hari ini.
Pengerusi Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata tidak wajar hanya CEO sahaja dipertanggungjawabkan terhadap kerugian yang dialami kerana sebarang keputusan penting dalam sesebuah syarikat itu perlu mendapat kelulusan anggota lembaga pengarah.
![]() |
Semalam, Pengerusi Sime Darby Tun Musa Hitam ketika mengumumkan kerugian itu berkata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid (kiri) yang kontraknya bakal berakhir pada 26 Nov ini diminta bercuti sebagai memenuhi dasar amalan urus tadbir korporat.
Musa berkata, berikutan lebihan kos itu, Sime Darby bakal kerugian RM964 juta bagi separuh kedua tahun kewangan 2010 bagi projek hidro-elektrik Bakun (RM450 juta), Maersk Oil Qatar (MOQ) (RM159 juta) dan pembinaan kapal bagi projek MOQ (RM155 juta).
"Kesemua projek yang mengalami kerugian itu merupakan keputusan bersama anggota lembaga pengarah, maka oleh itu seluruh anggota lembaga pengarah hendaklah dipertanggungjawabkan dan digantikan dengan orang lain yang lebih layak," kata Syed Ali yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras.
- Bernama
No comments:
Post a Comment