Saturday, May 22, 2010

Pengkhianatan-siri 1



Kini isu terhangat di blog-blog dan facebook adalah berkisar tentang judi.UMNO bukan sahaja mengkhianati rakyat dengan skandal dan kes rasuah yang menjadi darah daging pemimpin mereka sejak dulu lagi,namun dalam masa yang sama UMNO terus bermaharajalela dengan perkara yang jelas haram dan mereka semakin berani mendedahkan secara umum kepada rakyat bahawa lesen judi  akan di berikan kepada Berjaya Group bagi mengawal aktiviti perjudian semasa sepak mula Piala Dunia berlangsung kelak,walaupun sebelum ini kita sedia maklum mereka sudah memberi lesen judi secara senyap pada perlawanan bola sepak berprestij di Eropah seperti EPL,Budesliga,Seria A,dan banyak lagi.
Suara dan laungan rakyat di seluruh pelusuk negara terus terus bergema dan bergegar,menyatakan bantahan tentang judi ini,namun adakah suara itu masuk ke telingan pemimpin UMNO yang sudah gila ini!!!?
Selepas isu APCO yang masih membara di dada rakyat,pemimpin UMNO terus menerus melakukan kemungkaran dan pengkhianatan pada rakyat.Sepatutnya pemimpin yang di berikan kuasa untuk memimpin negara kearah kemajuan yang seimbang dari sudut luaran dan dalaman,namun ternyata kuasa yang di miliki puluhan tahun telah di selewengkan.Rakyat pula yang terpaksa menjaga tingkahlaku mereka yang tidak reti base(biadap).
Ugutan,pembunuhan,fitnah sudah sebati dalam kehidupan seharian mereka,jika ini sudah lama mereka amalkan maka duit yang perlu masuk ke perut mereka juga mesti haram,mana mungkin mereka boleh menelan duit halal.Mungkin mereka nampak duit halal itu adalah haram dan begitu sebaliknya.Rakyat tertanya-tanya mana pergi menteri dan ustaz-ustaz dalam UMNO?di mana mereka sekarang?adakah mulut mereka di sumbat dengan duit-duit ratusan ribu yang membiarkan kemungkaran terang-terangan pemimpin UMNO telah buat........

4.20 pm
  >>bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails