Thursday, July 1, 2010

Isu pembelian Scorpene tidak perlu ke SPRM


BANGI 1 Julai - Isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ini kerana pembelian kapal selam itu dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya, malah kos pembelian kapal selam buatan Perancis bernilai kira-kira satu bilion euro pada tahun 2002 itu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Pembelian dibuat mengikut apa yang ditetapkan prosedur, semua langkah diikuti sebaik-baiknya," katanya kepada media selepas melepaskan peserta Ekspedisi 1Malaysia ke Kota London di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai pembelian kapal selam itu
yang dilaporkan oleh sesetengah media membabitkan pembayaran komisen bernilai kira-kira 114 juta euro kepada syarikat di Malaysia. - Bernama


komen; tak perlu..tak perlu,nanti koho banyok masalah timbul,doh la kapal selam ni tak boleh selam duk timbul sokmo...berat nanang

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails