Thursday, October 21, 2010

UMNO rosak kerana pemimpin syok sendiri..

Begitulah juga dengan Pakatan Rakyat.. jika pemimpin-pemimpin yang berada didalam Pakatan Rakyat juga “syok sendiri dengan angin-angin syurga” yang dihamburkan kepada diri mereka sehingga lupa tanggungjawab terhadap rakyat.. Pakatan Rakyat akan rosak..

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Mengambil iktibar amanat Presiden Umno pagi tadi, seorang perwakilan Umno Melaka menyifatkan pemimpin parti Melayu itu seperti “syok sendiri dengan angin-angin syurga” yang dihamburkan kepada diri mereka sehingga lupa tanggungjawab terhadap rakyat.

Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof berkata, masalah yang membelenggu Umno selama ini adalah disebabkan kerana sikap pemimpin.

“Masalah yang timbul dalam Umno bukan kerana ahlinya tapi kerana pemimpin.

“Kerana akhir-akhir ini pemimpin kita cukup syok dengan angin-angin syurga yang dihamburkan, pengampu dan hipokrit.


“Orang yang macam ini yang pemimpin kita kayakan. Mereka ini bila kaya tidak turun ke bahagian, tidak turun ke cawangan, mereka tidak bantu akar umbi,” kata beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Mohd Said berkata, pemimpin Umno perlu menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam parti itu sebelum musnah kerana angkara sendiri.

“Sebagai pemimpin kita kena tegas, jangan syok dengan peribahasa sahaja tanpa ambil tindakan.
“Adakah mahu tunggu semua hancur baru nak respons? Lebih baik kita perbaiki apa yang lemah,” katanya.

Sambil mengambil kira keruntuhan kerajaan Kesulatnan Melayu Melaka, Mohd Said juga menegaskan parti itu perlu kuat untuk mengharungi apa sahaja cabaran.

“Kita perlu memastikan Umno terus kuat, jangan jadi macam Melaka dulu. Semua berpecah, bila kena serang kita kena jajah.

“Berapa ratus tahun kita dijajah dulu, kita pasti tidak mahu perkara sama berlaku.

“Jadi apa yang penting sekarang kita perlu bersatu, kuatkan parti supaya dalam pilihan raya ke-13 nanti kita mampu menang besar,” katanya.

Menurutnya, pemimpin parti itu perlu berusaha lebih keras untuk mendapatkan semula sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

“Saya seru supaya semua pemimpin lakukan kerja, balik buat kerja dengan rakyat. Kalau tidak, hilang Umno hilanglah Melayu.

“Pergilah buat kerja, pergilah mana-mana undi yang kalah atau nak kalah. Jumpa orang-orang kampung, buat kerja.

“Ini politik, janganlah nak tunjuk sangat.. Kita kena turun ke bawah bantu rakyat,” katanya.

Sepenuhnya sila baca di SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails