Wednesday, July 7, 2010

40 peneroka ke Hari Peneroka terlibat kemalangan


BENTONG 7 Julai – Hasrat sekumpulan 40 peneroka dan kakitangan Felda untuk menghadiri Hari Peneroka di Maktab Rendah Sains Mara, Trolak, Perak, tidak kesampaian apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi.

Kemalangan di Kilometer 48.8 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada pukul 1.45 pagi itu berlaku apabila bas terbabit terlanggar belakang sebuah treler membawa muatan besi semasa melalui jalan tersebut.

Berikutan itu, empat penumpang parah termasuk pemandu bas, K. Surenthiran, 21, yang patah kedua-dua belah kaki dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Seramai 12 lagi penumpang mengalami cedera ringan dan mereka menerima rawatan di Hospital Bentong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails