau.

Nik Aziz pernah menimbulkan kontroversi dengan meminta penyokongnya agar berdoa sehingga orang yang enggan memberi royalti minyak kepada negeri Kelantan itu ‘pecah perut’.
Sebelum itu, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat daripada Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai Umno selepas pilihan raya umum akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji.Nik Aziz berhujah berasaskan nas al-Quran dan hadis bahawa perbuatan judi diumpamakan sebagai najis dan hukumnya adalah haram tidak boleh dibenarkan dengan apa jua alasan.

“Dalam ajaran Islam judi, arak, tikam nombor Allah kata najis, tidak ada sebab yang boleh menghalalkan perbuatan itu di sisi hukum agama Islam sama ada dengan cara berlesen atau sebagainya.“Tapi kalau ada orang nak bagi lesen maknanya pandai manusialah dari Tuhan,” kata beliau kesal kerana keputusan meluluskan lesen judi diumumkan oleh seorang menteri Melayu dan beragama Islam.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang empertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.Dalam pada itu, Nik Aziz membidas seorang guru pondok di sini yang dikatakan telah menuduhnya sebagai seorang pengamal aliran Wahabi ketika berceramah di Tumpat bulan lalu.

“Ambo (saya) ada (hidup) lagi sekarang ini, sepatutnya mari jumpa ambo dulu sebelum nak tuduh, kata ambo wahabi.“Kalau zaman dulu, orang macam ini kita boleh pegang selam dalam kolah, macam takde kerja tuduh-menuduh orang tanpa usul periksa, mari jumpa empunya diri dulu,” katanya tetapi tidak menyebut individu berkenaan.

http://jasindaily.blogspot.com

yahoo.....tol turun

SINGAPURA, 24 Mei — Malaysia dan Singapura bersetuju mengurangkan kadar tol di Linkedua bagi meningkatkan hubungan darat antara kedua-dua negara.

Persetujuan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La di sini hari ini.

Tol di kedua-dua belah Linkedua itu, yang menghubungkan Tuas di sini dan Tanjung Kupang di Johor, akan diturunkan pada kadar yang besar, kata kedua-dua pemimpin itu pada satu sidang akhbar bersama di sini selepas pertemuan berkenaan.

Kadar baru itu akan diumumkan dalam masa sebulan ini.
Najib berkata beliau dan Lee bersetuju bahawa untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala, hubungan darat antara Malaysia dan Singapura perlu dipertingkat dan dipermudahkan.

Kedua-dua pemimpin itu juga mengumumkan bahawa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri mengenai Iskandar Malaysia, yang ditugaskan meningkatkan perhubungan antara kedua-dua negara, telah bersetuju mengenai beberapa langkah.

Perkhidmatan bas berjadual antara kedua-dua negara akan digandakan dengan memperkenalkan lapan laluan baru, masing-masingnya empat di setiap negara, antara Pasar Bakti dan Larkin di Johor dan dua pusat percutian (Resort World Sentosa dan Marina Bay Sands Singapore), Boon Lay, Yishun, Newton dan Lapangan Terbang Changi di Singapura.

Perkhidmatan teksi antara kedua-dua negara juga akan dipermudahkan, dengan membenarkan teksi mengambil dan menurunkan penumpang dari mana-mana lokasi dalam laluan domestik berbanding dengan hanya di terminal teksi tertentu.

Mengenai pelancongan, kedua-dua negara sedang mengkaji kemungkinan mengadakan produk ekopelancongan berkembar.

Malaysia dan Singapura akan juga berkongsi pengalaman dan merangka secara bersama pelan membersih sungai sejajar dengan usaha yang dijalankan oleh Iskandar Malaysia. — Bernama


ala hai....sorry beb ingatkan tol PLUS tadi.....

Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura

Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

johor singapore causeway 041106Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.

Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

TanaNONEh KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.

Bernama

Benarkah Teknologi Nuklear Selamat?


Bernama menyiarkan dua artikel mengenai tenaga nuklear hari ini berikutan pengumuman Malaysia merancang membina janakuasa nuklear pertama menjelang 2021.

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kira-kira 24 tahun lepas, bumi Ukraine, ketika itu di bawah Kesatuan Soviet, dikejutkan dengan insiden letupan yang berlaku di loji janakuasa nuklear Chernobyl akibat kegagalan reaktor keempatnya.

Insiden yang berlaku pada 26 April 1986 itu menyebabkan kepulan asap radioaktif memasuki ruang udara sebelum menyelubungi kawasan berdekatan, termasuk di bandar Pripyat.

Asap dan debu radioaktif itu kemudian bergerak meliputi sebahagian kawasan barat Kesatuan Soviet dan sebahagian kawasan timur, barat dan utara Eropah, memaksa lebih 336,000 penduduk Ukraine, Belarus dan Rusia dipindahkan.

Dilaporkan beribu-ribu nyawa terkorban ekoran insiden itu, akibat terdedah kepada radiasi dan kemudian ramai lagi mati disebabkan kanser dan komplikasi lain.

Begitulah dahsyatnya risiko membabitkan insiden loji janakuasa nuklear.

Sehingga hari ini, Chernobyl diklasifikasikan sebagai tragedi terburuk dalam sejarah peradaban manusia sejagat dan merupakan satu-satunya insiden tahap ketujuh dalam "International Nuclear Event Scale".

Rentetan daripada fakta sejarah itu, tidak hairanlah kenapa sebilangan besar rakyat, individu atau badan bukan kerajaan (NGO), memberikan reaksi pelbagai mengenai cadangan pembinaan janakuasa nuklear pertama di negara ini pada 2021.

KRISIS TENAGA

Persoalan pokok yang menjadi perhatian ialah adakah loji janakuasa nuklear yang akan dibina itu selamat dan bagaimana sisa buangan radioaktifnya diuruskan?

Beberapa saintis merumuskan opsyen nuklear sebagai sumber tenaga elektrik pasca 2020 tidak boleh ditolak selepas negara diramalkan mengalami krisis tenaga jika masih bergantung kepada sumber fosil yang semakin menyusut.

Hakikatnya, teknologi nuklear bukanlah perkara asing kepada Malaysia kerana negara ini mempunyai reaktor nuklear, Reaktor Triga Puspati (RTP) yang beroperasi sejak 1982 bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan dalam bidang perubatan, pertanian dan kajian neutron.

Malaysia juga dikatakan mempunyai jumlah pakar nuklear tertinggi di rantau Asia Tenggara dengan kebanyakannya bertugas di Agensi Nuklear Malaysia, sebelum ini dikenali sebagai Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT).

Syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad meramalkan keperluan kepada sumber tenaga alternatif bagi menjana elektrik semakin kritikal menjelang 2019 selepas sumber fosil khususnya gas semakin menyusut dan tidak lestari.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin pada 4 Mei lepas mengumumkan kerajaan berhasrat meneruskan projek nuklear yang pernah ditangguhkan pada 1970-an bagi menampung permintaan tenaga yang semakin meningkat ekoran peningkatan populasi dan kepesatan ekonomi.

SYARAT KETAT ANTARABANGSA

Loji janakuasa nuklear yang dicadang dibina pada 2021 dengan anggaran kos RM9.75 billon mempunyai jangka hayat 50 hingga 70 tahun.

Saintis Jabatan Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Sukiman Sarmani berkata pembinaan loji janakuasa nuklear itu tertakluk kepada syarat ketat International Atomic Energy Agency (IAEA) bagi memastikan pembinaannya mengikut spesifikasi keselamatan ditetapkan.

Beliau berkata pembinaannya juga memerlukan persediaan awal, sekurang-kurangnya 10 tahun, bagi memastikan aspek keselamatan, sumber manusia dan lokasinya diperincikan selain pembinaannya juga memakan masa yang lama.

"Reaktor yang akan kita bina ialah rektor generasi ketiga... Ia tidak sama seperti reaktor generasi pertama pada zaman 70-an, termasuk di Chernobyl.

"Reaktor generasi ketiga lebih selamat dan kurang campur tangan menusia," kata Prof Sukiman kepada Bernama menjelaskan insiden di Chernobyl berlaku disebabkan kesilapan manusia dan bukannya teknologi terbabit.

Secara ringkasnya, janakuasa nuklear akan menggunakan uranium dalam bentuk isotop untuk menghasilkan haba yang banyak daripada beberapa siri tindak balas sebelum haba itu digunakan untuk memutarkan turbin menghasilkan elektrik.

SUMBER TENAGA ALTERNATIF

Ketika ini, lebih 80 peratus daripada penjanaan elektrik negara bergantung kepada sumber konvensional fosil iaitu gas (60 peratus) dan arang batu (24 peratus) dengan selebihnya dijana daripada hidro dan biomas.

Ini bermakna sumber tenaga alternatif untuk menjana elektrik masih rapuh dengan sebahagian besarnya bergantung kepada bahan api fosil yang tidak lestari dan tidak mesra alam.

Keadaan ini bertentangan dengan hasrat Malaysia yang mahu bergerak ke arah ekonomi karbon-rendah bagi menangani perubahan iklim dunia akibat pembebasan karbon dioksida, antara lain, melalui pembakaran bahan api fosil.

Malaysia juga menetapkan sasaran mengurangkan 40 peratus emisi karbonnya dan komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Perubahan Iklim di Copenhangen, Denmark, pada akhir tahun lepas.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebelum ini dilaporkan berkata, jika projek janakuasa nuklear itu dimuktamadkan, Malaysia akan menggunakan teknologi nuklear dari Korea Selatan, China, Perancis atau Jepun.

KOS YANG KOMPETITIF

Jika projek opsyen nuklear itu diteruskan, seorang pakar tenaga boleh diperbaharui Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Dr Mohamad Yusof Sulaiman mencadangkan kepada kerajaan supaya menggunakan "Pressurised Water Reaktor" (PWR) berbanding "Boiling Water Reactor".

"Kedua-duanya ialah rektor generasi ketiga tetapi PWR lebih selamat," kata Yusof sebelum ini mencadangkan teknologi kuasa angin "offshore" dikaji sebagai sumber tenaga alternatif sebelum opsyen nuklear digunakan.

Profesor Kejuruteraan Kimia Prof Dr Hamdani Saidi berkata antara kelebihan nuklear ialah ia tidak membebaskan gas rumah hijau dan mengeluarkan tenaga yang tinggi (bermakna lebih banyak elektrik dijana) berbanding sumber tenaga lain.

"Kosnya juga lebih kompetitif berbanding bahan api fosil," kata Hamdani yang juga Pengarah Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Media pada Jun 2008 melaporkan terdapat tarikan untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga elektrik memandangkan kosnya hanya USD1.72 per kilo watt berbanding USD9.63 menggunakan petroluem dan USD6.75 bagi gas.

Hamdani bagaimanapun mengakui kos permulaan bagi pembinaan janakuasa nuklear agak tinggi.

PENGURUSAN SISA

Selain aspek keselamatan loji janakuasa nuklear, antara perkara yang menjadi kebimbangan sebahagian besar masyarakat ialah mengenai pengurusan sisa bahan radioaktif yang dihasilkan.

Isu yang sama mendapat perhatian beberapa NGO antaranya Centre for Environment, Technology and Development yang dilaporkan berkata pembinaan janakuasa nuklear itu mendatangkan risiko melalui pembuangan sisa radioaktifnya.

Tidak dinafikan sememangnya terdapat perkembangan dalam teknologi penyimpanan sisa radioaktif, namun pihak berwajib misalnya Agensi Nuklear Malaysia perlu memberi penerangan yang telus mengenai perkara ini.

Ini bagi memastikan insiden membabitkan rare earth processing plant di Bukit Merah, Ipoh, yang mendapat tentangan ramai pihak pada pertengahan 1980-an tidak berulang lagi.

Dalam insiden itu, rare earth processing plant milik syarikat Asian Rare Earth (ARE) yang mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit ditutup pada Januari 1994 selepas didakwa, antara lain, tidak menepati standard penyimpanan sisa buangan radioaktif.

Dalam hal ini, pihak terbabit termasuk kerajaan harus sedar dalam memenuhi keperluan bekalan tenaga untuk memacu ekonomi negara, aspek keselamatan rakyat dan kelangsungan alam sekitar tidak boleh diperjudikan dengan kajian mendalam perlu dilakukan.

Apa yang penting, pertimbangan untuk meneruskan opsyen nuklear perlu berlandaskan kepada pelbagai faktor dengan memastikan negara benar-benar berkeupayaan menguruskan sebuah loji nuklear dengan efisyen dan selamat bagi mengelak insiden seperti di Chernobyl berlaku di sini.

-- BERNAMA

Cadangan modul induksi untuk anggota DHPP

Kejayaan mengangkat status Kelab Penyokong PAS menjadi sayap utama parti kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) merupakan petanda awal PAS akan bangkit dengan lebih berkesan lagi dalam politik tanah air khasnya menjelang PRU 13 nanti.

Tidak hairanlah sejak kebelakangan ini suara-suara sumbang dari parti-parti komponen BN yang mengkritik langkah proaktif PAS ini semakin lantang kedengaran, tidak lain dan tidak bukan akibat dari rasa kebimbangan mereka yang semakin sukar dibendung terhadap kemungkinan akan menghadapi kemerosotan pengaruh khususnya dari masyarakat bukan Islam.

Memandangkan salah satu asas penubuhan parti-parti ini ialah berpaksikan semangat perkauman, sudah tentulah pengiktirafan PAS terhadap sokongan bukan Islam melalui DHPP amat menakutkan mereka lantaran kekuatan Dewan ini boleh menerobos benteng perkauman yang selama ini diperjuangkan oleh parti-parti komponen BN.

Bagi pendokong PR amnya dan PAS khasnya, biarkanlah seteru politik kita itu berhabis masa dan tenaga untuk menggagalkan perancangan murni ini. Tugas kita ketika ini bukanlah melayan segala tohmahan dan propaganda mereka dan agen-agen mereka, bahkan yang paling penting marilah kita bersatu padu, berganding bahu untuk membangunkan sebuah DHPP yang kukuh untuk menjadi salah satu jentera penerangan kita yang berkesan terutamanya bagi menghadapai PRU 13 tidak lama lagi.

Sebagaimana seruan Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam ucapannya semalam, DHPP seumpama bayi yang baru lahir perlu dibelai dengan bersungguh-sungguh dengan akhlak terpuji dan keindahan Islam supaya ianya membesar menjadi mata dan telinga PAS dalam mengajak masyarakat bukan Islam menjauhi politik songsang dan keji, bertuhankan kebendaan dan berhijrah kepada politik berasaskan fitrah yang memperjuangkan keadilan dalam masyarakat dan memartabatkan nilai insan.

Justeru, untuk meningkatkan jati diri dan menyuburkan semangat ahli-ahli DHPP untuk terus bernaung di bawah kepimpinan ulamak, saya mencadangkan satu modul induksi bagi ahli-ahli ini diperkenalkan. Kurikulum tertentu yang selaras dengan fitrah insani tanpa mengira bangsa dan agama boleh diserapkan dalam modul ini.

 Seberapa banyak maklum balas berkaitan keperluan pemantapan jati diri juga hendaklah diperolehi dari ahli-ahli dewan ini agar modul yang ingin diperkenalkan memenuhi kehendak dan cita rasa ahli-ahli sendiri. Sebagai pejuang kebenaran dan keadilan, sama-samalah kita berdoa agar usaha murni ini akan membuahkan hasil yang diharapkan dalam menentang kezaliman dan penyelewengan.

IH, Southern City,
Johor.
Related Posts with Thumbnails