Biarpun BN boleh dikatakan turun ke gelanggang serba serbi lengkap dari sudut jentera kerajaannya, propaganda medianya, wang dan peruntukan yang ditabur, namun kekalahan yang diterima mereka sangat memalukan.
Ianya juga membuktikan bahawa masyarakat Sibu bukan boleh dipermainkan dengan gula-gula pilihan raya oleh Umno BN, malah mereka telah membuat penilaian bijak dengan menolak parti perkauman itu.

Ianya juga manifestasi penolakan terhadap Ketua Menteri Sarawak pada waktu ini, Tan Sri Taib Mahmud.
"Kejayaan Pakatan Rakyat merampas kerusi Sibu ini menjadi satu tamparan hebat kepada BN yang akan menghadapi Pilihanraya umum negeri dalam masa terdekat ini dan penolakan ini juga menggambarkan pimpinan Ketua Menteri Taib Mahmud telah tidak relevan," katanya.
Selain itu menurut Abdul latif, kemenangan Pakatan Rakyat ini juga membuktikan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat sangat padu sehingga mampu menafikan jentera BN.
Pada piliharaya kecil Sibu semalam, calon DAP Wong Ho Leng mengalahkan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi.
Ho Leng berjaya mendapat 18,845 undi mengatasi calon BN 18,447 undi, manakala calon bebas, Narawi Harun hilang wang pertaruhan apabila hanya memperolehi 232 undi sahaja.

Menurutnya, jika gelombang perubahan itu melanda Sabah dan Sarawak, bermakna jalan menuju ke Putrajaya bagi Pakatan Rakyat, semakin mudah.
"Kemenangan Wong Ho Leng satu petanda bahawa angin perubahan sudah kencang di Sarawak dan pastinya akan melanda Sabah tidak lama lagi.
"Di semenanjung angin berkenaan sudah tinggi dan mengharap angin di dua negeri itu sahaja untuk kita mendaki Putrajaya, " jelasnya.

Maka jelasnya, tidak mustahil untuk BN kalah dan Pakatan Rakyat yang kini sedang diterima rakyat tampil menggantikan BN.
"Ini juga jelas memperlihatkan kekalahan BN ini adalah sesuatu yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan ketika.Dalam lain ertikata PR mampu untuk membawa sinar baru dalam era politik baru di negara ini."

"Ini juga adalah satu tamparan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib yang sering menuduh dan memperlekkehkan PR dengan tohmahan, dakwaan dan fitnah jahat yang sering dilemparkan bagi mengaburi mata rakyat kononnya BN diterima oleh rakyat negara ini secara total," katanya.
sumber>>Harakah
No comments:
Post a Comment