Wednesday, July 7, 2010

MCA 'join' perang cyber

MCA telah mengarahkan semua bahagiannya agar melantik tiga hingga lima orang terlibat dalam media baru dalam menangani banyak berita dan khabar angin yang tidak berasas yang disebar luas oleh parti pembangkang, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Ini adalah supaya kita dapat memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang mana banyak berita dan khabar angin yang tidak berasas yang disebar luas oleh parti pembangkang. Jika ini tidak ditangani, lama kelamaan orang akan percaya dan ia akan menjadi satu kebenaran," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tung Hua di S2 Heights di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam supaya Barisan Nasional (BN) dan semua parti komponennya kini perlu bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tanpa dolak-dalik lagi.

Chua berkata beliau bersetuju dengan saranan Hishammuddin itu bahawa BN seharusnya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

Katanya langkah meningkatkan usaha dari segi publisiti melalui media baru itu merupakan sebahagian daripada usaha MCA menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Sejak saya mengambil alih kepimpinan MCA dan barisan kepimpinan baru yang dipilih, kami telah meletakkan objektif utama dalam parti iaitu bagaimana kita hendak menyatupadukan ahli MCA, bagaimana kita hendak melakukan tranformasi parti dan bagaimana kita bergerak sebagai satu pasukan.

"Selain itu ialah bagaimana kita bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Chua berkata usaha ke arah itu telah dimulakan dengan pendaftaran pengundi dengan memastikan semua ahli MCA mendaftar sebagai pengundi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata adalah tidak benar menyatakan bahawa kerajaan tidak memberi peruntukan kepada sekolah Cina dan hanya memberi peruntukan menjelang pilihan raya kecil.

"Apa yang benar ialah peruntukan yang diberikan untuk menampung pembangunan sekolah aliran Cina mungkin tidak mencukupi dalam lima tahun akan datang. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah peruntukan yang telah diluluskan ialah sebanyak RM350 juta.

"Kita akui jumlah peruntukan itu tidak dapat menampung tetapi tidak benar menyatakan kerajaan tidak memberi peruntukan.....beri tetapi tidak mencukupi," katanya.

klpos

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails